Harvey Norman Rai Ulang Tahun Ke-20 Di Malaysia, Anjur Makan Tengah Hari Buat Media & Tetamu Lain

Harvey Norman, jenama produk kelengkapan rumah terkemuka menyempurnakan kediaman Malaysia sejak 2003 dengan gahnya menyambut ulang tahun ke-20 di negara Malaysia pada tahun ini.

Jenama yang berasal dari Australia ini meraikan perjalanan dua dekad dalam usaha membawakan pengalaman beli-belah pelbagai saluran lancar, merangkumi luar talian dan dalam talian bagi rangkaian peralatan elektrik, IT dan peranti mudah alih, perabot dan produk kelengkapan bilik tidur.


Dari Australia ke Malaysia, Harvey Norman Rai

Perjalanan hebat ini telah mendapat sambutan yang istimewa baru-baru ini apabila Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia Simon Fellows, menganjurkan satu majlis makan tengah hari eksklusif di kediaman rasminya di Kuala Lumpur, dihadiri oleh para tetamu jemputan khas dan ahli media.

Acara tersebut menjadi bukti terhadap kehadiran dan pengembangan Harvey Norman yang meluas di Malaysia di samping mencerminkan hubungan kukuh dengan tempat asalnya, Australia.

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Harvey Norman atas ulang tahunnya yang ke-20 di Malaysia. Harvey Norman ialah jenama Australia yang ikonik dan kedainya boleh ditemui di bandar besar dan kecil di seluruh Australia, memberikan sumbangan besar kepada ekonomi tempatan seperti mana yang mereka lakukan di Malaysia.

Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia Simon Fellows.

Tambahnya lagi, “Terdapat beberapa jenama Australia yang digemari ramai di pusat beli-belah di seluruh Malaysia dan ini merupakan contoh di mana hubungan dagangan dan perniagaan kami yang kukuh yang terus berkembang.

“Francais Malaysia juga boleh didapati di Australia dan kami terus melihat perniagaan dari Malaysia melabur di dalam ekonomi kami. Harvey Norman telah membantu keluarga Malaysia melengkapkan kediaman mereka dan warga kerja profesional serta perniagaan bagi melengkapkan pejabat mereka di sepanjang 20 tahun ini.

“Australia berbangga dengan hubungan perniagaannya yang kukuh dengan Malaysia dan pendekatan inovatif untuk penjualan. Memandangkan Harvey Norman dan syarikat Australia yang lain terus mengembangkan kehadiran mereka di Malaysia, kami menjangkakan lebih banyak produk rekaan dan buatan Australia yang akan menyempurnakan lebih banyak lagi kediaman di Malaysia,” jelasnya.

Sementara itu, majlis makan tengah hari yang diadakan di kediaman rasmi Pesuruhjaya Tinggi Australia seterusnya memperkukuhkan peranan Harvey Norman sebagai pelengkap kediaman yang berpelbagaian di seluruh Malaysia.


Shop with Confidence – Harvey Norman

Di dalam landskap industri jualan yang telah berubah berikutan pandemik, Harvey Norman kekal menerajui industri, memperkasakan para pengguna dengan penyelesaian inovatif dan pengalaman membeli-belah pelbagai saluran lancar, disesuaikan dengan keperluan warga Malaysia.

Nilai teras jenama iaitu “Beli Dengan Yakin” (Shop with Confidence), termasuk jaminan harga, pertukaran 14 hari, penghantaran pada hari yang sama, dan pilihan penjagaan produk, sentiasa memberikan pengalaman membeli-belah yang tiada tandingan dalam memenuhi pelbagai jenis permintaan dan gaya hidup sibuk pelanggannya yang dihargai.

Semua ini disediakan kepada pelanggan yang membeli-belah di Harvey Norman untuk manfaat mereka iaitu pembayaran mudah yang tiada bandingan, kesenangan, dan paling penting, ketenangan fikiran.

Ini mencerminkan dedikasi jenama tersebut untuk menjadikannya lebih daripada sekadar kedai, tetapi teman yang boleh dipercayai untuk membina kediaman yang sempurna.


Akses Mudah Buat Para Pelanggan

Harvey Norman juga komited untuk menawarkan akses yang mudah kepada para pelanggan, melalui kepelbagaian perkhidmatan seperti pertukaran produk dan pilihan pembayaran yang mudah.

Ini termasuk pembayaran yang fleksibel dengan pilihan seperti ansuran faedah 0% sehingga 36 bulan bagi semua kad kredit bank utama.

Bagi yang bukan pemegang kad kredit pula, terdapat pelbagai perkhidmatan lain yang tersedia seperti AEON Credit, pembayaran e-dompet (sebagai contoh: GrabPay, Boost) dan pilihan Beli Sekarang Bayar Kemudian (BNPL) (sebagai contoh: LatitudePay).

[HARVEY NORMAN]

Recent Posts

  • Trending

Tangisan Wanita Baca Warkah Diberikan Oleh Anak Ketika Hari Ibu Buat Ramai Tersentuh [Video]

Menerusi video tersebut, empat beradik tersebut menghadiahkan sebuah kuali sebelum bertindak memberikan warkah meluahkan pengorbanan…

13 mins ago
  • Trending

“Rugi Besar…” – Dapat Tentangan Keras, Isa Isarb Batalkan Program Realiti Lelaki & Wanita Tinggal Sebumbung [Video]

Dia turut menerangkan kepada peserta bahawa program Hero Teladan itu berisiko diserbu oleh Jabatan Agama…

18 mins ago
  • Trending

Ayah Ayu Ting Ting Berang, Jemaah Haji Malaysia Hina Indonesia Negara Miskin? [Video]

Dalam pada itu, isteri kepada lelaki berkenaan yang juga bapa kepada Ayu Ting Ting turut…

42 mins ago
  • Trending

Wanita Dikritik Selepas Suap Bayi 10 Hari Dengan Makanan Pepejal

Perkongsian tersebut telah mengundang kecaman ramai yang kurang bersetuju makanan bentuk pepejal diberikan kepada bayi…

1 hour ago
  • Trending

Phua Chu Kang Curi Perhatian, Lebih Gemarkan Nasi Lemak Malaysia Dari Singapura

Apa yang lebih menarik perhatian apabila Phua Chu Kang atau nama betulnya Gurmit Singh dilihat…

1 hour ago
  • News
  • Trending

15 Orang Ditahan Kes Masak Mi Segera Di Stesen Minyak, Polis Sahkan Tiada Anak VIP

Menurut Ketua Polis Daerah Bentong, Zaiham empat individu dari 15 yang ditahan akan dituduh di…

3 hours ago