Peminat Tegur Hasilkan Keychain Guna Muka Anak, MUA Bellaz Mohon Maaf

Sebut sahaja tentang kanak-kanak pasti akan terlintas dalam fikiran kecomelan dan keletah mereka.

Oleh sebab itu, ada segelintir ibu bapa akan merakam momen indah dan berkongsinya di media sosial.

Perkongsian itu kebiasaannya menyebabkan kanak-kanak itu mempunyai peminatnya yang tersendiri.

Pada masa kini, antara kanak-kanak yang sering menjadi perhatian warganet adalah anak kepada jurumekap terkenal Nabilah Zulyadaini atau lebih dikenali sebagai MUA Bellaz.

Kanak-kanak perempuan yang diberi nama Nur Aisywara Naelofa atau Wara mempunyai peminatnya yang tersendiri hingga menyebabkan MUA Bellaz mengeluarkan keychain khas buat peminat anaknya.

Peminat Tegur Buat Keychain Muka Anak Sendiri

Meskipun perkara itu disambut baik orang ramai, namun ada segelintir peminat kanak-kanak cilik itu menganggap ia bukanlah satu perkara yang bagus untuknya.

Rata-rata daripada mereka risau sekiranya terdapat individu yang berniat tidak baik memandangkan kanak-kanak berkenaan masih kecil.

Malah bagi peminat yang beragama Islam, mereka gusar sekiranya Wara boleh terkena ‘benda tidak baik’ seperti penyakit Ain iaitu penyakit yang disebabkan oleh pandangan mata yang disertai dengan sifat iri hati atau sifat takjub terhadap apa yang dipandang.

Foto: Facebook MUA Bellaz

Mohon Maaf Kepada Peminat, Batalkan Pengeluaran Keychain Anak

Peka dengan teguran ramai, MUA Bellaz menerusi kenyataan terbaharunya memohon maaf kepada peminat setia anak perempuannya itu. Permohonan itu dibuat menerusi komen di hantaran Facebook rasmi miliknya.

Jelas Bellaz, keychain tersebut bukanlah dibuat mengikut muka anaknya 100%, namun ia dihasilkan dalam bentuk kartun.

“Hampa (korang), terlebih dahulu Bellaz nak bagitahu yang keychain wara ni Bellaz kartun tau, bukan wajah Wara sebenar, iras-iras Wara sahaja.

“Minta maaf kekurangan dari Bellaz,” tulisnya di Facebook.

Foto: Facebook MUA Bellaz

Batalkan pengeluaran keychain kartun

Malah, menerusi satu lagi hantaran di Facebok miliknya, jurumekap popular itu turut mengumumkan telah membatal dan menghentikan pengeluaran keychain berkenaan.

“Hampa dengan merendah hati nak bagitahu, Bellaz berlapang dada berhentikan production (produksi) cartoon keychain Wara, nak semua omi2 (peminat) Wara happy dan selesa.

“Terima kasih atas nasihat dan ucapan yang baik-baik. Terima kasih walaupun dah separuh dah buat.

“Nanti Bellaz bagi as freegift untuk client makeup Mama dia. Minta maaf sekali lagi,” jelas MUA Bellaz.

Hampa dgn merendah Hati nak bagitau ..bellaz berlapang dada berhntikan Production cartoon keychain wara ..nak semua…

Posted by Nabilah Zulyadaini on Wednesday 8 May 2024

Sikap positif MUA Bellaz membuatkan rata-rata peminatnya dan Wara lebih mengagumi keputusan berkenaan jurumekap berkenaan.

Malah ramai memuji sikapnya yang tenang dan tidak cepat melatah sebaliknya mudah menerima nasihat dan cadangan peminat serta pengikutnya.

Baca Artikel Berkaitan: Kerana Keychain Berbentuk Peluru, Wanita Ini Ditahan di Imigresen

Baca Artikel Berkaitan: Kekecewaan Terubat, MUA Bellaz Taja Mekap Dan Baju Pengantin ‘Dianiaya’ Mak Andam

Recent Posts

  • News
  • Trending

Lelaki Mabuk Ditahan Selepas Serang & Cuba Rampas Submesingan Anggota Polis Di Balai

Pergelutan yang berlaku semasa suspek ingin ditahan menyebabkan lelaki itu mengalami kecederaan di bahagian muka…

51 mins ago
  • Trending

“Tak Panas Ke”- Pasangan Kantoi Buat Aksi Jelik Di Atas Jalan

Tindakan tak senonoh pasangan itu yang dipercayai melakukan hubungan seks di atas jalan mengundang kecaman…

1 hour ago
  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

2 days ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

3 days ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

3 days ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

3 days ago