Umum sedia maklum, tarikh 25 Disember pada setiap tahun merupakan sambutan perayaan Hari Natal atau Krismas bagi penganut agama Kristian di seluruh dunia.
Malaysia yang juga merupakan negara berbilang kaum, bangsa dan agama juga tidak terlepas daripada menyambut perayaan ini.
Sama seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina dan Deepavali, Krismas juga akan disambut secara besar-besaran dengan setiap pasaraya mahupun pusat membeli-belah akan menghiasi premis mereka dengan dekorasi bertemakan perayaan tersebut.
Pun begitu, budaya yang mungkin sudah dianggap sesuatu yang biasa bagi rakyat di negara ini ternyata mengejutkan bagi orang luar negara.
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang menunjukan seorang wanita warga Amerika Syarikat (AS) terkejut melihat persiapan menyambut Krismas di Malaysia yang jauh lebih meriah berbanding di negaranya.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @lilithinkl, wanita itu turut mempersoal bagaimana perkara tersebut boleh berlaku memandangkan populasi masyarakat penganut agama Kristian di negara ini jauh lebih rendah berbanding di AS.
“Malaysia, bagaimana boleh menyambut Krismas lebih meriah berbanding negara saya sendiri? Daripada negara yang mempunyai 63% penduduk beragama Kristian berbanding Malaysia, yang hanya kira-kira 9% penduduk?
“Korang betul-betul bersemangat terutamanya di pusat membeli-belah. Di AS saya tidak pernah melihat hiasan untuk menyambut Krismas sebanyak ini, ia semua tentang membeli barang di kedai untuk Krismas, tetapi bukan tentang semangat perayaan seperti ini,” katanya.
Malah wanita itu juga turut teruja melihat hiasan pokok krismas yang besar dan tinggi di luar kawasan luar pusat membeli-belah tersebut selain mendakwa tidak pernah melihatnya di AS.
Berdasarkan video berkenaan, wanita terbabit dipercayai berada di pusat-membeli-belah Suria KLCC, Kuala Lumpur.
Memindai di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mendakwa masyarakat di negara ini suka menyambut semua jenis perayaan secara besar-besaran.
Malah mereka turut mengatakan setiap perayaan itu amat penting kerana terdapat diskaun secara besar-besaran yang akan diberikan oleh sesetengah kedai.
Malaysia memang unik, semua jenis perayaan kita sambut secara besar-besaran.
Menurut Zufar, dia terlihat wanita dan anaknya itu sedang berjalan kaki manakala suami wanita berkenaan…
Menerusi video tersebut, kelihatan pelajar berkenaan seronok apabila guru menerima jambangan sayur-sayuran dengan gembira.
Segelintir pengguna iOS 17.5 mendakwa gambar-gambar yang bertahun lamanya sudah dipadam kini hadir semula ke…
ZUS Coffee dalam menyatakan bahawa mereka menentang isu pembunuhan beramai-ramai yang berlaku kepada masyarakat Palestin…
Menurut Leona, dia dan bapanya sering berbeza pendapat dalam pelbagai perkara malah dia sendiri sukar…
Menerusi video tersebut kelihatan kereta Axia tersebut terbalik selepas melanggar timbunan objek dipercayai batu tar…