fbpx
Now Reading
“Tolong Hormati Privasi Saya” – Snoop Dogg Umum Akan Berhenti Hisap Ganja Buat Ramai Terkejut

“Tolong Hormati Privasi Saya” – Snoop Dogg Umum Akan Berhenti Hisap Ganja Buat Ramai Terkejut

Menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun X (Twitter) rasmi miliknya, Snoop berkata bahawa dia akan berhenti menghisap ganja selepas berbincang dengan ahli keluarganya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bintang rap superstar, Snoop Dogg mengejutkan ramai apabila mengumumkan dia akan berhenti daripada menghisap ganja.

Hal ini kerana penyanyi lagu ‘Drop It Like It’s Hot’ itu cukup dikenali sebagai seorang kaki ganja sepanjang kehidupannya sebagai selebriti Hollywood.

Snoop akan berhenti hisap ganja selepas berbincang dengan keluarga

Menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun X (Twitter) rasmi miliknya, Snoop berkata bahawa dia akan berhenti menghisap barang larangan itu selepas berbincang dengan ahli keluarganya.

Memetik Dailymail UK, Snoop dikhabarkan sebelum ini mempunyai ahli pasukan khas khusus untuk menggulung sekitar 75 hingga 150 rokok ganja dalam sehari.

Cinta Snoop terhadap ‘marijuana’ telah membawa kepada pelbagai usaha lain termasuk membuka perniagaan ganja.

Berita tersebut tidak dinafikan sebagai sesuatu yang baik selepas Snoop yang telah berdekad-dekad lamanya terjebak dalam dunia ganja dan ingin berhenti demi kesihatan dirinya.

Kebaikan berhenti hisap ganja

Antara kebaikan dalam kesihatan yang boleh diperolehi adalah seperti peningkatan tenaga dan keupayaan untuk memberi tumpuan, ingatan yang lebih baik, IQ yang lebih tinggi serta sistem pernafasan dan kardiovaskular lebih sihat.

Setakat ini belum dapat dipastikan sama ada Snoop turut akan berhenti mengambil ganja dalam bentuk lain seperti makanan dan vape, namun tindakan berhenti secara mengejut itu akan menyebabkan berlakunya simptom sampingan seperti kegelisahan, iritabiliti (mudah marah) dan gelisah.

“Saya akan berhenti merokok (ganja)”, tulis Snoop secara ringkas di ruangan kapsyen.

Snoop minta orang ramai hormati privasinya

Dalam pada itu, menerusi perkongsian gambar pula Snoop meminta agar orang ramai menghormati privasinya pada ketika ini.

“Selepas mempertimbangkan banyak perkara dengan keluarga saya, saya telah memutuskan untuk berhenti merokok (ganja). Tolong hormati privasi saya pada masa ini.”

Twitter/Snoop Dogg

Netizen was-was dengan kenyataan Snoop ingin berhenti hisap ganja

Bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial agak skeptikal (ragu-ragu) dengan kenyataan yang dikeluarkan Snoop selain mempersoal sama ada dia serius untuk berhenti atau hanya ‘hangat-hangat tahi ayam’.

Ia kerana Snoop sebelum ini juga pernah berkata bahawa ganja telah meningkatkan kreativitinya untuk mencipta muzik hingga memenangi pelbagai anugerah, namun tahap penggunaan secara berterusan akan mengorbankan tahap kesihatannya.

Ganja miliki lebih 500 bahan kimia di dalamnya

Sekadar info, ganja mempunyai lebih daripada 500 bahan kimia di dalamnya, termasuk delta-9 tetrahydrocannabinol (THC) yang merupakan bahan psikoaktif yang dapat mengubah cara berfikir.

Selain itu, ganja juga mempunyai cannabidiol (CBD) yang dapat mengurangkan keradangan dan mempunyai kesan tahan sakit.

Kadar kepekatan THC di dalam ganja menentukan betapa tinggi kesan high atau ‘lalok’ terhadap pengguna.

Kesan buruk menghisap ganja

Kesan buruk penggunaan ganja boleh menyebabkan gangguan untuk belajar, menghafal, bergerak secara normal dan dapat mengganggu seseorang penghisap untuk membuat keputusan.

Bukan itu sahaja, ganja juga boleh membuat seseorang itu mendapat halusinasi, paranoid dan pelbagai kecelaruan emosi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.