Semalam (2 Januari), kecoh di media sosial video seorang individu menumbuk anggota badan beruniform dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Menerusi video yang tular di platform Twitter (X) itu, individu berkenaan dilihat terus menumbuk salah seorang anggota tersebut selepas kenderaan mereka diekori oleh sekumpulan penguat kuasa JPJ.
Malah, berlaku kekecohan di antara mereka selepas pemuda berkenaan bertindak mengasari anggota beruniform itu.
Menurut Pengarah JPJ Kedah Aman Shah Hashim, insiden tersebut sebenarnya berlaku pada 22 November yang lalu.
Tambahnya, suspek yang berumur 24 tahun itu telah dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda sebanyak RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Jitra, Kedah pada 27 November 2023.
“Kejadian berlaku pada pukul 4.04 petang di Jalan Tasik Darul Aman, Jitra. Individu terbabit telah menyerang anggota JPJ bertugas sambil mengeluarkan kata-kata kesat serta provokasi.
“Ketika kejadian, anggota sedang melakukan rondaan penguatkuasaan dan mengesan sebuah kenderaan mencurigakan. Pemeriksaan awal mendapati terdapat tiga kesalahan yang dikesan pada kenderaan tersebut.
“Tiga kesalahan itu adalah lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh, tiada perlindungan insurans dan perakuan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) tamat tempoh,” katanya yang dipetik dari Utusan Malaysia.
Tambah Aman Shah lagi, satu laporan polis telah dibuat oleh anggota terbabit pada hari yang sama insiden berkenaan berlaku.
Suspek yang bekerja sebagai peniaga air tebu itu juga telah ditahan dan didakwa mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan.
Ekoran daripada video kejadian yang tular di media sosial itu, Aman Shah memohon agar orang ramai tidak berkongsi sebarang video tanpa mengetahui kesahihan kandungan tersebut yang boleh mencemarkan imej perkhidmatan awam.
“Selain itu, orang ramai diingatkan supaya tidak menghalang penjawat awam dalam melaksanakan tugasan berdasarkan peruntukan undang-undang ditetapkan,” katanya.
𝑺𝑰𝑨𝑹𝑨𝑵 𝑴𝑬𝑫𝑰𝑨 𝑩𝑬𝑹𝑲𝑨𝑰𝑻𝑨𝑵 𝑽𝑰𝑫𝑬𝑶 𝑻𝑼𝑳𝑨𝑹 𝑴𝑬𝑳𝑰𝑩𝑨𝑻𝑲𝑨𝑵 𝑨𝑵𝑮𝑮𝑶𝑻𝑨 𝑱𝑷𝑱 𝑫𝑰𝑻𝑼𝑴𝑩𝑼𝑲 𝑲𝑬𝑻𝑰𝑲𝑨 𝑷𝑬𝑵𝑮𝑼𝑨𝑻𝑲𝑼𝑨𝑺𝑨𝑨𝑵 #DigitalisasikebitaraanJPJ…
Posted by JPJ Negeri KEDAH on Tuesday, 2 January 2024
Terdahulu, video insiden yang berdurasi satu minit 24 saat itu tular di beberapa platform khususnya di Twitter (X).
Rata-rata warganet mengecam tindakan pemuda berkenaan yang dilihat tidak sabar dan bertindak melulu.
Malah, ada yang turut memohon agar pihak berkuasa mengenakan hukuman ke atas suspek.
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Tumbuk Penjawat Awam Hingga Mati Selepas Dakwa Isterinya Dikacau Dicekup Polis
Baca Artikel Berkaitan: Rosakkan Van & Tumbuk Pemandu Pos Malaysia, Ammar Alfian Didenda RM3,500
Menurut Ketua Jabatan Perangkaan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir setakat suku pertama tahun 2024…
Jelas Wan, anaknya sebelum ini telahpun meminta izin untuk menggunakan kenderaan miliknya, namun dia belum…
Menerusi video yang tular di media sosial, kelihatan peserta dapat mengenali antara satu sama lain…
Kanak-kanak berkenaan turut menganggap hari itu merupakan hari Khamis ketika disoal oleh ibunya sedangkan hari…
Pemindahan wang simpanan ke dalam Akaun Fleksibel boleh dilakukan bermula kelmarin (12 Mei) hingga 31…
Menurut pejuang kanser itu dia mengalami rasa sakit di bahagian tulang belakang bagi tempoh yang…