Pertelingkahan Suami Isteri Jadi Punca Kapal Terbang Terpaksa Dilencongkan Ke India

Sudah menjadi lumrah dalam perkahwinan pasti ada pasang surutnya, adakala bergurau mesra dan ada masanya bermasam muka.

Alah bak kata P.Ramlee dalam lagunya ‘sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri’. Namun ia bergantung kepada setiap pasangan tersebut bagaimana ingin menyelesaikan pertelingkahan itu secara baik atau sebaliknya.

Kapal terbang menuju ke Bangkok terpaksa mendarat di New Delhi, gara-gara suami isteri bergaduh

Baru-baru ini, sebuah kapal terbang dari Munich yang menuju ke Bangkok terpaksa dilencongkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi (IGI) New Delhi, India.

Insiden yang berlaku pada 29 November (Rabu) itu disebabkan terdapat pasangan suami isteri yang bertengkar ketika berada di dalam sebuah pesawat Lufthansa.

Disebabkan pengalihan penerbangan Lufthansa dari Munich-Bangkok ke Delhi, pasangan itu kemudiannya terpaksa diturunkan.

Mendarat di IGI sebaik juruterbang berkomunikasi dengan pihak ATC

Penerbangan Lufthansa LH772 mendarat di IGI sebaik juruterbang berkomunikasi dengan pihak Kawalan Trafik Udara (ATC) berhubung ‘situasi dan kemungkinan keadaan penumpang yang sukar dikawal’.

Keputusan untuk melencongkan penerbangan itu kemudian dibuat selepas menerima laporan daripada kru kabin menunjukkan tingkah laku pasangan terbabit di dalam pesawat yang mengganggu, lapor India Times dipetik ANI.

Meskipun tidak mengetahui apakah punca kepada pertengkaran pasangan itu, pihak keselamatan penerbangan mengesahkan bahawa pesawat tersebut terpaksa mengubah haluan mereka disebabkan mereka.

Gara-gara isu di antara pasangan tersebut, penerbangan berkenaan terpaksa mendapat kebenaran untuk mendarat di IGI.

Difahamkan lelaki yang bertengkar itu berasal daripada Jerman manakala isterinya pula merupakan warga Thailand.

Seorang pegawai memaklumkan bahawa si isteri awalnya mengadu mengenai kelakuan suami kepada juruterbang selain mendakwa dia berasa ‘terancam’.

Suami kepada wanita berkenaan mohon maaf pada pihak berkuasa IGI

Memetik laporan NDTV, lelaki yang juga suami kepada wanita berkenaan akhirnya memohon maaf kepada pihak berkuasa lapangan terbang sementara pegawai keselamatan berhubung dengan kedutaan Jerman untuk memaklumkan kejadian tersebut.

Walau bagaimanapun pihak berkuasa masih mempertimbangkan keputusan sama ada ingin menyerahkan lelaki berkenaan kepada agensi keselamatan India atau menghantarnya pulang ke Jerman.

Recent Posts

  • Info
  • Trending

Perkara Yang Nabi Tak Buat Atau Tinggalkan, Boleh Ke Kita Lakukan? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut UAI, sekiranya perkara itu haram, Nabi Muhammad SAW akan menjelaskannya untuk dijadikan panduan buat…

1 hour ago
  • Trending

“Bestnya!” – Ramai Teruja Lihat Rumah Terbuka Ada Menu ZUS Coffee [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah menu ZUS Coffee yang dihidangkan secara percuma khusus buat tetamu…

1 hour ago
  • Trending

“Rezeki Teragung”- 16 Tahun Menanti, Pasangan Akhirnya Dikurniakan Zuriat [Video]

Menurut Haznie setelah menanti untuk satu tempoh yang lama akhirnya pada ulang tahun perkahwinan ke-16…

2 hours ago
  • Trending

Tular 4 Individu Selamba Tunggang Motosikal Tanpa Helmet Siap Langgar Lampu Merah [Video]

Rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan lelaki terbabit kerana menunggang secara berbahaya dengan membawa kanak-kanak…

4 hours ago
  • Trending

Peminat Tegur Hasilkan Keychain Guna Muka Anak, MUA Bellaz Mohon Maaf

Jelas MUA Bellaz, keychain tersebut bukanlah dibuat mengikut muka anaknya 100%, namun ia dihasilkan dalam…

4 hours ago
  • Trending

Pemuda Sesat 6 Jam Dalam Hutan Ketika Nak Pulang Ke Rumah Abang Gara-gara Waze

Menurut Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi, lelaki berkenaan ditemui dalam keadaan lemah, terketar-ketar dan menangis selepas…

4 hours ago