Penduduk Dagestan Bantah Ketibaan Pendatang Israel Di Lapangan Terbang

Sejak semalam (29 Oktober), tular di media sosial beberapa video yang menunjukkan berlaku kekecohan di hadapan sebuah lapangan terbang di Rusia.

Mengikut maklumat awal, kejadian tersebut berlaku di wilayah Dagestan selepas penduduk di kawasan itu mengetahui sebuah pesawat daripada Tel Aviv telah mendarat di sana.

Menerusi perkongsian video di laman X (Twitter) @AhmadFaezal4, kelihatan orang ramai sedang berkumpul di hadapan terminal lapangan terbang terbabit sambil membawa bendera Palestin sebagai tanda bantahan mereka.

Penduduk Dagestan bantah ketibaan pendatang Israel ke tempat mereka

Menurut Al Jazeera, kejadian pada Ahad (29 Oktober) itu berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Makhachkala selepas ratusan penduduk membantah ketibaan para pendatang Israel itu.

Tidak hanya itu, orang ramai juga dilihat berjaya memecah masuk ke kawasan pemeriksaan keselamatan sehingga ada yang berada di atas runway lapangan terbang terbabit sebelum dihalang oleh pihak pengawal keselamatan.

Pihak berkuasa berjaya menutup dan mengawal lapangan terbang terbabit

Pihak berkuasa kemudiannya menutup dan mengawal Lapangan Terbang Antarabangsa Makhachkala yang dikatakan terletak di wilayah penuh Muslim itu.

Dalam pada itu, satu laporan berita tempatan mendedahkan pesawat yang membawa penumpang Israel itu milik syarikat penerbangan Rusia, Red Wings.

Pejabat Perdana Menteri Israel desak Rusia jaga orang Israel

Sementara itu, Pejabat Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dalam satu kenyataan mendesak agar Russia melindungi semua rakyatnya dan orang yahudi.

“Israel mengharapkan pihak berkuasa Russia untuk melindungi keselamatan semua rakyat Israel dan Yahudi di mana sahaja mereka berada dan bertindak tegas terhadap perusuh dan menentang hasutan liar,” katanya.

Sebagai info, Dagestan merupakan sebuah wilayah di Rusia yang dihuni oleh penduduk beragama Islam. Terletak di Caucasus Utara, ia menempatkan kira-kira 3.2 juta penduduk di pinggir barat laut Caspian.

Seorang pendatang Israel berjaya daftar masuk ke dalam hotel di Dagestan

Menurut laporan Malaysia Gazette pula, dikatakan seorang lelaki dipercayai pendatang Israel telah mendaftar masuk ke Hotel Flamingo di Khasavyurt.

Menerusi rakaman yang dikongsikan, kedengaran orang ramai menjerit dengan berkata, ‘Tunjukkan muka anda, atau kami akan masuk ke hotel dan tarik anda keluar dari sana!’.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Jumlah Kelahiran Bayi Di Malaysia Semakin Menurun Berbanding Suku Tahun Pertama 2023

Menurut Ketua Jabatan Perangkaan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir setakat suku pertama tahun 2024…

7 hours ago
  • Trending

Anak Gigih Buat Slaid Kerana Mahu Pinjam Kereta Ibu Untuk Bercuti Undang Perhatian [Video]

Jelas Wan, anaknya sebelum ini telahpun meminta izin untuk menggunakan kenderaan miliknya, namun dia belum…

7 hours ago
  • Trending

Ramai Suka Konsep Cari Jodoh Sambil Makan & Borak Santai Di Kafe [Video]

Menerusi video yang tular di media sosial, kelihatan peserta dapat mengenali antara satu sama lain…

9 hours ago
  • Trending

Gara-gara Tidur Lepas Asar, Telatah Lucu Kanak-kanak Ini Kalut Bersiap Ke Sekolah Bikin Ramai Terhibur [Video]

Kanak-kanak berkenaan turut menganggap hari itu merupakan hari Khamis ketika disoal oleh ibunya sedangkan hari…

10 hours ago
  • Info

Akaun 3 KWSP Dah Bermula, Ini Cara Pindahkan Wang Ke Akaun Fleksibel [Video]

Pemindahan wang simpanan ke dalam Akaun Fleksibel boleh dilakukan bermula kelmarin (12 Mei) hingga 31…

11 hours ago
  • Trending

Pemuda Kongsi Pengalaman Selepas Disahkan Hidap Kanser [Video]

Menurut pejuang kanser itu dia mengalami rasa sakit di bahagian tulang belakang bagi tempoh yang…

12 hours ago