Anak merupakan amanah yang diberikan oleh Allah SWT kepada setiap yang bergelar ibu bapa.
Oleh itu, sebagai ibu bapa pastinya kita ingin menjaga amanah itu dengan baik serta membelainya penuh kasih sayang.
Walau bagaimanapun mereka yang bergelar ibu bapa ini juga merupakan manusia biasa yang adakalanya penat dengan rutin harian seperti menguruskan anak, rumah malah ada juga segelintir daripada pasangan yang kedua-duanya bekerja.
Perkara ini secara tidak langsung membuatkan ibu mahupun bapa memerlukan ruang untuk merehatkan diri atau disebut “me time”.
Namun baru-baru ini, tular satu hantaran di laman X memaparkan seorang individu yang sedih apabila terdapat ibu yang menghantar anak-anak ke taska meskipun sedang bercuti dari kerja hanya kerana ingin merehatkan diri.
“Sedih gila aku tengok ada mak yang hantar anak pergi taska walaupun hari itu dia cuti, sebabnya dia kata dia malas nak layan dan nak ambil waktu cuti untuk relax. Kesian gila,” tulis individu berkenaan.
Hantaran individu berkenaan secara tidak langsung telah mengundang pelbagai reaksi di kalangan netizen apabila ada yang bersetuju dengan pendapat individu terbabit dan ada juga yang tidak bersetuju.
Menurut mereka yang tidak bersetuju, para ibu bapa juga perlu mengambil ‘cuti’ bagi memberikan ruang kepada diri dan mental mereka.
Ini membuatkan minda dan fizikal mereka lebih segar selain dapat meningkatkan semula hubungan antara suami dan isteri dan meskipun perkara itu tidak kerap dilakukan.
Bukan hanya itu ada juga yang berpendapat, perkara itu penting kerana kesihatan ibu bapa sangat penting agar mereka dapat menjaga anak-anak dengan baik serta emosi dan persekitaran yang positif.
Selain itu ia dapat mengelakkan daripada para ibu bapa berada dalam fasa ‘burn out’ yang boleh menjejaskan kesihatan mental dan emosi mereka hingga memberikan kesan yang negatif kepada si kecil.
Ada juga yang menyifatkan wanita itu tidak memahami bagaimana keadaan sebenar ketika menjaga anak hingga sanggup mempersoalkan isu-isu sedemikian.
“Hantar anak dekat taska bila kita ambil cuti sehari untuk refresh energy, mental, fizikal bukan bermaksud kita tak sayang anak ya. Masih ada hari minggu untuk luang masa bersama.
“Taska mahal tu tak bagi diskaun pun kalau kita tak hantar anak tetap kena bayar full,” kata seorang pengguna X.
Walau bagaimanapun, ada juga yang bersetuju dengan pendapat individu berkenaan dengan menyatakan terdapat ibu bapa yang meninggalkan anak di taska hanya kerana ingin berhibur.
Seorang lagi netizen menyatakan ibu bapa perlu ingat bahawa tanggungjawab menjaga anak terletak kepada mereka dan tidak boleh dilepaskan kepada orang lain.
Namun pada pendapat kami, tidak salah sekiranya para ibu bapa ingin mengambil ruang dan masa untuk berehat. Ini kerana dari segi kesihatan ia juga bagus kepada mental dan fizikal para ibu bapa.
Yelah, perangai kanak-kanak berbeza belum lagi dengan tekanan yang diterima oleh ibu bapa mereka ketika bekerja, sekali sekala perlu juga untuk rehatkan diri agar dapat menjaga anak-anak dengan baik dan persekitaran positif.
Selain itu, anggaplah menghantar ke taska sama seperti menghantar anak ke sekolah di mana mereka perlu hadir setiap hari demi menuntut ilmu.
Walau bagaimanapun, jangan pula anda menghantar anak ke taska sewaktu mereka sedang sakit kerana keadaan mereka mungkin boleh melarat selain boleh menjangkiti kanak-kanak lain di taska tersebut.
Sebaiknya cuba untuk jaga mereka di rumah, atau cari penjaga yang boleh berkunjung ke rumah anda. Yelah kami juga faham adakalanya anda terikat dengan kerja di pejabat sehingga menyukarkan para ibu bapa untuk mengambil cuti.
Kita semua pasti ingin lakukan yang terbaik untuk membesarkan anak-anak.
Berikut adalah antara komen-komen yang diberikan oleh netizen:
Menurut KPD Alor Gajah, siasatan lanjut mendapati pengadu menghantar anaknya kepada pengasuh dari jam 3…
Menteri Komunikasi menjelaskan MCMC bakal bekerjasama dengan platform Meta bagi mewujudkan chatbot tersebut.
Pemuda berkenaan dilaporkan telah membeli shawarma ayam berkenaan pada 3 Mei sebelum berasa sakit perut…
Menerusi video tersebut, bapa wanita itu dilihat langsung tidak menoleh dan hanya menawarkan kuih yang…
Lebih menarik lagi, adik Abu Dabith juga dilihat bijak mengatur strategi dengan menghantar bulu tangkis…
Menurut lelaki berkenaan, seseorang yang ingin menjadi makmum hanya perlu berdiri bersebelahan individu berkenaan dan…