Netizen Risau Novel Tempatan Laris Dijual Walau Ada Adegan Dewasa

Setiap orang di muka bumi ini mempunyai hobi dan minat mereka yang tersendiri. Ada yang suka meluangkan masa dengan memancing, keluar berjalan-jalan, menonton televisyen dan membaca.

Sebut sahaja tentang membaca, pelbagai genre buku yang sering menjadi pilihan individu. Antara yang sering mendapat permintaan dan tempat terutamanya dalam kalangan golongan wanita adalah novel cinta.

Novel cinta sering menjadi pilihan kerana kebanyakan kisah-kisahnya yang indah dan tetap akan berakhir dengan kebahagiaan walaupun pelbagai konflik berlaku.

Namun sejak belakangan ini, hangat dibincangkan di media sosial mengenai isi kandungan segelintir novel mengandungi adegan dewasa atau ‘soft porn’.

Ada Elemen Seks & Buku Dijual Secara Berleluasa

Terbaharu, seorang pengguna di laman Twitter (X) meluahkan rasa kecewa terhadap kandungan sebuah novel karya tempatan.

Menerusi ciapan tersebut, novel itu dikatakan laris terjual walaupun secara terang-terangan mengandungi elemen seks.

Pengguna berkenaan turut menyelar tindakan penulis novel yang turut memasukkan unsur agama walaupun kandungan novel berkenaan secara keseluruhannya bukanlah berkaitan dengan ketuhanan.

“Lepas adegan tidak baik, ada ayat Al-Quran,” ciap pengguna tersebut.

Budak Bawah Umur Turut Jadi Pembaca, Mahu Cari Lelaki Seperti Watak Dalam Novel

Tambah pengguna itu lagi, apa yang merisaukannya adalah apabila seorang kanak-kanak yang berusia 11 tahun turut menjadi pembaca novel berkenaan.

Malah lebih teruk, kanak-kanak berkenaan menyatakan mahu mencari lelaki duda seperti yang digambarkan dalam novel berkenaan.

“Gadis itu sendiri mengaku dia sukakan golongan duda disebabkan pembacaannya dalam novel tersebut,” ciapnya lagi.

Berdasarkan sinopsis yang dikongsikan oleh seorang lagi pengguna Twitter (X), watak utama novel berkenaan adalah seorang lelaki yang memegang status duda.

Oleh itu, tidak hairanlah jika pembaca cilik yang berusia 11 tahun itu menjadikan lelaki duda sebagai pilihan.

Difahamkan, kandungan novel berkenaan dahulunya terkenal di Wattpad, yang merupakan platform bahan bacaan khusus buat individu yang mempunyai minat membaca serta yang mahu menulis sesebuah cerita.

Menerusi semakan kami di laman X, antara perkara negatif yang dibangkitkan mengenai novel tersebut adalah budaya ‘Sugar Daddy’, kecurangan, wanita pisau cukur dan banyak lagi.

Namun kami tidak berpeluang untuk membaca sendiri keseluruhan novel berkenaan memandangkan versi wattpad yang dikatakan sudah tidak lagi tersedia.

Foto: Tangkap Layar Twitter (X)
Foto: Tangkap Layar Twitter (X)
Foto: Tangkap Layar Twitter (X)
Foto: Tangkap Layar Twitter (X)

Kandungan Novel Undang Reaksi Netizen

Ciapan tersebut nyata mendapat pelbagai reaksi dari warganet. Rata-rata mengecam dan hairan bagaimana buku yang mengandungi elemen lucah sedemikian boleh terjual kepada umum.

Ada juga di antara mereka yang turut risau sekiranya terdapat ramai lagi golongan bawah umur turut membaca novel berkenaan.

Malah, ada yang turut membandingkan pengalaman mereka pada satu ketika dahulu yang membaca bahan bacaan kanak-kanak bersesuaian dengan usia dan berbeza dengan segelintir pembaca cilik pada masa kini.

Berikut antara komen netizen:

Macam Mana Boleh Terlepas Terbit Buku Ni?

Rosak Anak Muda

Editor Buku Tu Tak Baca Buku Ke? Kenapa Biarkan Adengan Macam Tu Diterbitkan?

Kalau Sikit-Sikit Tak Pe Lagi, Ini Ayat Tak Bertapis, Menggalakkan Zina

Saya 11 Tahun Dulu Mama Beli Majalah Kuntum Je

Baca Artikel Berkaitan:

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

3 hours ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

1 day ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

1 day ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

1 day ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

1 day ago