“Sebijik!” – Lelaki Tiru Gaya S. Shamsuddin Dalam Filem Tiga Abdul Buat Ramai Terhibur [Video]

Filem arahan dan lakonan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee sememangnya diminati ramai orang sehingga ke hari ini.

Ia bukan hanya diingati oleh orang-orang terdahulu, malah generasi masa kini juga menonton dan meminati setiap karya arahan Seniman Agung Negara itu.

Maka, ia bukanlah sesuatu yang pelik jika ada yang sanggup meniru gaya Allahyarham P. Ramlee atau membuat parodi dalam babak filemnya.

Tular video parodi filem Tiga Abdul

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial video parodi dalam babak filem Tiga Abdul yang dilakonkan semula oleh beberapa individu.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @laguvideoradhi, kelihatan seorang lelaki meniru gaya lakonan dan pakaian S. Shamsudin yang memegang watak sebagai Tuan Pencerita di dalam filem terbabit.

Wajah dan cara lakonan sama seperti Allahyarham S. Shamsuddin

Menariknya, wajah lelaki yang dikenali sebagai Kelvin Ray itu juga mirip seperti Allahyarham S. Shamsuddin.

Meskipun Kelvin Ray hanyalah ‘miming’ dengan menggunakan suara asal di dalam filem terbabit, namun mimik muka dan pergerakan tangannya tidak ubah seperti lakonan Allahyarham S. Shamsuddin.

Lakonan dan wajah seperti Sadiq Segaraga juga kelihatan sama

Selain Kelvin Ray, lakonan yang dibawa seorang lagi lelaki yang memegang watak sebagai Sadiq Segaraga lakonan Allahyarham Ahmad Nisfu juga kelihatan sama.

Foto: YouTube/Nadia Fharshah Official

Cermin mata dan pakaian yang dipakai selain ditambah pula dengan misai palsu yang digunakan kelihatan sama seperti Sadiq Segaraga.

Video penuh di YouTube

Netizen terhibur, dakwa wajah dan lakonan sebijik seperti pelakon asal

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen yang menonton video parodi filem tersebut berasa terhibur dengan setiap watak yang dibawa oleh mereka.

Tidak hanya itu, kebanyakan netizen juga merasakan wajah dan cara lakonan yang dibawa oleh sebahagian mereka juga adalah sama seperti pelakon asal.

Susulan itu, netizen berharap bahawa mereka melakukan lebih banyak lagi video parodi untuk filem-filem P. Ramlee yang lain.

Baca Artikel Berkaitan:

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

1 day ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

2 days ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

2 days ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

2 days ago