fbpx
Now Reading
Ahli Matematik Dari Malaysia Dapat Tawaran Sambung Belajar Di 10 Universiti Terbaik Di Dunia

Ahli Matematik Dari Malaysia Dapat Tawaran Sambung Belajar Di 10 Universiti Terbaik Di Dunia

Bukan biasa-biasa pemuda ni

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tak semua orang gemarkan matematik. Malah harus diakui ia merupakan salah satu subjek yang dikategorikan sebagai subjek ‘pecah otak’ oleh kebanyakan pelajar.

Namun situasi ini agak berbeza buat Yugendran Rajaendran. Dia mula jatuh hati dengan ilmu hisab seawal usia 4 tahuh.

Malah di usia sebegitu, dia sudah pun menguasai asas peratus sedangkan anak kecil lain masih lagi dikelilingi dengan barang mainan.

Usai tamat sekolah menengah, dengan berbekalkan keputusan cemerlqng 11A didalam peperiksaan SPM , Yugendran kemudian menyambung pelajaran di peringkat A-Level di Epsom College, Negeri Sembilan.

Yugendran memegang surat tawaran kemasukan di Stanford University Foto : MalayMail / Miera Zulyana

Seperti yang dijangkakan, anak jati Klang berumur 20 tahun ini kemudiannya berjaya mencapai 5A dan terus memohon untuk melanjutkan pelajaran di 15 universiti berprestij di dunia.

Bagaikan sudah tertulis, 10 dari 15 universiti yang dipohonnya begitu mengalu-alukan kemasukan anak muda ini antaranya Yale University, King’s College London, University of California Los Angeles (UCLA), New York University (NYU) ,Columbia University, Stanford University dan banyak lagi.

Namun dia memilih untuk mengejar double degree dalam Bioengineering and Mathematical serta Computational Science di Stanford University, California sekaligus menjadi satu-satunya pelajar Malaysia di universiti kedua terbaik dunia itu.

Yugendran bersama ibunya Foto : MalayMail / Miera Zulyana

Disebalik kejayaan cemerlangnya, Yugendran membesar di dalam sebuah keluarga yang low profile dan penuh berdisiplin .

Ayahnya yang bekerja sebagai seorang mekanik motorsikal dan ibunya yang bergelar seorang suri rumah sepenuh masa tidak pernah leka dalam mendidik anak-anak.

Mereka sentiasa memastikan anak-anak mereka memiliki semangat belajar yang tinggi selain berusaha keras untuk berjaya. Hasilnya tiga dari kakak Yugendran sudah pun bergelar petugas perubatan.

Mengambil semangat kakak-kakaknya, Yugendran bagaimanapun mahukan sedikit kelainan di dalam kerjayanya di mana dia mengimpikan peranan sebagai seorang saintis perubatan.

Kami di Buzzkini mendoakan Yugendran akan terus maju ke hadapan sehingga berjaya merealisasikan impiannya untuk membantu rakyat Malaysia mendapatkan kualiti hidup yang lebih baik menerusi sains perubatan,

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.