fbpx
Now Reading
Fitnah Pemandu Bas Bercumbu, Perakam Tampil Mohon Maaf [Video]

Fitnah Pemandu Bas Bercumbu, Perakam Tampil Mohon Maaf [Video]

Dalam satu hantaran dimuat naik oleh rakan kepada pemandu bas wanita berkenaan memaklumkan laporan polis terhadap perakam telah dilakukan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Beberapa hari lalu, tular satu video di media sosial memaparkan seorang lelaki yang dipercayai pekerja sebuah syarikat bas didakwa bercumbu dengan pemandu bas wanita.

Video tersebut telah dikongsikan oleh seorang wanita yang dipercayai penumpang di dalam bas berkenaan.

Malah pemandu itu juga didakwa sampai tiga jam lewat selain dikatakan memandu dalam keadaan berbahaya apabila pekerja lelaki berkenaan dilihat turut membantu untuk menukarkan gear semasa dalam perjalanan.

Susulan daripada penyebaran video terbabit, seorang wanita yang dipercayai merupakan penumpang bas yang sama telah tampil menceritakan hal sebenar.

Wanita itu turut menyifatkan dakwaan yang dilemparkan oleh individu terbabit kepada pemandu dan pekerja bas berkenaan sebagai satu fitnah.

Katanya pekerja lelaki itu sebenarnya adalah seorang pemandu bas dan ketika itu dia sedang membetulkan radio yang berada di bahagian belakang tempat duduk pemandu wanita berkenaan.

Dia juga turut menjelaskan bahawa pemandu bas terbabit telah memaklumkan kepada penumpang berkaitan kelewatan bas selama tiga jam disebabkan jem yang teruk.

Baca artikel berkaitan: “Fitnah!” – Tular Dakwaan Pemandu Bas Bercumbu, Penumpang Wanita Tampil Jelas Hal Sebenar

Wanita sebar video pemandu bas mohon maaf

Sedar akan kesalahan diri kerana didakwa telah melakukan fitnah, wanita yang menyebarkan video mengenai pemandu bas itu kemudian tampil memohon maaf.

Permohonan maaf itu dilakukan oleh wanita berkenaan menerusi satu hantaran di TikTok @iffahdanishaa.

“Saya dengan rendah diri memohon maaf berkenaan posting saya sebelum ini membabitkan dua pekerja pemandu bas syarikat Warisan.

“Saya mengaku kesalahan saya kerana telah menyiarkan imej mereka tanpa kebenaran mereka dan seharusnya berhubung dan membuat laporan terlebih dahulu kepada pihak pengurusan mereka.

“Tuduhan bercium sepertI yang disebut di dalam posting saya itu tidak benar. Khilaf saya kerana tidak memastikan kejadian tersebut adalah benar atau tidak,” ujarnya.

Mengaku dah buat ramai salah faham dan keliru dengan posting yang disebarkan

Menurut individu berkenaan dia mengaku telah menyebabkan timbulnya salah faham serta kekeliruan kepada ramai pihak.

Jelasnya sebelum video itu tular, perkara tersebut telah berjaya diselesaikan oleh pemandu dengan pihak pengurusan secara baik.

Dia juga memaklumkan telah memadam video terbabit serta meminta pihak lain yang memuat naik rakaman itu untuk melakukan perkara sama.

“Saya juga ingin memohon maaf kepada pemandu bas tersebut, dan akhir sekali saya juga mohon maaf kepada seluruh keluarga yang terlibat dalam posting saya yang berkenaan. Saya mohon maaf atas kekhilafan saya.”

Pemandu bas buat laporan polis terhadap fitnah yang dilemparkan

Dalam pada itu, pemandu bas yang didakwa bercumbu itu dipercayai telah tampil ke balai polis membuat laporan berhubung perkara tersebut.

Berita itu dimaklumkan oleh seorang wanita di TikTok, @ierasaila yang juga dipercayai adalah rakan kepada pemandu bas wanita berkenaan.

Dalam hantaran itu, individu berkenaan telah berkongsi satu paparan laporan polis yang telah dibuat oleh mangsa.

@meandmyself1122

Bertaubat lah iffah. Dengan Allah mudah awak nak mintak ampun. Sbb Allah mmg maha pengampun. Tp dengan manusia? Macam mana? Awak delete akaun pon xguna. Fitnah2 awak ni siapa yg nak tanggung? Anak yg dah terdehaka dengan ayah sendiri punca posting awak ni siapa nak tanggung? Now is zaman teknologi. Polis boleh je detect information peribadi awak. ☺️

♬ Fitnah – Ical Mosh

Selain laporan polis pemandu bas akan lakukan tindakan saman

Malah wanita berkenaan turut mengatakan fitnah yang dilemparkan oleh individu itu adalah suatu yang berat.

Tidak terhenti di situ, Iera Saila turut berkongsi tangkap layar hantaran mesejnya kepada si perakam yang memaklumkan pemandu bas berkenaan akan membuat tindakan saman selain laporan polis.

“Pengajaran dan pelajaran untuk awak. Disebabkan post awak fitnah berleluasa terus. Ramai-ramai buat dosa. Sanggup ke awak tanggung dosa fitnah berantai-rantai ni?

“Saya tanya jujur ni. Tapi tak apalah, benda pun dah post kan. Terimalah.. Lain kali awak beli kereta sebiji, pastu awak pandu baru awak faham semalam jalan jem sangat-sangat disebabkan perayaan.

“Pastu sebabkan nafsu dan emosi awak, awak rakam dan sebar fitnah. Saman malu, saman fitnah, saman melanggar privasi semua ada untuk awak.

“Bukti semua dah siap-siap ‘screen record’,” ujarnya lagi.

Malah wanita itu turut berpesan kepada perakam agar tidak bertindak mengikut nafsu amarah dan mendengar penjelasan terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu.

@meandmyself1122

Kepada insan yg bernama @iffahdanishaa Lain kali jgn ikut nafsu amarah. Dengar dulu penjelasan nya macam mana. Terlajak perahu boleh diundur. Terlajak post ada akibat nya. Merata2 dah posting awak. Page2 pon da ambik posting tersebut. Segala bukti2 kita da ambik. Awak sabar jap ya. Gais sesiapa yg drive semalam boleh komen keadaan jalan raya semalam macam mana? Jem ke x? Sbb saya tempuh jem yg terlalu teruk untuk ke kl semalam. So logic x bas sampai lambat? Xkan lah org nampak bas diorang bagi laluan pulak kan sbb bas nak cepat ni. Nak kejar trip. Lagi lah xlogic. So disebab kan bas delayed sampai awak ambil video yg boleh mendatangkan fitnah lalu awak sebar kan punca ketidak puasan hati awak terpaksa menunggu bas sampai? Astaghfirullah. Itu lah. Lain kali kalau dalam keadaan marah cepat istighfar. Sbar kan hati. Dlam xsedar semakin bertambah2 dosa yg sedia ada. Harap awak sempat minta maaf ya.

♬ original sound – iera Saila – iera Saila

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.