“Jangan Kemas Lagi” – Air Ketuban Pecah Di Kedai, Ibu Hamil Pesan Pada Staf Akan Kembali Sambung Makan

Umum mengetahui antara tanda-tanda seorang ibu hamil sudah sampai waktu untuk melahirkan adalah air ketuban mula pecah.

Oleh itu, apabila perkara ini berlaku si ibu dinasihatkan untuk segera ke hospital untuk melakukan pemeriksaan kerana bayi mungkin akan keluar pada bila-bila masa sahaja.

Pelanggan wanita pecah air ketuban ketika makan di restoran barbeku

Perkara sama turut berlaku kepada seorang wanita di Thailand apabila ingin bersalin semasa makan di sebuah restoran terkenal di negara terbabit.

Pengurus restoran iaitu Yuthaphum Kaerkhem yang juga dikenali sebagai Boom menjelaskan insiden berlaku semasa wanita terbabit sedang menikmati makanannya sebelum mengalami rasa sakit untuk bersalin.

Malah salah seorang pekerja Boom di restoran Moo Krata mengatakan air ketuban wanita berkenaan telah pecah dan dia akan menjalani proses bersalin.

Mereka kemudian segera mengatur kenderaan untuk menghantar wanita berkenaan ke hospital.

Pesan jangan bersihkan meja, akan datang semula untuk makan jika tak jadi bersalin

Namun wanita berkenaan sempat menitipkan pesan kepada pekerja restoran untuk tidak membersihkan meja yang didudukinya kerana masih ingin menikmati makanan tersebut jika dia tidak jadi bersalin.

“Dia (pelanggan) beritahu untuk tidak membersihkan mejanya lagi kerana tidak dapat makan banyak. Jika dia tidak bersalin selepas ke hospital, dia akan datang kembali untuk menikmati semula makanannya,” jelas Boom, lapor The Thaiger.

Pengurus kedai kemudian beri hadiah makan percuma selama sembilan bulan kepada wanita berkenaan

Boom yang terkejut namun terhibur dengan pesanan itu kemudian menawarkan hadiah kehamilan buat wanita tersebut.

“Beritahu pelanggan itu saya akan beri makanan percuma untuk sembilan bulan. Namun buat masa ini, dia perlu fokus untuk melahirkan bayinya.

Memetik laporan Asia One, Boom sehari selepas hantarannya kemudian berkongsi beberapa gambar pelanggan berkenaan bersama bayinya di hospital.

Datang melawat pelanggan bawa set barbeku

Menurut Sin Chew Daily, pelanggan tersebut tidak sangka akan melahirkan bayinya sebegitu awal kerana dia dijangka bersalin pada 27 Oktober.

Boom dalam pada itu, turut berkongsi video melawat wanita berkenaan sambil membawa beberapa barangan barbeku.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Suami Pengasuh Ditahan, Dipercayai Umpan Budak 11 Tahun Dengan Video Lucah Sebelum Liwat

Menurut KPD Alor Gajah, siasatan lanjut mendapati pengadu menghantar anaknya kepada pengasuh dari jam 3…

8 hours ago
  • News
  • Trending

Isu Penularan Berita Palsu, Chatbot WhatsApp Bakal Diperkenal – Fahmi Fadzil

Menteri Komunikasi menjelaskan MCMC bakal bekerjasama dengan platform Meta bagi mewujudkan chatbot tersebut.

8 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Pelanggan Meninggal Dunia Selepas Makan Shawarma, Polis Tahan 2 Peniaga

Pemuda berkenaan dilaporkan telah membeli shawarma ayam berkenaan pada 3 Mei sebelum berasa sakit perut…

9 hours ago
  • Trending

Atuk Beli Kuih Untuk Cucu Tapi Tak ‘Offer’ Dekat Anak Sendiri Buat Ramai Terhibur [Video]

Menerusi video tersebut, bapa wanita itu dilihat langsung tidak menoleh dan hanya menawarkan kuih yang…

10 hours ago
  • Trending

“Pelapis Negara” – Kelincahan Budak 6 Tahun Bermain Badminton Curi Tumpuan Ramai [Video]

Lebih menarik lagi, adik Abu Dabith juga dilihat bijak mengatur strategi dengan menghantar bulu tangkis…

10 hours ago
  • Info
  • Trending

Tak Perlu Cuit Bahu! Ini Cara Untuk Beritahu Orang Lain Untuk Dijadikan Imam [Video]

Menurut lelaki berkenaan, seseorang yang ingin menjadi makmum hanya perlu berdiri bersebelahan individu berkenaan dan…

10 hours ago