fbpx
Now Reading
Syarikat Bas Siasat Dakwaan Pemandu Wanita Bercumbu Ketika Memandu & Lewat Tiba 3 Jam

Syarikat Bas Siasat Dakwaan Pemandu Wanita Bercumbu Ketika Memandu & Lewat Tiba 3 Jam

Kedua-dua pekerja itu telah dikenakan hukuman berbentuk potongan gaji terakhir selain dibuang kerja serta-merta oleh syarikat berkenaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak kiralah pekerjaan apa sekalipun, sebagai pekerja kita harus melaksanakan tanggungjawab yang diberi dengan penuh dedikasi dan amanah.

Buat individu yang bekerja dalam sektor perkhidmatan, sudah pastinya servis yang terbaik menjadi sasaran utama dalam memastikan tugas dapat dilakukan dengan sempurna.

Pun begitu, mereka yang berkhidmat dalam sektor perkhidmatan kerap berdepan pelbagai kontroversi memandangkan bidang ini antara yang paling banyak berurusan dengan pelanggan secara terus.

Pemandu Wanita Bercumbu Ketika Memandu Bas, Lambat Tiba

Terbaharu, tular di media sosial video yang mendakwa seorang pemandu bas wanita melakukan kelakuan tidak senonoh bersama pekerja dari syarikat yang sama.

Menerusi rakaman video yang dipercayai dari penumpang bas berkenaan, kelihatan pekerja lelaki itu seperti menyuakan mukanya menghampiri tempat duduk pemandu wanita tersebut di saat bas itu sedang bergerak.

Apa yang lebih menyakitkan hati penumpang terbabit adalah bas tersebut sepatutnya bergerak pada jam 3.00 petang namun hanya tiba pada jam 6.00 petang.

“W*r*s** Ekspress! Larkin ke Terminal Bersepadu Selatan, bas 3.00 petang, dah la lambat, pukul 6 petang baru sampai.

“Tiada maklum apa-apa, alih-alih pemandu macam ini? Servis teruk! Yang bawa tu perempuan.

“Nak cium-cium balik rumah la woi,” tulis pemilik video berkenaan.

Memandu Secara Bahaya

Malah, menerusi video berasingan, penumpang berkenaan turut merakamkan cara pemanduan yang berbahaya oleh pemandu itu.

“Yang sorang bawak bas, sorang tolak gear? Siapa bawa bas macam ni hawau?” tulisnya lagi.

Syarikat Bas Jalankan Siasatan, Tindakan Telah Diambil

Memetik Majoriti, jurucakap syarikat bas yang dikenali sebagai Rex mengesahkan bahawa pihaknya sedang menyiasat insiden tersebut.

“Kami baru maklum akan kejadian itu dan siasatan akan dilakukan terhadap video tular berkenaan.

“Harap orang ramai tidak kongsikan rakaman itu dan tindakan akan dikenakan terhadap pemandu sekiranya dia didapati bersalah,” katanya.

Malah, kedua-dua pekerja itu telah dikenakan hukuman berbentuk potongan gaji terakhir selain dibuang kerja serta-merta oleh syarikat berkenaan.

Tambahnya lagi, kelas latihan memandu tambahan pada setiap bulan akan diadakan ekoran daripada insiden tersebut.

Baca Artikel Berkaitan: MARALiner Mohon Maaf, Pemandu Bas Dikenakan Tindakan Selepas Tinggalkan Penumpang

Baca Artikel Berkaitan: Rapid Bus Mohon Maaf, Sedang Siasat Dakwaan Pemandu Bas Tutup Pintu Selepas Dikejar Penumpang

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.