fbpx
Now Reading
“Fitnah!” – Tular Dakwaan Pemandu Bas Bercumbu, Penumpang Wanita Tampil Jelas Hal Sebenar

“Fitnah!” – Tular Dakwaan Pemandu Bas Bercumbu, Penumpang Wanita Tampil Jelas Hal Sebenar

Terdahulu, media turut melaporkan syarikat bas berkenaan telah mengambil tindakan terhadap pemandu wanita dan lelaki itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam (14 November), kami ada melaporkan berita mengenai dakwaan seorang pemandu bas wanita yang didakwa berkelakuan tidak senonoh dan lewat tiba 3 jam.

Menerusi video yang tular di media sosial itu, kelihatan pekerja lelaki itu seperti menyuakan mukanya menghampiri tempat duduk pemandu wanita tersebut di saat bas itu sedang bergerak.

Malah pemilik video mendakwa pemanduan pemandu bas berkenaan agak berbahaya apabila pekerja lelaki di sebelahnya turut sama membantu pemandu itu menukar gear ketika dalam perjalanan.

Penularan video tersebut menyebabkan pemandu bas berkenaan dikecam hebat.

Baca Artikel Berkaitan: Syarikat Bas Siasat Dakwaan Pemandu Wanita Bercumbu Ketika Memandu & Lewat Tiba 3 Jam

Penumpang Lain Tampil Ceritakan Hal Sebenar

Terbaharu, tidak tahan melihat kecaman dan tanggapan yang diberikan oleh warganet, seorang wanita dipercayai penumpang bas yang sama tampil menjelaskan hal sebenar.

Menerusi perkongsian di akaun Twitter @anisjey, wanita itu yang duduk di kerusi belakang pemandu menafikan tuduhan berkenaan serta mendakwa video tersebut adalah satu fitnah.

“Fitnah! Menjawab la korang nanti dekat akhirat,” ciapnya.

Menurut wanita berkenaan, pekerja lelaki yang juga merupakan seorang pemandu sebenarnya sedang membetulkan radio yang terletak di belakang tempat duduk pemandu tersebut.

Mereka bukanlah bercumbu dan berkelakuan tidak senonoh seperti yang didakwa oleh pemilik asal video berkenaan.

Foto: Tangkap Layar Twitter @anisjey

Pemandu Dah Maklum Sebab Kelewatan

Menurut saksi yang dikenali sebagai Anis, pemandu berkenaan juga sebenarnya telah memaklumkan kepada penumpang mengenai punca kelewatan bas berkenaan selama tiga jam.

“Untuk makluman semua, pemandu dah maklum masa ambil tu yang jem teruk dari Ayer Keroh sampai Larkin. Bas ni dari TBS (Terminal Bersepadu Selatan) – Larkin – TBS. Non-stop Trips.

“Kesian weh. Hujan lebat lagi. Kitaorang percaya sebab masa dalam perjalanan ke TBS memang jem tak putus-putus di arah bertentangan. Video ini tak sampai 30 minit gerak dari Larkin,” tulisnya lagi.

Menurutnya, dia dan suami adalah saksi sebenar kejadian tersebut.

Foto: Twitter @anisjey
Foto: Twitter @anisjey

Tolong Tukar Gear Kerana Bas Berat & Tuil Gear Keras

Jelas wanita itu lagi, tindakan lelaki berkenaan yang membantu menukar gear adalah kerana pergerakan bas yang tidak lancar selain keadaan tuil gear yang agak keras hingga menyukarkan pemanduan tersebut.

Selain itu, lelaki terbabit bertindak sebagai ‘guide’ memandangkan pemandu wanita itu tidak biasa dengan laluan ke Johor Bahru.

Difahamkan, pemandu wanita itu sebelum ini mengendalikan bas di laluan ke Perak dan tidak biasa dengan laluan ke selatan tanah air.

Bagi Anis, dia terpanggil untuk tampil menjelaskan hal sebenar kerana mahu membantu lelaki dan pemandu wanita berkenaan.

“Zalimlah saya kalau saya diamkan. Saya dan suami saksi. Lagipun pakcik dan pemandu ini berhenti solat ye dekat Yong Peng. Solat atas gazebo,” ciapnya lagi.

Hasil semakan kami juga mendapati, individu asal yang merakam video tersebut telah bertindak memadam video berkenaan. Malah, akaun Instagram wanita itu juga telah tidak aktif.

Netizen Ucap Terima Kasih Jelaskan Hal Sebenar

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan ucapan terima kasih kepada Anis kerana telah berani tampil menjelaskan perkara sebenar.

Ramai juga yang mengecam tindakan pemilik asal video yang menabur fitnah hingga menyebabkan segelintir warganet berfikiran tidak baik terhadap kedua-dua pekerja itu.

Terdahulu, media turut melaporkan syarikat bas berkenaan telah mengambil tindakan terhadap pemandu wanita dan lelaki itu.

Kedua-duanya dipotong gaji yang terakhir serta dibuang kerja serta-merta oleh syarikat berkenaan.

Malah, syarikat itu juga didakwa akan melaksanakan kelas latihan memandu tambahan secara bulanan susulan insiden tersebut.

Berikut antara komen netizen;

Haih Tak Baiknya Fitnah Macam Ni

Terima Kasih Tolong Kongsi, Kesian Tak Pasal-Pasal Jadi Fitnah Pada Pemandu Wanita & Lelaki Ini

Harap Syarikat Bas Saman Tukang Rakam Tu

Betul La Zaman Sekarang Gila Nak Viral

Sebab Tu Kena Dengar Kedua Belah Pihak Je

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.