Golongan T20 Hantar Anak Ke MRSM Untuk Ajar Erti Susah – Presiden ANSARA

Apabila ditanya kepada murid-murid sekolah, sesetengah daripada mereka pasti memasang impian untuk belajar di salah sebuah sekolah berasrama penuh yang terkenal iaitu Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Untuk info, hanya pelajar-pelajar terpilih yang cemerlang dari segi akademik sahaja mempunyai peluang lebih luas untuk mendapat tempat di sekolah berasrama ini.

Selain dikenali sebagai pelajar-pelajarnya yang bijak, MRSM juga diketahui sebagai tempat untuk golongan B40 memberikan pendidikan terbaik kepada anak mereka dengan harga yuran yang berpatutan.


Golongan T20 Juga Mahu Hantar Anak Ke MRSM Untuk Ajar Erti Kesusahan

Walau bagaimanapun, MRSM juga terkenal sebagai pilihan utama golongan T20 untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah berasrama.

Memetik Sinar Harian, Presiden Anak Sains Mara (ANSARA) Malaysia Mohd Fadzil Yusof berkata bahawa golongan T20 berbuat demikian kerana menganggap MRSM merupakan tempat sesuai untuk mengajar erti kesusahan hidup.

Sumber: YouTube Sinar Harian

Selain itu, MRSM juga dikatakan boleh membuatkan anak-anak mereka belajar untuk bergaul dengan pelajar dari pelbagai latar belakang termasuklah golongan B40.

Saya tertanya-tanya kenapa golongan (T20) itu nak hantar anak-anak ke MRSM, dan jawapan yang diterima mengejutkan saya iaitu nak ajar anak untuk hidup susah. MRSM kononnya menjadi tempat terbaik untuk anak mereka berkawan dengan golongan B40.

Presiden Anak Sains Mara (Ansara) Malaysia Mohd Fadzil Yusof.

Perkara itu diberitahu oleh Presiden ANSARA ketika menghadiri Wacana Sinar edisi 426 bertajuk ‘MRSM untuk B40 sahaja?’ sebagai panelis bersama Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan bekas guru MRSM Nur Aziera Mohd Ramli.

Sumber: YouTube Sinar Harian

Tiada Amalan ‘Kabel’ Untuk Masuk MRSM, Juga Tiada Polisi Ia Hanya Untuk Golongan B40 Sahaja

Dalam program wacana yang sama, Asyraf Wajdi menjelaskan bahawa setiap murid yang mahu memasuki MRSM perlu lulus Ujian Kemasukan Ke MRSM (UKKM) sebelum layak untuk belajar di institusi pendidikan itu.

Beliau menjelaskan bahawa pihaknya tidak berkompromi dengan sebarang amalan melibatkan ‘orang dalam’ atau kabel bagi menempatkan pelajar yang gagal mendapatkan keputusan baik dalam UKKM.

Jelas beliau lagi, MRSM tidak menetapkan polisi bahawa sekolah berasrama itu hanya terhad kepada golongan berpendapatan rendah sahaja, sebaliknya mereka hanya diberikan keutamaan.

MARA sudah tetapkan polisi kuota 60% pelajar MRSM adalah dari golongan B40 dan selebihnya golongan sederhana (M40) dan tinggi (T20) yang lulus UKKM.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Sumber: YouTube Sinar Harian

Lebih 104,00 Orang Pelajar Bersaing Untuk Raih 8,679 Tempat Di MRSM Pada Tahun 2024

Memetik sumber Berita Harian, pihak MRSM telah menerima lebih 104,000 permohonan bagi kemasukan pelajar ke sekolah berasrama itu untuk sesi tahun 2024.

Sebanyak 8,679 tempat yang ditawarkan kepada pelajar baharu di 57 buah MRSM seluruh negara.

Asyraf Wajdi memaklumkan jumlah pengambilan pelajar ini termasuklah bagi mengisi kekosongan di MRSM yang baru dibina iaitu MRSM Ranau, Sabah dan MRSM Bintulu, Sarawak.

Jelas beliau, semua calon yang memohon perlu menduduki UKKM.

Baca Artikel Berkaitan: MRSM Tertinggi Di Malaysia Siap Dibina, Boleh Belajar Sambil Tengok View Gunung Kinabalu

Baca Artikel Berkaitan: Tular Isu Telur Rebus Buruk: MARA Sahkan Tiada Pelajar MRSM Kuala Klawang Keracunan Makanan

Baca Artikel Berkaitan: Pelajar MRSM Alami Keracunan Makanan Lepas Makan Telur Rebus ‘Buruk’ Di Dewan Selera

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

10 hours ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

1 day ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

1 day ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

1 day ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

1 day ago