Anda Peminat Makanan Korea? Jom Sertai K-Food Fair Di Sunway Pyramid

Sejak demam Korea mula melanda dunia termasuk Malaysia, ramai yang mula mempelajari budaya mereka seperti makanan, bahasa serta banyak lagi.

Malah segelintir darinya mempelajari budaya tersebut menerusi drama, filem, program show, lagu serta banyak lagi.

Apa yang lebih menarik, makanan Korea juga turut mendapat tempat di hati masyarakat kita, mungkin rasa yang pedas, manis membuatkan makanan tersebut mudah diterima.

Korea Agro-Fisheries & Food Trade Corporation anjur K-Food Fair

Semalam (13 Oktober) Korea Agro-Fisheries & Food Trade Corporation bersama Kementerian Pertanian, Makan dan Luar Bandar Korea Selatan telah menganjurkan Korea Food Fair di Blue Concourse, Sunway Pyramid Mall.

Untuk makluman anda, acara ini berlangsung selama tiga hari iaitu 13 sehingga 15 Oktober bermula jam 10 pagi sehingga 10 malam.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Pengarah Urusan aT Center Kuala Lumpur bersama Duta Korea Republik, Yeo Seung-bae, serta Ketua Jabatan Pemasaran Sunway Pyramid.

Orang ramai turut dihidangkan dengan Bimbap

Ketika perasmian mereka turut mengadakan upacara mengaul Bimbap dan ia kemudian diberikan kepada orang ramai.

Selain itu, orang ramai yang hadir ke pameran itu turut dihiburkan dengan kumpulan K-Pop Cover Dance yang mempersembahkan tarian daripada beberapa lagu dari kumpulan terkenal Korea seperti BTS, Blackpink, EXO, PSY, TVXQ, dan juga New Jeans.

Selain pesta makanan, K-Food Fair ini turut menyediakan pelbagai aktiviti sepanjang tiga hari penganjuran.

Wow siap boleh belajar cakap Korea, Jinjja!

Berikut adalah aktiviti menarik yang bakal diadakan:

Sabtu, 14 Oktober (Hari Kedua)

  • Belajar Hangeul bersama Nura yang merupakan influencer TikTok dan Instagram. Jadi boleh lah korang belajar perbualan harian menggunakan Bahasa Korea.
  • Pusingan awal bagi Pertandingan K-Pop Cover Dance. Sebanyak 10 kumpulan dan perserta solo akan pertanding dan ia akan dinilai oleh orang awam untuk menjadi Top 5 finalis.
  • Nak serlahkan bakat korang? Tunggu apa lagi jom sertai K-Pop Random Dance dengan peserta untuk tunjukkan bakat korang.

Ahad , 15 Oktober (Hari Ketiga)

  • Peringkat akhir bagi pertandingan K-pop Cover Dance, juara bagi pertandingan ini berpeluang membawa wang tunai bernilai RM7,000.

Pengunjung boleh menantikan Zon Pengalaman K-Food dan meluangkan masa dengan mencuba permainan tradisional Korea seperti Tuho, Jegichagi, dan batu loncat sepanjang hari. Pengunjung juga boleh mencuba pakaian tradisional Korea, Hanbok, dan mengambil gambar di Photobooth K-Food dan tag @kfoodatmy bersama hashtag #kfoodfair2023 dan #malaysiakfoodfair2023.

Selain itu, dengan kerjasama JayaGrocer, pengunjung boleh membuat pembelian mereka di Zon Jualan K-Food. Dengan pembelian minimum RM50, pengunjung akan berpeluang untuk mencuba ‘Claw Machine’ atau ‘Photo Booth’ secara percuma.

Untuk maklumat lanjut anda boleh kunjungi di sini.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Jumlah Kelahiran Bayi Di Malaysia Semakin Menurun Berbanding Suku Tahun Pertama 2023

Menurut Ketua Jabatan Perangkaan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir setakat suku pertama tahun 2024…

15 hours ago
  • Trending

Anak Gigih Buat Slaid Kerana Mahu Pinjam Kereta Ibu Untuk Bercuti Undang Perhatian [Video]

Jelas Wan, anaknya sebelum ini telahpun meminta izin untuk menggunakan kenderaan miliknya, namun dia belum…

15 hours ago
  • Trending

Ramai Suka Konsep Cari Jodoh Sambil Makan & Borak Santai Di Kafe [Video]

Menerusi video yang tular di media sosial, kelihatan peserta dapat mengenali antara satu sama lain…

16 hours ago
  • Trending

Gara-gara Tidur Lepas Asar, Telatah Lucu Kanak-kanak Ini Kalut Bersiap Ke Sekolah Bikin Ramai Terhibur [Video]

Kanak-kanak berkenaan turut menganggap hari itu merupakan hari Khamis ketika disoal oleh ibunya sedangkan hari…

17 hours ago
  • Info

Akaun 3 KWSP Dah Bermula, Ini Cara Pindahkan Wang Ke Akaun Fleksibel [Video]

Pemindahan wang simpanan ke dalam Akaun Fleksibel boleh dilakukan bermula kelmarin (12 Mei) hingga 31…

19 hours ago
  • Trending

Pemuda Kongsi Pengalaman Selepas Disahkan Hidap Kanser [Video]

Menurut pejuang kanser itu dia mengalami rasa sakit di bahagian tulang belakang bagi tempoh yang…

19 hours ago