Suami Tumbuk Isteri, Berang Perbuatan Bawa Perempuan Lain Masuk Bilik Dirakam

Berang perbuatan membawa masuk wanita masuk bilik dalam rumah dirakam, seorang lelaki tergamak menumbuk isterinya sendiri pada 21 November lalu.

Kejadian itu dilaporkan berlaku pada 5.10 petang di kediaman mereka yang terletak di Arau, Perlis.

Dalam kejadian terbabit, mangsa baharu sahaja pulang ke kediaman di Taman Desa Pauh, Pauh. Dia kemudian mendapati suaminya telah menolak seorang wanita yang tidak dikenalinya dalam keadaan tergesa-gesa untuk masuk ke bilik air yang berada dalam bilik mereka.

Suspek siku bahu, tampar dan tumbuk muka mangsa

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi memberitahu, wanita yang ditolak masuk ke dalam bilik air itu dipercayai merupakan teman wanita kepada lelaki berusia 49 tahun itu.

“Geram dengan perbuatan suaminya itu, mangsa kemudian bertindak merakam perbuatan suspek bersama teman wanitanya itu dan apabila suspek menyedari akan hal itu maka berlaku pergelutan antara mereka.

“Suspek yang berang kemudian merampas dan membuang telefon bimbit mangsa ke lantai sehingga pecah sebelum menyiku atas bahu, menampar dan menumbuk bahagian muka mangsa sehingga terjatuh yang mengakibatkan bahu mangsa mengalami sakit manakala mukanya pula bengkak.

“Semasa kejadian juga, anak lelaki mangsa yang berusia 16 tahun cuba membantu mangsa namun suspek bertindak mencekik leher dan menumbuk dada dan bahagian mulut anak mangsa sehingga mengalami kecederaan,” jelasnya, lapor Harian Metro.

Ujarnya lagi, adik kepada wanita berusia 53 tahun itu juga tampil masuk campur serta meleraikan pergaduhan yang berlaku antara mereka sebelum mangsa membuat laporan di Balai Polis Arau berhubung kejadian tersebut.

Mangsa dan anak lelaki mendapatkan rawatan di Hospital Tunku Fauziah Kangar

“Siasatan awal mendapati rumah teres setingkat yang didiami pasangan itu adalah milik mendiang ibu suspek.

“Selepas laporan polis dibuat, mangsa dan anaknya mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Fauziah Kangar.

“Hasil laporan awal perubatan oleh doktor mendapati mangsa mengalami kesan bengkak di bahagian pipi kiri dan bahu kiri manakala anak lelaki mangsa pula mengalami sakit di bahagian kepala, tangan kanan, lutut kanan dan perut,” ujarnya lagi.

Polis kemudian bertindak menahan suspek yang tidak bekerja dan kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Suspek turut direman selama tiga hari sehingga hari ini (24 November).

Recent Posts

  • Info
  • Trending

Boleh Ke Isteri Ambil Duit Suami Senyap-Senyap? Ini Penjelasannya

Menurut Ustazah Asma’ lagi, berdasarkan kitab Mughni al-Muhtaj, terdapat tujuh keperluan nafkah yang wajib suami…

2 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Sepadan Betul”- Ramai Beri Restu Lepas Lihat Video Bella Astillah & Daniesh Suffian

Ramai di kalangan netizen berpendapat Bella Astillah dan Daniesh Suffian adalah sepadan serta tidak menolak…

2 hours ago
  • Trending

“Vokal Dia Power!” – Suara Serak Basah Jadi Tumpuan, Ramai Puji Nyanyian Buskers Cover Lagu Nidji [Video]

Pemuzik jalanan dikenali sebagai Genji Buskers bersama Kazim Band dilihat sedang mempersembahkan nyanyian lagu sekitar…

3 hours ago
  • News
  • Trending

Pengantin Pakai Seksi & Tak Tutup Aurat Semasa Akad Nikah Budaya Jahiliah, Kata Mufti Pulau Pinang

Sebelum ini, seorang pelakon wanita dikritik kerana berpakaian seksi dan terdedah semasa melangsungkan majlis akad…

3 hours ago
  • Trending

Anak Sulung Rasa Bagai Disisih Ibu Bapa, Lukisan Si Kecil Buat Ibu Luluh Hati [Video]

Seorang ibu dikenali sebagai Intan berkata dia berasa sedih melihat lukisan anak sulung yang menggambarkan…

3 hours ago
  • Trending

Dejavu! Tular Lagi Video Axia Terbawa Nozel Pam Selepas Isi Minyak

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di salah sebuah stesen minyak di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor pada…

3 hours ago