Video Wanita Naik Angin Tidak Dapat Naik Bas Gara-Gara Pemandu Tidak Buka Pintu Undang Perhatian

Pengangkutan awam sememangnya menjadi pilihan buat kebanyakan warga kota untuk menuju ke satu destinasi. Ini kerana bagi setengah individu, pengangkutan awam dapat menjimatkan masa dan wang ringgit.

Namun sebagai pengguna, kita haruslah mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dan mengambil tahu prosedur ketika menggunakan perkhidmatan tersebut.

Wanita Berang Pemandu Bas Lambat Buka Pintu

Walau bagaimanapun, baru-baru ini, tular di Twitter video memperlihatkan seorang wanita berang gara-gara pintu bas tidak dibuka untuknya dipercayai di kawasan sebuah stesen MRT.

Melalui video di akaun @MALAYSIAVIRALLL, wanita berkenaan didakwa telah menunggu lama dan memarahi pemandu bas disebabkan pemandu tersebut tidak membuka pintu kenderaan walhal dia sudah berada lama di sana.

“Kau ingat kau sorang je boleh rakam? Aku pun boleh rakam waktu kau berhenti lama-lama tepi jalan,” kata wanita itu selepas perbuatannya dirakam oleh pemandu bas.

Malah, kedengaran pemandu yang juga seorang wanita itu menenangkan serta menjelaskan perkara sebenar kepada pengguna terbabit.

Namun, pengguna berkenaan tetap berang dan dilihat tidak puas hati dengan penjelasan tersebut.

“Apa yang tak biasa, tadi saya scan to ride, I scan to ride! Hanya sebab saya pakai pengangkutan awam, korang nak rendah-rendahkan pengangkutan awam macam ni ke?” kata pengguna berkenaan dengan nada suara yang tinggi.

Walau bagaimanapun, pemandu bas berkenaan kedengaran kekal tenang dan menjelaskan prosedur dan jadual bas walaupun menerima respon yang bertubi-tubi dari pengguna tersebut.

“Dia ada masa nak masuk MRT (bas), ada masa berlepas, ada masa masuk,” terang pemandu berkenaan.

Tidak berpuas hati dengan respon yang diterima, pengguna itu dilihat tetap meninggikan suara serta tidak puas hati dengan penjelasan pemandu bas tersebut.

Malah, dia turut meminta nombor perkhidmatan pelanggan bagi mendapatkan kepastian tentang apa yang dikatakan oleh pemandu itu.

Warganet Beri Sokongan Kepada Pemandu Bas

Video tular nyata menarik perhatian warganet yang melihat. Rata-rata mengecam tindakan pengguna wanita berkenaan yang dirasakan ‘terpaling betul’ sedangkan bagi mereka peraturan sebegitu telah lama dikenakan terhadap pengguna yang lain.

Malah, kebanyakan daripada mereka juga turut menyokong dan memuji tindakan pemandu bas yang kedengaran sabar ketika melayan wanita itu.

Pun begitu, kami tidak menemui sebarang prosedur atau info mengenai waktu berlepas atau ketibaan sesebuah bas perantara MRT.

Berikut antara komen warganet:

“Betul La Tak Boleh Duduk Dalam Masa Bas Berhenti Dekat Bus Stop”

“Nampak Sangat Terpaling Betul, Bas Memang Ada Jadual, Dia Sampai Awal Tak Bermakna Boleh Buka Pintu Bas”

“Bas Tu Memang Ada Jadual Dia, Kalau Dia Sampai Awal Atau Dah Berhenti Pun, Pintu Tak Boleh Buka Untuk Awak”

“Pergi Jalan Kaki Jela Kak”

“Sabarlah Kak, Tak Malu Ke Memekak Macam Tu”

Baca Artikel Berkaitan: Fitnah Pemandu Bas Bercumbu, Perakam Tampil Mohon Maaf [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Rapid Bus Mohon Maaf, Sedang Siasat Dakwaan Pemandu Bas Tutup Pintu Selepas Dikejar Penumpang

Recent Posts

  • Info
  • Trending

Perkara Yang Nabi Tak Buat Atau Tinggalkan, Boleh Ke Kita Lakukan? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut UAI, sekiranya perkara itu haram, Nabi Muhammad SAW akan menjelaskannya untuk dijadikan panduan buat…

50 mins ago
  • Trending

“Bestnya!” – Ramai Teruja Lihat Rumah Terbuka Ada Menu ZUS Coffee [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah menu ZUS Coffee yang dihidangkan secara percuma khusus buat tetamu…

58 mins ago
  • Trending

“Rezeki Teragung”- 16 Tahun Menanti, Pasangan Akhirnya Dikurniakan Zuriat [Video]

Menurut Haznie setelah menanti untuk satu tempoh yang lama akhirnya pada ulang tahun perkahwinan ke-16…

1 hour ago
  • Trending

Tular 4 Individu Selamba Tunggang Motosikal Tanpa Helmet Siap Langgar Lampu Merah [Video]

Rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan lelaki terbabit kerana menunggang secara berbahaya dengan membawa kanak-kanak…

3 hours ago
  • Trending

Peminat Tegur Hasilkan Keychain Guna Muka Anak, MUA Bellaz Mohon Maaf

Jelas MUA Bellaz, keychain tersebut bukanlah dibuat mengikut muka anaknya 100%, namun ia dihasilkan dalam…

4 hours ago
  • Trending

Pemuda Sesat 6 Jam Dalam Hutan Ketika Nak Pulang Ke Rumah Abang Gara-gara Waze

Menurut Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi, lelaki berkenaan ditemui dalam keadaan lemah, terketar-ketar dan menangis selepas…

4 hours ago