fbpx
Now Reading
Sunway Malls Lancar Kempen ‘Gaya Riang Raya’ Sempena Aidilfitri Yang Bakal Tiba [Video]

Sunway Malls Lancar Kempen ‘Gaya Riang Raya’ Sempena Aidilfitri Yang Bakal Tiba [Video]

Program dan aktiviti-aktiviti menarik di pusat membeli-belah Sunway sepanjang Ramadan ini akan berlangsung sehingga 14 April hadapan untuk dinikmati seisi keluarga.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jumaat lalu (15 Mac), Sunway Malls telah melancarkan kempen ‘Gaya Riang Raya’ sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi ini.

Majlis pelancaranan ini telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Malls & Theme Parks, HC Chan serta beberapa pihak pengurusan kanan yang lain daripada Sunway Malls.

Lancar kempen ‘Gaya Riang Raya’ di Sunway Putra Mall dengan konsep Souk

Pelancaran ini telah mengambil tempat di Sunway Putra Mall dengan ruang legar utama berkonsepkan ‘Souk’ iaitu bazar ala Arab.

Selain dekorasi yang cantik dan memukau mata, orang ramai juga dapat berkongsi kemeriahan dengan mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti bertemakan kebudayaan yang menyeronokkan di semua pusat membeli belah Sunway.

Pusat beli-belah Sunway bawa pengalaman serba interaktif yang unik

Setiap pusat beli-belah Sunway membawakan pengalaman serba interaktif yang unik. Sebagai contoh, Sunway Pyramid menambilkan Gaya Photo Booth di mana pengunjung dapat mengambil gambar mereka dan mencetaknya untuk dijadikan kenangan.

Manakala Sunway Velocity Mall pula membawakan Pencahayaan Interaktif di Atrium Utama sekali gus menambahkan lagi keseronokan buat orang ramai yang hadir.

Di Sunway Putra Mall, para pengunjung dapat meneroka Pameran Tembikar menerusi sebuah Terowong yang memperagakan seni tembikar buatan tangan oleh Touch of Clay.

Sunway Big Box Retail Park pula mengajak pembeli-belah untuk mengamati Sensory Gaya Lava Land, sebuah pengalaman serba imersif dan juga mesra autisme untuk merangsa deria anda.

Pelbagai aktiviti disediakan untuk pengunjung sepanjang Ramadan hingga Syawal

Untuk info, program dan aktiviti-aktiviti menarik di pusat membeli-belah Sunway ini akan berlangsung sehingga 14 April hadapan untuk dinikmati seisi keluarga.

Dari bengkel kraf tangan hingga ke persembahan yang memukau, jangan lepaskan peluang untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim bersama insan tersayang sambil mengukir kenangan yang bermakna.

Setiap pusat beli-belah akan menawarkan item penebusan yang unik buat para pelanggan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.