Korean Food Fair Kini Kembali Untuk Tahun ke-6 Dengan Pelbagai K-Aktiviti Menarik!
K-Food Fair 2023 dijadualkan berlangsung dari 13 hingga 15 Oktober di LG2, Blue Concourse, Sunway Pyramid Mall, bermula jam 10.00 pagi sehingga 10.00 malam.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Acara K-Food Fair, anjuran Korea Agro-Fisheries and Food Trade Corporation bersama Kementerian Pertanian, Makanan, dan Kawasan Luar Bandar Korea Selatan kini kembali ke Kuala Lumpur buat tahun keenam dengan pelbagai K-aktiviti yang memenuhi permintaan pengguna (B2C) dan perusahaan (B2B) pada minggu ini.
K-Food Fair 2023 dijadualkan berlangsung dari 13 hingga 15 Oktober di LG2, Blue Concourse, Sunway Pyramid Mall, bermula jam 10.00 pagi sehingga 10.00 malam.
Sepanjang acara, orang ramai dapat menikmati pelbagai K-Experience antaranya pertandingan tarian, pertunjukan kuiz K-Food, persembahan taekwondo, food tasting dan banyak lagi.
Selain itu peserta juga berpeluang memenangi pelbagai baucar hadiah dan beg strawberi K-Food Fair sepanjang pesta selama 3 hari ini.
Menurut penganjur, upacara pembukaan pada 13 Oktober ini akan disempurnakan oleh Pengarah Urusan Pusat aT Kuala Lumpur, Jang Jae Hyung, bersama-sama Duta Republik Korea Selatan, Yeo Seung-bae dan Ketua Jabatan Pemasaran Sunway Pyramid, Amy Hoo.
Berikut adalah sorotan acara dinantikan:
K-Food Experience ZOne (Photobooths, Claw Machine, dan Zon Permainan Metaverse, dan Pakaian Hanbok)
Pertandingan K-Pop Cover Dance dengan hadiah bernilai sehingga RM7,000
Persembahan tarian K-Pop oleh Kueendom dan Kingsman
Pertunjukan Taekwondo oleh pasukan ARENA
Permainan Kuiz K-FOOD sempena sambutan Hari Hangeul bersama Nura
Dapur Terbuka dan Food Tasting
Peraduan Mewarna K-Colouring untuk kanak-kanak di bawah 11 tahun dengan hadiah tempat pertama bernilai RM150.
Sebagai info, K-Food Fair merupakan salah satu inisiatif Korea Agro-Fisheries and Food Trade Corporation untuk meningkatkan pengedaran rangkaian produk buatan Korea, meneroka pasaran baharu di luar negara dan menambah baik industri F&B Korea Selatan.
Untuk maklumat lanjut layari laman mykfoodfair di sini.