Baru-baru ini, tular di media sosial memaparkan peminat pelakon Bollywood, Salman Khan telah bertindak membakar mercun di dalam pawagam Mohan di daerah Maharashtra, Nashrik, India pada malam tadi (14 November).
Mercun tersebut dibakar oleh peminatnya untuk meraikan tayangan filem ‘Tiger3’ yang dilakonkan oleh pelakon terbabit.
Menerusi video yang tular, kelihatan mercun itu dibakar disaat pawagam terbabit dipenuhi dengan orang awam yang ingin menonton filem berkenaan.
Susulan daripada kejadian itu, Salman Khan tampil menerusi satu ciapan di laman X (Twitter) meminta orang ramai untuk menikmati filem terbabit di pawagam secara selamat.
“Saya mendengar berhubung kejadian mercun di dalam panggung wayang semasa tayangan filem Tiger3.
“Perkara ini adalah bahaya. Mari kita menyaksikan filem ini tanpa meletakkan diri atau orang lain dalam bahaya. Stay safe,” tulisnya.
Memetik laporan NDTV, video tersebut bermula dengan suasana yang gelap di dalam pawagam.
Tidak lama selepas itu kedengaran bunyi wisel sebaik sahaja Salman Khan muncul pada skrin.
Mercun itu dipercayai telah dibakar di bahagian tengah pawagam dan kelihatan percikan api serta asap yang berkepul berdekatan skrin tersebut.
Sebaik letupan mercun itu berlaku turut kedengaran di dalam video terbabit peminat bersorak dan tidak kurang juga ada yang berlari meninggalkan tempat tersebut kerana bimbang tercedera dengan percikan api mercun.
Jelas polis, pemilik pawagam itu bagaimana pun telah membuat aduan berhubung kejadian mercun itu dan siasatan kini sedang dilakukan.
Menurut laporan Times Of India, setakat ini tiada sebarang kecederaan membabitkan orang awam dilaporkan.
Ini merupakan insiden kedua yang berlaku selepas 7 September lalu apabila terdapat individu yang melakukan perkara sama untuk meraikan pelakon terkenal, Shah Rukh Khan semasa filem ‘Jawan’ ditayangkan.
Menurut KPD Alor Gajah, siasatan lanjut mendapati pengadu menghantar anaknya kepada pengasuh dari jam 3…
Menteri Komunikasi menjelaskan MCMC bakal bekerjasama dengan platform Meta bagi mewujudkan chatbot tersebut.
Pemuda berkenaan dilaporkan telah membeli shawarma ayam berkenaan pada 3 Mei sebelum berasa sakit perut…
Menerusi video tersebut, bapa wanita itu dilihat langsung tidak menoleh dan hanya menawarkan kuih yang…
Lebih menarik lagi, adik Abu Dabith juga dilihat bijak mengatur strategi dengan menghantar bulu tangkis…
Menurut lelaki berkenaan, seseorang yang ingin menjadi makmum hanya perlu berdiri bersebelahan individu berkenaan dan…