Sunway Lancar Mega Roadshow Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Di Sunway City, KL
Sempena ulang tahun ke-50 Sunway turut melancarkan Mega Roadshow Jubli Emas yang diadakan di Sunway Pyramid pada 29 Februari-3 Mac dan Sunway Iskandar Puteri bermula 5 Mac – 10 Mac.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sebut sahaja mengenai Sunway pasti anda semua sudah mula membayangkan pusat beli-belah dan juga taman tema seperti Sunway Lagoon, Sunway Lost World Of Tambun dan banyak lagi tarikan lain.
Malah tidak dinafikan Sunway sentiasa menjadi pilihan untuk buat orang ramai untuk meluangkan masa bersama keluarga dan juga rakan.
Sunway rai ulang tahun ke-50 tahun, lancarkan Jubli Emas Mega Roadshow
Namun pejam celik Sunway pada hari ini (29 Februari) meraikan ulang tahun yang ke-50 tahun dan sempena dengan sambutan itu mereka turut melancarkan Mega Roadshow Jubli Emas yang bermula di Sunway City, Kuala Lumpur.
Pelancaran itu, turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Tourism Malaysia Nuwal Fadhilah Ku Azmi serta Pengasas dan juga Pengerusi Sunway Group iaitu Tan Sri Sir Dr. Jeffrey Cheah KBE AO.
Roadshow ini diadakan di seluruh negara sebagai tanda penghargaan syarikat ini kepada masyarakat yang telah banyak menyokong perjalanan mereka sejak lima dekad yang lalu.
Baca artikel berkaitan: Pengasas Sunway Jadi Rakyat Malaysia Pertama Terima Darjah Kebesaran KBE Dari Raja Charles
Pengunjung berpeluang menang hadiah cabutan bertuah lebih daripada RM500,000
Apa yang lebih menarik, pengunjung turut berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah yang bernilai lebih daripada RM500,000. Selain itu, pengunjung juga boleh mendapatkan tawaran yang ekslusif dari Taman Tema Sunway, Sunway Hospitality, Sunway Malls serta banyak lagi.
Bermula pada hari ini (29 Februari) sehingga 10 Mac anda juga akan dihiburkan dengan pelbagai aktiviti seperti persembahan, pertunjukan fesyen, permainan dan banyak lagi.
Kesemua tawaran ini boleh diakses menerusi Sunway Super App yang boleh dimuat turun secara terus melalui Apple App Store, Google Play Store dan juga Huawei AppGallery.
Jubli Emas Roadshow diadakan di dua lokasi
Jubli Emas Mega Roadshow Sunway akan diadakan di dua lokasi iaitu Sunway Pyramid bermula hari ini sehingga 3 Mac dan Sunway Big Box Retail Park di Iskandar Puteri pada 5 hingga 10 Mac 2024.
“Ketika Sunway ditubuhkan pada 1974, ia berada dalam dunia dan era yang sangat berbeza. Ia adalah satu perjalanan. Kami hampir muflis sebanyak dua kali dan turut dilanda pandemik global yang menutup sebahagian besar dunia.
“Dalam meraikan ulang tahun ke-50, Sunway telah menyertai ketegori unik kerana berjaya sehingga boleh meraikan jubli emas. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua rakan kongsi dan komuniti atas sokongan anda sepanjang tahun,” kata Dr. Jeffrey Cheah.
Beberapa inisiatif turut akan ditingkatkan
Sempena meraikan ulang tahun ini, Sunway akan meningkatkan beberapa lagi inisiatif dalam tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang selaras dengan komitmennya untuk melakukan kebaikan kepada semua.
Antara inisiatif yang akan dilakukan adalah:
- Pada Ramadan ini, Sunway bekerjasama dengan beberapa NGO termasuk rakan kongsi Yayasan AIDS Malaysia untuk menceriakan Sinar Ramadan kepada komuniti yang kurang bernasib baik di seluruh Malaysia.
- Sunway The Good Run akan kembali pada Julai 2024. Lebih 10,000 pelari dalam acara larian dialu-alukan untuk turut serta. Sebanyak tiga kategori larian akan diadakan iaitu 5 kilometer (km), 10 km, dan 20 km. Pengumpulan dana akan diagihkan kepada 50 rumah kebajikan.
- Bungkus lebih 500,000 makanan untuk pemandu Meal Pack-a-thon pada September 2023 bagi komuniti kurang berkemampuan di Malaysia dan luar negara.
Meal Pack-a-thon bantu tangani masalah kelaparan
Untuk makluman, bungkusan makanan ini akan menambah matlamat Sunway untuk membungkus sebanyak dua juta makanan menjelang tahun ini.
Bukan hanya itu, ia akan membantu mengurangkan masalah kelaparan selain menjaga keselamatan makanan dalam kangan masyarakat Orang Asli, anak yatim, rumah orang tua, dan komuniti B40 di rantau ini.
Selain itu, ia juga akan melengkapkan pelbagai insiatif lain di bawah #SunwayForGood, payung tanggungjawab korporat Sunway yang telah berjanji untuk meningkatkan usaha mampan serta sosial melalui tiga bidang:
- Pendidikan
- Kesihatan
- Membina dan membaik pulih 50 perpustakaan melalui Sunway READ (membaca, meningkatkan aspirasi dan pemacuan) serta menyediakan pemeriksaan kesihatan dengan kerjasama Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan untuk 50 komuniti orang asal.