“Saya Ratapi Setiap Hari” – Isteri Arwah Syed Danial Hiba, Kongsi Kehidupan Selepas Pemergian Suami

Pada 2019 yang lalu, rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan berita kematian seorang pengurus bank, Syed Muhammad Danial Syed Syakir yang dilanggar bekas pekerja teknologi maklumat, Yew Wei Liang di sebuah lebuh raya.

Selepas empat tahun kes dibicarakan di mahkamah, hari ini (7 Disember) Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman penjara 16 tahun terhadap Yew selepas didapati bersalah menyebabkan kematian Syed Danial.

Baca Artikel Berkaitan: Bekas Pekerja IT Sebabkan Kematian Syed Danial Dipenjara 16 Tahun

Hukuman yang dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Julia Ibrahim mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan itu pastinya membuatkan keluarga mangsa terutama isterinya, Qistina Ayu Rozhan dapat menarik nafas lega selepas nasib arwah terbela.

Namun suasana sebelum itu dilaporkan pilu sewaktu Qistina membacakan keterangan impak mangsa (victim impact statement) di hadapan Julia.

Keterangan tersebut turut dikongsikan isteri Allahyarham di laman Instagram miliknya.

Qistina Ayu alami gangguan emosi sepanjang pemergian arwah Syed Danial

Menurut Qistina, gangguan emosi yang dihadapi sejak empat tahun yang lalu amat memenatkan untuk dia dan juga keluarga yang mana ianya akan berterusan sehingga akhir hayat mereka.

“Kemarahan, kekecewaan, kesedihan, kemurungan dan kesakitan yang tidak tertanggung telah menjadi peneman (saya), kepayahan dalam diam, selama beberapa tahun.

“Malam yang tak terhitung saya habiskan hanya menangis dan bertanya mengapa dan bagaimana kekejaman ini boleh berlaku dalam hidup kami,” katanya.

Berdepan trauma setiap kali pergi dan balik dari kerja kerana lalu di jalan yang sama

Menurutnya lagi, dia juga terpaksa berdepan trauma semasa pergi dan balik daripada kerja selama bertahun-tahun kerana terbayang suaminya yang ‘dibunuh’ di jalan yang sama dilaluinya.

Jelas Qistina, meskipun kesihatan mentalnya mula merosot, dia tetap harus menjaga dan memberi perhatian terhadap anaknya, Sharifah Dian Malika yang pada waktu kejadian baru berusia tiga bulan.

Kehilangan sumber pendapatan utama,Qistina terpaksa bekerja lebih keras

Tidak hanya itu, kehilangan pendapatan daripada sumber utama keluarga iaitu Allahyarham Syed Danial juga menyebabkan Qistina terpaksa bekerja lebih keras untuk menampung kehidupan mereka selain perlu menyelesaikan baki hutang arwah suaminya.

“Selain itu, tiada yang dapat menggantikan kasih sayang dan perhatian seorang bapa kepada anak perempuannya, kasih sayang dari seorang suami, anak sulung dan sebagainya.

“Suami saya, anak perempuan saya yang baru berusia tiga bulan, diri saya dan keluarga kami telah dirampas seluruh kehidupan, semuanya disebabkan oleh ‘salah faham’ oleh hati yang marah yang gagal mengawal tindakannya,” luahnyha lagi.

Sharifah Dian masih belum mengerti tentang apa yang terjadi kepada arwah bapanya

Sejak kehilangan Syed Danial, Qistina sentiasa berduka membayangkan hidup yang terpaksa dilaluinya, ditambah pula anaknya ketika ini yang berusia empat tahun masih belum mengerti apa-apa.

“Walaupun pada usia empat tahun, dia tahu bahawa bapanya berada di syurga. Tetapi itu tidak menghalangnya daripada bertanya. Dia ingin tahu di mana bapanya dan mengapa tidak berada di sisi kami.

“Dia ingin bapanya hidup agar dia boleh bermain dengan bapanya sepanjang hari. Dia akan terus bertanya lebih banyak lagi ketika dia semakin membesar.

“Ini sangat menyedihkan untuk saya bayangkan, kerana saya tahu, suatu hari nanti saya perlu memberitahu kebenaran mengapa bapanya ‘pergi’ terlalu awal,” kata Qistina.

Bagaimanapun, Qistina berkata sebagai orang Islam dia reda dengan ketentuan yang ditetapkan oleh Allah SWT dan akan melakukan yang terbaik untuk meneruskan kehidupannya bersama anaknya.

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

2 days ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

2 days ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

2 days ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

2 days ago