Lelaki Berjaya Selamatkan Kanak-Kanak Hampir Lemas Di Sungai Sedim [Video]

Kejadian lemas ketika mandi sering kali berlaku di negara ini dan ia disebabkan oleh pelbagai punca.

Ada yang berlaku disebabkan arus air yang deras, kawasan tempat mandi terlalu dalam dan banyak lagi.

Malah terdapat juga kejadian lemas berlaku meskipun tempat tersebut mempunyai orang yang ramai.

Lelaki berjaya selamatkan kanak-kanak hampir lemas

Perkara sama turut berlaku di Sungai Sedim, Kulim, Kedah seorang kanak-kanak perempuan yang nyaris lemas ketika sedang mandi di kawasan rekreasi pada 31 Disember lalu.

Dia bagaimanapun bernasib baik apabila seorang pengunjung berjaya menyelamatkannya.

Menerusi video dikongsikan oleh @danialazman691 di TikTok, awalnya kelihatan kanak-kanak perempuan itu berada dalam keadaan terkapai-kapai seperti sedang lemas di kawasan tengah sungai berkenaan.

Namun tidak lama kemudian kedengaran bunyi jeritan dan Danial dengan segera berenang ke arahnya.

Segera tarik bawa ke tepi sebelum dibantu rakan

Pemuda itu dengan segera menarik kanak-kanak tersebut ke tepi sambil dibantu oleh seorang lagi lelaki yang juga rakannya.

Wajah kanak-kanak itu dilihat terhalang dengan tudung yang dipakainya yang mungkin membuatkan dia sukar untuk bernafas dan melihat.

Sebaik sampai di kawasan yang sedikit cetek, kanak-kanak perempuan itu kemudian ditarik oleh seorang lagi lelaki yang berada di kawasan tepi sungai.

“Kejadian dekat Sedim, kebetulan kawan tengah rakam. Alhamdulillah semua baik, letih tak tahu nak cakap,” tulisnya di ruang kapsyen.

Danial dalam pada masa sama turut meminta orang ramai yang membawa anak kecil untuk sentiasa mengawasi mereka.

@danialazman691

Kejadian kat sedim, kebetulan kawan tengah record. alhamdulillah semua baik😌 letih taktau nak habaq Kpada Yg Bkerluarga Tolong Pantau Anak Anak Anda !!! #sedim #kitajagakita🤞❤️ #fyp #fpy #Hello2024 “TerimaKasihItuAmatBerharga

♬ original sound – 𝓓𝓴𝔂𝓪𝓲𝓱𝓱 – 𝓓𝓴𝔂𝓪𝓲𝓱𝓱

Ibu turut ucap terima kasih bantu selamatkan anak

Melihat di ruangan komen, ibu kepada kanak-kanak perempuan itu tampil meminta Danial untuk menghubunginya.

Malah dalam hantaran si ibu di TikTok akaun miliknya turut mengucapkan terima kasih kepada Danial kerana menyelamatkan anaknya selain memaklumkan tanggal 1 Januari merupakan hari jadi anak perempuannya itu.

“Happy birthday Norazlin Qalisha yang ke sembilan tahun, semoga panjang umur, murah rezeki selalu. Terima kasih juga buat abang (Danial) yang selamatkan Eca (Norazlin Qalisha) semalam (31 Disember).

“Terima kasih sangat-sangat, semoga Allah dapat membalas jasa baik abang,” kata ibunya.

@azlindawati15

happy birthday Norazlin Qalisha…yg ke 9 tahun…semoga eca pnjg umq,murahrezeki selalu….tRma ksih jugak buat ABG yg selamatkan eca smlm…tRma ksih sngt2….moga Allah DPT blas jsa baik ABG .🥹😭😭.

♬ bunyi asal – Norazlindawati #linda82 – Norazlindawati #linda82

Mengintai di ruangan komen ramai yang mengatakan kawasan tersebut sedikit bahaya dan ada juga yang pernah melalui pengalaman sama apabila terdapat individu lemas di kawasan tersebut.

“Pertama kali sampai tengok suasana terus tak sedap hati.. mata memang tumpu dekat anak, kebetulan ada yang lemas, suami cepat selamatkan. Okay last sampai sekarang dah tak pergi tempat macam tu”

“Allahuakbar, nasib ada yang yang perasan. Tudung kena masuk dalam baju. Kalau tak macam tulah jadi. Alhamdulillah dapat selamat, seriau tengok.. Semoga baik-baik je”

“Hati-hati mandi dekat Sedim tu, tempat memang best tapi tulah bahaya dia tak terduga.. adik ipar pun pernah hampir lemas nasib dia boleh kawal diri dia. Dah lah hanyut pergi ikut air deras”

Recent Posts

  • Trending

Dipercayai Kena Halau Suami, Wanita Bersama Dua Anak Kecil Telah Selamat Sampai Kedah

Menurut aktivis kemasyarakatan Zurianty Sudin, tiga beranak itu dipercayai dihalau suami telah selamat sampai ke…

48 mins ago
  • Info
  • Trending

Harus Hukumnya Orang Islam Hantar Jenazah Non-Muslim Ke Tanah Perkuburan – UAI

Namun menurut Ustaz Azhar Idrus, perbuatan yang termasuk dalam upacara atau kepercayaan agama mereka adalah…

59 mins ago
  • Dunia
  • News
  • Trending

Helikopter Bawa Presiden Iran Terhempas, Nasib Ebrahim Raisi Masih Belum Diketahui

Nahas helikopter itu berlaku ketika Raisi dan Amir Abdollahian dalam perjalanan pulang dari upacara pembukaan…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Lelaki Mabuk Ditahan Selepas Serang & Cuba Rampas Submesingan Anggota Polis Di Balai

Pergelutan yang berlaku semasa suspek ingin ditahan menyebabkan lelaki itu mengalami kecederaan di bahagian muka…

3 hours ago
  • Trending

“Tak Panas Ke”- Pasangan Kantoi Buat Aksi Jelik Di Atas Jalan

Tindakan tak senonoh pasangan itu yang dipercayai melakukan hubungan seks di atas jalan mengundang kecaman…

3 hours ago
  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

2 days ago