fbpx
Now Reading
Rosakkan Van & Tumbuk Pemandu Pos Malaysia, Ammar Alfian Didenda RM3,500

Rosakkan Van & Tumbuk Pemandu Pos Malaysia, Ammar Alfian Didenda RM3,500

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pelakon Ammar Alfian pada isnin telah didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur selepas mengaku bersalah melakukan khianat dengan mengetuk pintu sebuah van Pos Malaysia menggunakan kayu besbol dan menumbuk pemandu van itu April lalu.

Menerusi laporan Berita Harian, Majistret S Mageswary turut memerintahkan pelakon tersebut menjalani hukuman penjara dua bulan sekiranya dia gagal membayar denda. Namun difahamkan aktor berusia 34 tahun itu sudahpun menjelaskan denda berkenaan.

Difahamkan bagi pertuduhan khianat, Ammar Alfian atau nama penuhnya Ammar Alfian Aziz telah dikenakan hukuman denda RM2,000 atau penjara sebulan, manakala bagi pertuduhan mencederakan pemandu van, Muhammad Nur Aimin pula, dia dihukum denda RM1,500 atau penjara sebulan.

Aktor tersebut didakwa melakukan khianat dengan mengetuk pintu sebelah kanan kenderaan jenis Toyota Hiace milik Pos Malaysia Berhad menggunakan kayu besbol sehingga menyebabkan syarikat itu mengalami kerugian RM777.

Kedua-dua kesalahan tersebut dilakukan oleh Ammar di Jalan Budiman Cheras, Kuala Lumpur pada pukul 1.45 tengah hari 5 April lalu

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Hanis Anisha Jamilludin memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran agar tertuduh tidak mengulangi kesalahan sama di masa depan apatah lagi dia berstatus figura umum

“Tertuduh sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada orang awam memandangkan dia seorang artis dikenali ramai,” katanya

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.