fbpx
Now Reading
Bekas Pekerja IT Sebabkan Kematian Syed Danial Dipenjara 16 Tahun

Bekas Pekerja IT Sebabkan Kematian Syed Danial Dipenjara 16 Tahun

Menurut TPR, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin perbuatan tertuduh adalah tidak bertanggungjawab hingga meragut nyawa justeru dia wajar dikenakan hukuman yang berat dan setimpal.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini (7 Disember) menjatuhi hukuman penjara 16 tahun terhadap bekas pekerja teknologi maklumat (IT), Yew Wei Liang yang menyebabkan kematian pengurus bank, Syed Muhammad Danial Syed Syakir, pada 2019.

Hakim Mahkamah Tinggi, Julia Ibrahim membuat keputusan itu selepas Yew didapati bersalah bersalah mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun.

Hukuman penjara terhadap Yew bagaimanapun berkuat kuasa dari tarikh tangkapannya iaitu pada 10 Ogos 2019.

Julia dalam penghakimannya berkata, apa yang berlaku antara suspek dan mangsa didorong rasa amarah dan tidak puas hati selain penggunaan bahan tidak terlarang hingga hanya mengundang akibat buruk.

“Saya harap pihak umum mengambil perhatian bahawa sikap tenang, mengawal emosi dan berfikir sejenak sebelum bertindak would go a long way dalam keadaan dunia semakin mencabar bagi elak kejadian sebegini berlaku.

“Kejadian ini adalah satu tragedi dengan impaknya memberikan kesan semua pihak terlibat termasuk keluarga tertuduh.

“Jadi, saya merasakan hukuman sesuai adalah penjara 16 tahun dari tarikh tangkap,” katanya.

Peguam mohon Yew dipenjara maksimum 6 tahun

Sebelum ini peguam Wee Choo Keong yang mewakili Yew memohon supaya anak guamnya dipenjarakan maksimum enam tahun.

Dalam hujahnya, dia berkata adalah tidak adil dan munasabah untuk meletakkan kesalahan dan kematian mangsa di atas bahu Yew sahaja.

“Ini kerana tertuduh tidak mempunyai sebarang niat untuk menyebabkan kematian sebaliknya satu insiden malang bagi kedua-dua pihak.

“Pada akhirnya, kemalangan itu adalah kejadian malang diakibatkan oleh tindakan si mati. Sekiranya si mati hanya memandu pergi, pasti masih hidup hari ini.

“Justeru, pihak pembelaan memohon hukuman maksimum penjara enam tahun daripada tarikh tertuduh ditangkap,” katanya.

Perbuatan tertuduh tidak wajar, patut dikenakan hukuman berat -TPR

Namun Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin, berkata perbuatan tertuduh adalah tidak bertanggungjawab hingga meragut nyawa justeru dia wajar dikenakan hukuman yang berat dan setimpal.

“Tindak tanduk tertuduh didapati adalah gagal mengawal emosi dan berlebihan. (Hukuman berat) sebagai pengajaran termasuk kepada orang awam dalam pemanduan dan ketika berdepan situasi sukar (sebegini) di jalan raya.

“Kesalahan (tertuduh) ini serius dan kejam. Kes ini juga memberikan impak besar dan pernah tular suatu ketika dahulu,” jelasnya.

Mengikut pertuduhan asal di bawah Seksyen 302 KK sebelum ditukar ke Seksyen 304 (a) KK, Wei Liang didakwa membunuh Syed Danial yang juga pengurus bank, di Kilometer 293.6, Lebuhraya Utara Selatan pada jam 1 tengah hari hingga 2 petang, pada 10 Ogos.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.