Melly Goeslaw Sumbang RM226,000 Buat Palestin, Hasil Jual Barangan ‘Preloved’

Umum mengetahui, dunia kini digemparkan dengan peperangan di antara Palestin dan juga Israel.

Malah apa yang lebih menyedihkan ribuan nyawa rakyat Palestin telah terkorban disebabkan peperangan ini.

Oleh itu, ramai pemimpin, selebriti dan masyarakat dari beberapa negara telah menunjukkan solidariti mereka terhadap rakyat Palestin dengan pelbagai cara seperti meuar-uarkan berita kekejaman zionis menerusi media sosial, menyalurkan sumbangan serta banyak lagi.

Melly Goeslaw turut beri sumbangan hasil jual ‘preloved’

Perkara sama turut dilakukan oleh penyanyi Indonesia iaitu Melly Goeslaw apabila menyumbangkan sejumlah wang buat rakyat Palestin hasil daripada jualan barangan peribadinya.

Menurut Melly atau nama penuhnya Melliana Cessy Goeslaw, usaha yang dilakukannya itu adalah untuk mengurangkan beban yang ditanggung oleh penduduk di Palestin.

Turut difahamkan hasil jualan ‘preloved’ itu akan diberikan kepada aktivis, Abu Muslim yang dilaporkan berada di bumi Gaza pada ketika ini.

Berjaya kumpul RM226,000

Memetik laporan mStar, wang yang berjaya dikumpulkan oleh pelantun lagu ‘Ku Bahagia’ itu berjaya memperoleh sebanyak RM226,000.

Malah Melly menerusi muat naik di Instagram turut mengucapkan terima kasih kerana bersyukur kerana wang terkumpul itu lebih daripada apa yang dijangkaannya.

“Saya sangat bersyukur kerana hasil dari preloved pada 19 Oktober lalu, hasilnya sangat jauh dari jangkaan saya. Tidak ada target sama sekali, dengan terjualnya barang-barang saya dan boleh membantu saudara-saudara kita, itu sahaja sudah cukup.

“Namun rupanya sangat ramai orang baik yang ingin membantu, hingga terkumpul 70 juta rupiah (RM21,709) dan kini menjadi 380 juta rupiah (RM114,430) lebih serta masih bertambah,” katanya.

Turut ajak pengikut menyumbang kepada Palestin

Melly dalam masa sama turut mengajak pengikutnya di platform berkenaan untuk turut menyumbang kepada rakyat Palestin menerusi link yang diletakkan pada bio.

Katanya tanda kasih sayang dari Indonesia yang terdiri daripada berbagai agama, marilah bersama-sama untuk mengumpulkan wang sumbangan sehingga 1 milion rupiah untuk negara Palestin.

“Sendiri mesti berat, bersama-sama pasti ringan.

“Walaupun angka bukanlah apa-apa, namun perjuangan kita mendapatkannya itu sangat penting agar saudara-saudara kita di sana gembira mengetahui masih ramai yang sayang dan peduli,” jelasnya.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Suami Pengasuh Ditahan, Dipercayai Umpan Budak 11 Tahun Dengan Video Lucah Sebelum Liwat

Menurut KPD Alor Gajah, siasatan lanjut mendapati pengadu menghantar anaknya kepada pengasuh dari jam 3…

22 mins ago
  • News
  • Trending

Isu Penularan Berita Palsu, Chatbot WhatsApp Bakal Diperkenal – Fahmi Fadzil

Menteri Komunikasi menjelaskan MCMC bakal bekerjasama dengan platform Meta bagi mewujudkan chatbot tersebut.

34 mins ago
  • Dunia
  • Trending

Pelanggan Meninggal Dunia Selepas Makan Shawarma, Polis Tahan 2 Peniaga

Pemuda berkenaan dilaporkan telah membeli shawarma ayam berkenaan pada 3 Mei sebelum berasa sakit perut…

1 hour ago
  • Trending

Atuk Beli Kuih Untuk Cucu Tapi Tak ‘Offer’ Dekat Anak Sendiri Buat Ramai Terhibur [Video]

Menerusi video tersebut, bapa wanita itu dilihat langsung tidak menoleh dan hanya menawarkan kuih yang…

2 hours ago
  • Trending

“Pelapis Negara” – Kelincahan Budak 6 Tahun Bermain Badminton Curi Tumpuan Ramai [Video]

Lebih menarik lagi, adik Abu Dabith juga dilihat bijak mengatur strategi dengan menghantar bulu tangkis…

3 hours ago
  • Info
  • Trending

Tak Perlu Cuit Bahu! Ini Cara Untuk Beritahu Orang Lain Untuk Dijadikan Imam [Video]

Menurut lelaki berkenaan, seseorang yang ingin menjadi makmum hanya perlu berdiri bersebelahan individu berkenaan dan…

3 hours ago