Warga Emas Genggam PhD Pada Usia 79 Tahun Jadi Inspirasi Ramai

Umum mengetahui ilmu merupakan perkara penting dalam kehidupan manusia. Kepentingan ilmu ini dapat dilihat apabila sejak dari kecil lagi, seseorang itu telah diajar dengan ilmu tertentu sesuai dengan usia mereka.

Dengan ilmu, ia boleh membantu dan menjadi petunjuk kepada seseorang dalam menjalani kehidupan seharian.

Warga Emas Genggam PhD Di Usia 79 Tahun

Tidak menjadikan usia dan masalah kesihatan sebagai penghalang, seorang warga emas berusia 79 tahun berjaya mengenggam Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Kesusasteraan Melayu di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Dia yang dikenali sebagai Dr. Muharam Awang dikatakan mempunyai masalah mata kabur akibat katarak yang dihadapi.

Namun, masalah itu sedikit pun tidak melemahkan semangatnya untuk menyambung pengajian di peringkat PhD.

Mohon Bantuan Anak Siapkan Tesis Kajian

Menurut Dr Muharam yang juga seorang pesara guru, ekoran masalah kesihatan yang dihadapinya, dia terpaksa meminta tolong anak-anak bagi menyiapkan tesis kajian yang dilaksanakan.

Bantuan itu diminta selepas mendapat tunjuk ajar daripada penyelianya, Pensyarah Kanan Pusat Kajian Bahasa Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu (Bitara Melayu), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM, Dr. Zubir Idris.

“Sewaktu mahu menyiapkan tesis, mata saya kabur dan saya tidak dapat membaca. Ketika itulah saya terpaksa meminta bantuan anak-anak untuk menaip semula tesis kajian saya.

“Pada Mei lalu, saya menjalani pembedahan katarak dan Alhamdulillah, pandangan pulih dan saya berjaya menyiapkan tesis tersebut,” katanya yang dipetik dari Kosmo.

Pernah Rasa Rendah Diri, Sambung Belajar Kerana Mahukan Kepuasan

Bapa kepada tujuh orang anak dan 17 cucu itu melanjutkan pengajian di peringkat PhD bermula dari tahun 2015 hingga 2023.

Antara faktor yang menyebabkan dia menyambung pelajaran adalah kerana rasa rendah diri ketika bekerja dalam bidang perguruan malah dia juga mahu menjadikan peluang ini sebagai satu kepuasan buat dirinya.

“Dulu saya mengajar di sekolah rendah dan pada waktu itu sangat berbeza kerana guru sekolah menengah dipandang tinggi. Dari situ wujud rasa rendah diri ditambah lagi saya pernah dicabar.

“Jadi saya sambung pengajian diploma pada tahun 1965 dan seterusnya ijazah di UKM. Saya pernah mengajar di tingkatan enam untuk subjek Pengajian Am sebelum bersara sebagai tenaga pengajar di kolej,” ujarnya.

Sambung PhD Kerana Cintakan Ilmu

Tambah Muharam lagi, sifatnya yang cintakan ilmu juga antara faktor yang menyebabkan dia mengambil keputusan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat PhD.

“Tesis untuk PhD memang berat dan pada peringkat awal, saya berdepan banyak masalah ditambah lagi memerlukan kemahiran komputer. Perkara teknikal ini susah bagi saya.

“Alhamdulillah anak-anak sangat membantu saya selain disokong oleh Dr. Zubir serta dibantu oleh isteri, Fuziah Md. Taha, 71,” katanya.

Dr Muharam menerima skrol PhD Kesusasteraan Melayu yang disampaikan oleh Pro Canselor UKM iaitu Tan Sri Mohd. Zuki Ali.

Untuk info, Majlis Konvokesyen UKM Yang Ke-51 telah bermula pada 25 hingga 30 November 2023. Semasa majlis konvokesyen ini, UKM telah menganugerahkan ijazah dan diploma kepada 7,255 graduan yang tamat pengajian.

Ternyata usia bukan penghalang bagi seorang pesara guru yang berumur 79 tahun, Dr. Muharam Awang yang telah berjaya…

Posted by Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UKM on Tuesday, 28 November 2023

Baca Artikel Berkaitan: Berkat Usaha Keras Bekerja Sambil Belajar Selama 4 Tahun, Rider FoodPanda Berjaya Dapat PHD

Baca Artikel Berkaitan: Ahli Matematik Dari Malaysia Dapat Tawaran Sambung Belajar Di 10 Universiti Terbaik Di Dunia

Recent Posts

  • Dunia
  • Trending

Gara-gara Wanita Letak Kereta Di Tempat Tak Sepatutnya, Nama Malaysia Jadi Sebutan Di Jepun

Ekoran daripada insiden 'double park' tersebut, kontraktor di Jepun terpaksa mengambil masa selama 3 jam…

2 days ago
  • Trending

Pelari Menara Terbaik Dunia Bawa 1 Beg ‘Jajan’ Dari Malaysia Untuk Kongsi Dengan Atlet Negara Lain

Antara snek zaman kanak-kanak yang dibawa di dalam bagasi Soh Wai Ching adalah keropok jenama…

2 days ago
  • News
  • Trending

Guru Didakwa Tampar, Tumbuk & Cekik 4 Pelajar Hanya Kerana Diintai Ketika Sedang Merokok

Guru sekolah agama berkenaan didakwa turut memarahi dan melemparkan kata-kata kesat kepada beberapa orang murid…

2 days ago
  • Trending

Pelancong China Kecewa Bercuti Di Malaysia, Badan Basah Kuyup Gara-gara Hujan Tak Henti

Pelancong dikenali sebagai Xiao Huihui itu mengeluh selepas terpaksa meredah hujan lebat ketika bersiar-siar di…

2 days ago
  • Trending

Kereta Terpaksa Jalan Mengundur Gara-gara Kamera Di Palang Parkir ‘Gagal’ Imbas Nombor Plat [Video]

Jelas pemilik kereta, dia terpaksa meletakkan nombor plat di bahagian depan kiri kerana ruangan tengah…

2 days ago
  • Trending

Pelajar Gigih Ulang Kaji Pelajaran Bawah Lampu Jalan Curi Perhatian Netizen [Video]

Menurut beberapa netizen, pelajar yang belajar di bawah lampu jalan itu merupakan penuntut dari Universiti…

2 days ago