Anda Peminat Makanan Korea? Jom Sertai K-Food Fair Di Sunway Pyramid
Wow, antara aktiviti yang menarik korang boleh belajar Hangeul iaitu Bahasa Korea.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sejak demam Korea mula melanda dunia termasuk Malaysia, ramai yang mula mempelajari budaya mereka seperti makanan, bahasa serta banyak lagi.
Malah segelintir darinya mempelajari budaya tersebut menerusi drama, filem, program show, lagu serta banyak lagi.
Apa yang lebih menarik, makanan Korea juga turut mendapat tempat di hati masyarakat kita, mungkin rasa yang pedas, manis membuatkan makanan tersebut mudah diterima.
Korea Agro-Fisheries & Food Trade Corporation anjur K-Food Fair
Semalam (13 Oktober) Korea Agro-Fisheries & Food Trade Corporation bersama Kementerian Pertanian, Makan dan Luar Bandar Korea Selatan telah menganjurkan Korea Food Fair di Blue Concourse, Sunway Pyramid Mall.
Untuk makluman anda, acara ini berlangsung selama tiga hari iaitu 13 sehingga 15 Oktober bermula jam 10 pagi sehingga 10 malam.
Majlis ini telah dirasmikan oleh Pengarah Urusan aT Center Kuala Lumpur bersama Duta Korea Republik, Yeo Seung-bae, serta Ketua Jabatan Pemasaran Sunway Pyramid.
Orang ramai turut dihidangkan dengan Bimbap
Ketika perasmian mereka turut mengadakan upacara mengaul Bimbap dan ia kemudian diberikan kepada orang ramai.
Selain itu, orang ramai yang hadir ke pameran itu turut dihiburkan dengan kumpulan K-Pop Cover Dance yang mempersembahkan tarian daripada beberapa lagu dari kumpulan terkenal Korea seperti BTS, Blackpink, EXO, PSY, TVXQ, dan juga New Jeans.
Selain pesta makanan, K-Food Fair ini turut menyediakan pelbagai aktiviti sepanjang tiga hari penganjuran.
Wow siap boleh belajar cakap Korea, Jinjja!
Berikut adalah aktiviti menarik yang bakal diadakan:
Sabtu, 14 Oktober (Hari Kedua)
- Belajar Hangeul bersama Nura yang merupakan influencer TikTok dan Instagram. Jadi boleh lah korang belajar perbualan harian menggunakan Bahasa Korea.
- Pusingan awal bagi Pertandingan K-Pop Cover Dance. Sebanyak 10 kumpulan dan perserta solo akan pertanding dan ia akan dinilai oleh orang awam untuk menjadi Top 5 finalis.
- Nak serlahkan bakat korang? Tunggu apa lagi jom sertai K-Pop Random Dance dengan peserta untuk tunjukkan bakat korang.
Ahad , 15 Oktober (Hari Ketiga)
- Peringkat akhir bagi pertandingan K-pop Cover Dance, juara bagi pertandingan ini berpeluang membawa wang tunai bernilai RM7,000.
Pengunjung boleh menantikan Zon Pengalaman K-Food dan meluangkan masa dengan mencuba permainan tradisional Korea seperti Tuho, Jegichagi, dan batu loncat sepanjang hari. Pengunjung juga boleh mencuba pakaian tradisional Korea, Hanbok, dan mengambil gambar di Photobooth K-Food dan tag @kfoodatmy bersama hashtag #kfoodfair2023 dan #malaysiakfoodfair2023.
Selain itu, dengan kerjasama JayaGrocer, pengunjung boleh membuat pembelian mereka di Zon Jualan K-Food. Dengan pembelian minimum RM50, pengunjung akan berpeluang untuk mencuba ‘Claw Machine’ atau ‘Photo Booth’ secara percuma.
Untuk maklumat lanjut anda boleh kunjungi di sini.