https://www.buzzkini.com/trending/2023/11/22/israel-setuju-gencatan-senjata-4-hari-mahu-50-tebusan-dibebaskan/ Gencatan Senjata Bermula Hari Ini, 13 Tawanan Israel Akan Dilepaskan Hamas | BuzzKini

Gencatan Senjata Bermula Hari Ini, 13 Tawanan Israel Akan Dilepaskan Hamas

Kerajaan Qatar selaku perunding di antara Israel dan pejuang Hamas memaklumkan gencatan senjata selama empat hari akan berkuat kuasa hari ini (24 November).

Perjanjian gencatan senjata sementara itu telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak dalam konflik Palestin dan Israel yang berlaku sejak 7 Oktober lalu.

13 tebusan rakyat Israel akan dibebaskan Hamas hari ini

Jurucakap Kementerian Luar, Majid al-Ansari berkata, Qatar menjangkakan seramai 13 tebusan rakyat Israel yang berada dalam tawanan Hamas akan dibebaskan hari ini.

“Gencatan senjata akan bermula pada 7 pagi (0500 GMT) pada Jumaat (1 tengah hari waktu Malaysia) dan kumpulan pertama tebusan awam akan diserahkan kira-kira jam 4 petang (1400 GMT) (10 malam waktu Malaysia),” kata Majid dalam sidang akhbar di Doha semalam (23 November) yang dipetik Berita Harian.

Jelasnya lagi, sebahagian daripada 13 tebusan itu terdiri daripada wanita warga emas dan kanak-kanak.

Tahan rakyat Palestin juga akan dibebaskan daripada penjara Israel

Menurut Majid, tebusan Palestin yang ditahan di penjara Israel juga akan dibebaskan hari ini selain beliau memakumkan senarai nama banduan telah diluluskan tanpa menyatakan bilangannya.

Mengikut rundingan yang telah dicapai, pejuang Hamas akan membebaskan 50 tawanan dalam tempoh empat hari gencatan senjata itu.

“Dalam tempoh empat hari ini, maklumat akan dikumpul mengenai tebusan yang lain untuk mempertimbangkan kemungkinan lebih banyak pembebasan dan dengan itu melanjutkan jeda,” kata Majid.

Perlukan gencatan senjata sepenuhnya, harap tiada pihak yang melanggar perjanjian

Mengulas lanjut mengenai gencatan senjata, Majid berkata ia memerlukan gencatan senjata sepenuhnya tanpa serangan dari udara atau darat dan berharap tidak akan ada pelanggaran perjanjian daripada kedua-dua pihak.

“Perjanjian itu, ia masih berkuat kuasa dan seperti yang dipersetujui,” ujarnya lagi.

Terdahulu, pejuang Hamas turut mengeluarkan kenyataannya yang mengesahkan bahawa 50 tawanan wanita dan kanak-kanak akan dibebaskan dan sebagai pertukaran Israel perlu melepaskan seramai 150 orang wanita dan kanak-kanak Palestin dari penjara Israel.

Mereka juga mengatakan Israel perlu menghentikan segala tindakan ketenteraan di Gaza dan membenarkan ratusan trak yang membawa bantuan kemanusiaan, perubatan, dan bahan bakar masuk ke dalam wilayah itu.

Baca Artikel Berkaitan:

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

2 days ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

3 days ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

3 days ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

3 days ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

3 days ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

3 days ago