Bintang rap superstar, Snoop Dogg mengejutkan ramai apabila mengumumkan dia akan berhenti daripada menghisap ganja.
Hal ini kerana penyanyi lagu ‘Drop It Like It’s Hot’ itu cukup dikenali sebagai seorang kaki ganja sepanjang kehidupannya sebagai selebriti Hollywood.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun X (Twitter) rasmi miliknya, Snoop berkata bahawa dia akan berhenti menghisap barang larangan itu selepas berbincang dengan ahli keluarganya.
Memetik Dailymail UK, Snoop dikhabarkan sebelum ini mempunyai ahli pasukan khas khusus untuk menggulung sekitar 75 hingga 150 rokok ganja dalam sehari.
Cinta Snoop terhadap ‘marijuana’ telah membawa kepada pelbagai usaha lain termasuk membuka perniagaan ganja.
Berita tersebut tidak dinafikan sebagai sesuatu yang baik selepas Snoop yang telah berdekad-dekad lamanya terjebak dalam dunia ganja dan ingin berhenti demi kesihatan dirinya.
Antara kebaikan dalam kesihatan yang boleh diperolehi adalah seperti peningkatan tenaga dan keupayaan untuk memberi tumpuan, ingatan yang lebih baik, IQ yang lebih tinggi serta sistem pernafasan dan kardiovaskular lebih sihat.
Setakat ini belum dapat dipastikan sama ada Snoop turut akan berhenti mengambil ganja dalam bentuk lain seperti makanan dan vape, namun tindakan berhenti secara mengejut itu akan menyebabkan berlakunya simptom sampingan seperti kegelisahan, iritabiliti (mudah marah) dan gelisah.
“Saya akan berhenti merokok (ganja)”, tulis Snoop secara ringkas di ruangan kapsyen.
Dalam pada itu, menerusi perkongsian gambar pula Snoop meminta agar orang ramai menghormati privasinya pada ketika ini.
“Selepas mempertimbangkan banyak perkara dengan keluarga saya, saya telah memutuskan untuk berhenti merokok (ganja). Tolong hormati privasi saya pada masa ini.”
Twitter/Snoop Dogg
Bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial agak skeptikal (ragu-ragu) dengan kenyataan yang dikeluarkan Snoop selain mempersoal sama ada dia serius untuk berhenti atau hanya ‘hangat-hangat tahi ayam’.
Ia kerana Snoop sebelum ini juga pernah berkata bahawa ganja telah meningkatkan kreativitinya untuk mencipta muzik hingga memenangi pelbagai anugerah, namun tahap penggunaan secara berterusan akan mengorbankan tahap kesihatannya.
Sekadar info, ganja mempunyai lebih daripada 500 bahan kimia di dalamnya, termasuk delta-9 tetrahydrocannabinol (THC) yang merupakan bahan psikoaktif yang dapat mengubah cara berfikir.
Selain itu, ganja juga mempunyai cannabidiol (CBD) yang dapat mengurangkan keradangan dan mempunyai kesan tahan sakit.
Kadar kepekatan THC di dalam ganja menentukan betapa tinggi kesan high atau ‘lalok’ terhadap pengguna.
Kesan buruk penggunaan ganja boleh menyebabkan gangguan untuk belajar, menghafal, bergerak secara normal dan dapat mengganggu seseorang penghisap untuk membuat keputusan.
Bukan itu sahaja, ganja juga boleh membuat seseorang itu mendapat halusinasi, paranoid dan pelbagai kecelaruan emosi.
Menurut Ketua Jabatan Perangkaan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir setakat suku pertama tahun 2024…
Jelas Wan, anaknya sebelum ini telahpun meminta izin untuk menggunakan kenderaan miliknya, namun dia belum…
Menerusi video yang tular di media sosial, kelihatan peserta dapat mengenali antara satu sama lain…
Kanak-kanak berkenaan turut menganggap hari itu merupakan hari Khamis ketika disoal oleh ibunya sedangkan hari…
Pemindahan wang simpanan ke dalam Akaun Fleksibel boleh dilakukan bermula kelmarin (12 Mei) hingga 31…
Menurut pejuang kanser itu dia mengalami rasa sakit di bahagian tulang belakang bagi tempoh yang…