fbpx

2 Lelaki Lakonkan Semula Gaya Perbualan Era 80-an Buat Ramai Terhibur [Video]

Lebih mencuit hati, bunyi nafas dan ucapanya yang diungkapkan satu persatu beserta gelak tawa juga cukup sama seperti filem dahulu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bagi penggemar filem-filem di zaman 70-an mahupun 80-an, anda pasti menyedari gaya pemakaian yang digunakan adalah berbeza berbanding masa kini.

Tidak hanya itu, gaya percakapan yang kebanyakan menekankan penggunaan bahasa Melayu baku juga menyebabkan peminat-peminat filem zaman 80-an ini masih wujud sehingga hari ini.

Malah, ada yang sanggup melakonkannya semula sekaligus mengimbau kembali filem-filem di zaman itu.

Tular video gaya perbualan orang zaman 80-an berbanding kini

Seperti baru-baru ini, dua orang lelaki tular di media sosial selepas mereka membuat video perbandingan orang dahulu dan kini semasa berbual.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @emytakal, kedua-dua lelaki terbabit melakonkan watak sebagai dua rakan yang tinggal serumah.

Semasa di awal video, salah seorang daripada mereka menegur rakannya itu yang sedang mengemas rumah di ruang tamu dengan perbualan yang digunakan masa kini.

Gaya bercakap siap ada ketawa dan bergerakkan sama seperti zaman 80-an

Namun, ketika mereka melakonkan situasi yang sama di zaman 80-an pula, gaya percakapan dan pergerakan badan berubah sepenuhnya.

Lebih mencuit hati, bunyi nafas dan ucapan yang diungkapkan satu persatu beserta gelak tawa juga cukup sama seperti filem dahulu.

Video lakonan perbandingan orang dahulu dan kini itu bukanlah kali pertama yang dilakukan oleh mereka.

Sebelum ini, kedua-dua lelaki terbabit pernah mencuri tumpuan ramai selepas membuat video perbezaan perbualan orang dahulu dan kini ketika ingin mengirim sesuatu daripada rakannya yang ingin keluar rumah.

Video-video ini dibuat oleh mereka bertujuan bagi mengimbau kembali kenangan pada zaman itu selain untuk menghiburkan penonton.

Antara perbezaan yang dikesan orang ramai adalah seperti, gaya gelak, gaya kaki di atas meja, bunyi nafas, muzik latar dan bunyi suasana ketika filem dimainkan.

Netizen terhibur, dakwa video terbabit sama seperti di zaman 80-an

Memindai di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial terhibur melihat gelagat lakonan oleh dua lelaki terbabit.

Malah, mereka turut menyatakan kedua-dua individu terbabit berjaya membawa watak seperti di zaman 80-an dengan jayanya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.