Pemuda Sesat 6 Jam Dalam Hutan Ketika Nak Pulang Ke Rumah Abang Gara-gara Waze

Seiring dengan arus permodenan dan teknologi yang semakin maju semua perkara kini hanya boleh dilakukan di hujung jari sahaja.

Sebagai contoh jika dahulu ramai yang akan bertanya kepada orang ramai atau mengikut papan tanda di jalan sebagai panduan untuk ke suatu tempat kini kebanyakan sudah mula menggunakan aplikasi navigasi untuk menuju ke sesuatu tempat.

Walau bagaimanapun, banyak juga kes yang berlaku di mana ada pengguna yang tersesat dek kerana terlalu mengikuti arahan yang diberikan oleh navigasi tersebut.

Pemuda sesat dalam hutan selama 6 jam lepas guna waze

Perkara sama turut berlaku kepada seorang penunggang motosikal ini apabila dia tersesat di dalam hutan di Felda Teloi Kanan, Kuala Ketil, Kedah.

Lelaki yang bekerja di Pulau Pinang itu sesat menggunakan aplikasi tersebut sewaktu ingin pulang ke rumah abang di Sungai Petani, Kedah selepas beraya di rumah kawannya yang berada di Sungai Lalang.

Pemuda berusia 32 tahun itu, menggunakan aplikasi Waze itu selepas bercadang untuk menginap di rumah abangnya sebelum sesat memasuki kawasan hutan terbabit sekitar jam 1 pagi.

Hubungi bomba selepas sesat dalam hutan

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik, Penolong Penguasa Bomba iaitu Zulkhairi Mat Tanjil maklumat berhubung insiden itu diterima pihaknya selepas dihubungi oleh pemuda berkenaan sekitar jam 7 pagi.

Jelas Zulkhairi, pihaknya cuba untuk mengesan pemuda terbabit berpandukan arah daripada penduduk kampung.

“Difahamkan, mangsa menggunakan aplikasi Waze dan berulang kali melalui jalan yang ditunjukkan, namun buntu sehingga memasuki kawasan hutan yang tiada liputan telekomunikasi.

“Sehingga jam 7 pagi, mangsa cuba mencari kawasan yang boleh dihubungi seterusnya membuat panggilan kecemasan meminta bantuan bomba,” ujarnya, dipetik Sinar Harian.

Mangsa lemah dan menangis ketika ditemui

Selepas operasi mencari dan menyelamat dijalankan, pemuda terbabit akhirnya berjaya ditemui pada jam 8.10 pagi di dalam hutan sekitar 10 kilometer dari jalan raya.

Mangsa ketika ditemui berada dalam keadaan lemah, terketar dan juga menangis disebabkan panik serta bingung.

Tiada sebarang kecederaan dilaporkan berlaku kepada mangsa kecuali gigitan nyamuk, mangsa kemudian dihantar ke unit kecemasan Klinik Kesihatan Teloi Timus menggunakan EMRS jabatan selepas mengadu sesak nafas dan memerlukan rawatan lanjut.

Baca artikel berkaitan: Wanita Di Thailand Tersangkut Dekat Jambatan Gantung Kerana Terlalu Percayakan GPS

Recent Posts

  • Trending

Dipercayai Kena Halau Suami, Wanita Bersama Dua Anak Kecil Telah Selamat Sampai Kedah

Menurut aktivis kemasyarakatan Zurianty Sudin, tiga beranak itu dipercayai dihalau suami telah selamat sampai ke…

2 hours ago
  • Info
  • Trending

Harus Hukumnya Orang Islam Hantar Jenazah Non-Muslim Ke Tanah Perkuburan – UAI

Namun menurut Ustaz Azhar Idrus, perbuatan yang termasuk dalam upacara atau kepercayaan agama mereka adalah…

2 hours ago
  • Dunia
  • News
  • Trending

Helikopter Bawa Presiden Iran Terhempas, Nasib Ebrahim Raisi Masih Belum Diketahui

Nahas helikopter itu berlaku ketika Raisi dan Amir Abdollahian dalam perjalanan pulang dari upacara pembukaan…

3 hours ago
  • News
  • Trending

Lelaki Mabuk Ditahan Selepas Serang & Cuba Rampas Submesingan Anggota Polis Di Balai

Pergelutan yang berlaku semasa suspek ingin ditahan menyebabkan lelaki itu mengalami kecederaan di bahagian muka…

4 hours ago
  • Trending

“Tak Panas Ke”- Pasangan Kantoi Buat Aksi Jelik Di Atas Jalan

Tindakan tak senonoh pasangan itu yang dipercayai melakukan hubungan seks di atas jalan mengundang kecaman…

4 hours ago
  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

2 days ago