Peserta Perhimpunan ‘Freedom Of Palestin’ Dakwa Tak Dibenar Laung ‘Allahuakbar’, Ini Penjelasan Dr Musa

Semalam (22 Oktober), ribuan rakyat Malaysia telah turun menyertai satu perhimpunan aman yang diadakan di Dataran Merdeka untuk menunjukkan sokongan solidariti kepada saudara di Palestin.

Perhimpunan ‘Freedom For Palestin’ ini telah dianjurkan oleh dua buah badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Viva Palestina Malaysia (VPM) dan juga MyCare.

Malah perhimpunan itu disertai oleh orang awam serta influencer yang bersama-sama berhimpun. Mereka turut dilihat membawa plakad, serta memakai pakaian yang menunjukkan bendera Palestin.

Ramai luah rasa tak puas hati, dakwa tak boleh laungkan ‘Allahuakbar’ dan tunjuk plakad Netanyahu

Walau bagaimanapun, ketika acara itu berlangsung ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati apabila mendakwa tidak dibenarkan melaungkan ‘Allahuakbar’ serta melayangkan plakad yang menggelar Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sebagai ‘penjenayah perang’.

Mereka turut berkongsi ucapan diberikan oleh pihak penganjur yang kecewa dengan sikap segelintir peserta yang disifatkan menyamai zionis.

“Kami agak kecewa dengan beberapa individu di sebelah sana yang berperangai seperti zionis-zionis,” ujarnya.

Ucapan itu kemudian telah dikongsikan di media sosial sehingga mengundang kritikan ramai.

Dr Musa tampil beri penjelasan sifatkan tindakan tunjuk plakad gambar Nentanyahu satu provokasi

Ekoran daripada itu, pengerusi VPM iaitu Datuk Dr Musa Mohd Nordin kemudian tampil menjelaskan isu terbabit.

Menurut beliau tindakan menunjukkan plakad gambar mempamerkan wajah pemimpin terbabit sebagai satu provokasi.

“Sepanduk (Netanyahu) dianggap sebagai provokasi oleh pasukan keselamatan saya. Saya minta (lelaki yang memegang sepanduk) untuk menurukkannya dan jika dia enggan berbuat demikian, maka dia boleh buat sendiri himpunannya.

“(Sepanduk) tidak mengambarkan adab dalam VPM di mana kita mempertahankan etika standard, meskipun ketika emosi meningkat,” jelasnya dipetik Scoop.

Nafi label peserta pamer gambar PM Israel sebagai ‘zionis’

Dr Musa dalam masa sama turut menafikan beliau melabelkan individu yang mengecam pemimpin Israel itu sebagai ‘zionis’ tetapi mendakwa telah mengingatkan mereka untuk tidak ‘bertindak ke tahap zionis’.

“Saya tidak kata dia zionis. Saya kata kita tidak sepatutnya ke tahap zionis. Kita adalah ahli syurga, kita adalah orang Islam (dengan) adab yang tinggi yang diajar oleh Rasul.

“Nabi ditindas, namun baginda mengekalkan bahasa, sikap dan kesopanan,” katanya lagi.

Nafi tak benarkan laungan ‘Allahuakbar’

Dalam pada itu, beliau turut menafikan dakwaan melarang peserta himpunan melaungkan ‘Allahuakbar’ selain menjelaskan himpunan dianjurkan itu untuk menarik masyarakat daripada pelbagai latar belakang.

“Kami (VPM) telah membuat kenyataan rasmi bahawa himpunan ini untuk masyarakat berbilang kaum dan agama. Kami mahu semua orang terlibat, jika anda melaungkan takbir, maka anda mengasingkan masyarakat bukan Islam dalam khalayak ramai itu.

“(Peserta yang berkeras melaungkan takbir) adalah mereka yang konservatif dan ekstrimis. Saya rasa mereka datang dari latar belakang konservatif (di mana perang Palestin-Israel) dianggap sebagai semuanya mengenai umat Islam dan Yahudi (masyarakat).

“Saya tidak menyebut tentang menghentikan laungan takbir, ia (perhimpunan) sangat jelas dari awal. Mereka fikir mereka boleh ‘melaungkan keislaman’ mereka, tapi VPM menghormati kumpulan agama lain.’’

Terdahulu, terdapat seorang individu yang mengakui dia merupakan antara yang mempamerkan plakad menunjukkan gambar Netanyahu dan mengambil keputusan untuk pulang selepas tidak bersetuju dengan apa yang diucapkan.

Dia turut menyifatkan plakad itu tidak bermotifkan politik seperti yang didakwa segelintir pihak.

Malah dia menyifatkan penganjur seharusnya mendidik orang bukan Islam bahawa laungan takbir yang bermaksud ‘Allah Maha Besar’ itu adalah laungan suci umat Islam yang tidak bersifat ganas sebaliknya menyatukan.

Dia turut berpendapat penganjur terlalu menekankan perspektif ‘humanitarian’ sehingga merendahkan sisi agama dan tanah suci umat Islam dalam perjuangan Palestin.

Recent Posts

  • Trending

[Video] Gara-gara Keluar Tak Bawa IC, Lelaki Dedah Pernah Tidur Lokap 4 Hari Dan Dipenjara Sehari

Disebabkan tidak mahu kad pengenalan sementara yang berupa sekeping kertas menjadi ronyok, lelaki ini bertindak…

31 mins ago
  • Trending

“Terbaik”- Penunggang Motosikal Tunda Kereta Avanza Guna Kaki Raih Perhatian Ramai [Video]

Menerusi video turut kedengaran pelakon, Syean kagum dengan tindakan penunggang motosikal yang menunda kereta MPV…

55 mins ago
  • Trending

Tindakan Individu Buang 10,000 Anak Ikan Keli Dalam Sungai Undang Kerisauan

Kebanyakan warganet mengecam tindakan individu berkenaan dan mahu pihak berwajib seperti DOF jalankan siasatan.

59 mins ago
  • Dunia
  • Trending

Gara-gara Wanita Letak Kereta Di Tempat Tak Sepatutnya, Nama Malaysia Jadi Sebutan Di Jepun

Ekoran daripada insiden 'double park' tersebut, kontraktor di Jepun terpaksa mengambil masa selama 3 jam…

3 days ago
  • Trending

Pelari Menara Terbaik Dunia Bawa 1 Beg ‘Jajan’ Dari Malaysia Untuk Kongsi Dengan Atlet Negara Lain

Antara snek zaman kanak-kanak yang dibawa di dalam bagasi Soh Wai Ching adalah keropok jenama…

3 days ago
  • News
  • Trending

Guru Didakwa Tampar, Tumbuk & Cekik 4 Pelajar Hanya Kerana Diintai Ketika Sedang Merokok

Guru sekolah agama berkenaan didakwa turut memarahi dan melemparkan kata-kata kesat kepada beberapa orang murid…

3 days ago