Remaja Perempuan Di Indonesia Paksa Kucing Hisap Rokok Dikecam [Video]

Sebagai makhluk yang duduk di atas muka bumi ini, kita disarankan saling berbuat baik sesama manusia.

Kita juga dinasihatkan agar turut melakukan perkara yang sama terhadap makhluk Allah yang lain seperti haiwan.

Namun, masih ada segelintir individu yang tidak bertanggungjawab sehingga sanggup menyeksa haiwan dengan melakukan perbuatan keji kepada makhluk ciptaan tuhan itu.

Beri Kucing Hisap Rokok

Baru-baru ini, tular di Twitter (X) aksi seorang remaja perempuan dari Tebing Tinggi, Sumatera Utara, Indonesia tergamak memberi seekor kucing menghisap rokok.

Menerusi video yang dikongsikan di akaun @Alfizahpiliang2, kelihatan remaja yang dikenali sebagai Khoirunnisa duduk di tepi jalan dan menyuakan sebatang rokok ke dalam mulut haiwan comel itu.

Malah, dia turut dilihat memegang kepala dan menghembuskan asap rokok kepada haiwan tersebut.

Warganet Tempatan Anggap Penyeksaan Terhadap Haiwan

Video itu nyata mendapat perhatian warganet di negara jiran. Rata-rata daripada mereka mengecam tindakan gadis berkenaan dan menganggap perbuatannya itu sebagai satu penyeksaan terhadap haiwan.

Menerusi ciapan tersebut juga, kelihatan beberapa tangkap layar daripada warganet yang menegur tindakan remaja berkenaan.

Namun, segala teguran itu hanya dianggap remeh. Dia juga dilihat tidak gentar dengan netizen yang mahu melaporkan insiden berkenaan kepada pihak berkuasa.

Foto: Twitter @Alfizahpiliang2
Foto: Twitter @Alfizahpiliang2

Polis Jalankan Siasatan Sebelum Datang Ke Rumah

Ekoran daripada video yang tular itu, polis Tebing Tinggi telah menjalankan siasatan sebelum pergi ke rumah remaja berkenaan bagi tujuan soal siasat.

Walau bagaimanapun, hasil soal siasat polis menunjukkan bahawa Khoirunnisa mengaku hanya bergurau dan menyesali perbuatannya itu.

“Dia menyesal dengan perbuatannya dan hanya bergurau serta tidak bermaksud untuk menyeksa haiwan,” kata polis.

Malah, remaja berkenaan turut memuat naik video permohonan maaf khusus kepada masyarakat Indonesia dan organisasi pencinta haiwan yang tersinggung dengan perbuatannya itu.

Meskipun video asal berkenaan sudahpun dipadam, netizen sempat menyalin dan memuatnya semuladi Twitter (X).

Baca Artikel Berkaitan: Kerana Dendam Kucing Jadi Mangsa Sihir Sehingga Muntah Darah [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Polis Tahan Lelaki Baling Batu Dan Tendang Kucing

Recent Posts

  • Trending

Dipercayai Kena Halau Suami, Wanita Bersama Dua Anak Kecil Telah Selamat Sampai Kedah

Menurut aktivis kemasyarakatan Zurianty Sudin, tiga beranak itu dipercayai dihalau suami telah selamat sampai ke…

3 hours ago
  • Info
  • Trending

Harus Hukumnya Orang Islam Hantar Jenazah Non-Muslim Ke Tanah Perkuburan – UAI

Namun menurut Ustaz Azhar Idrus, perbuatan yang termasuk dalam upacara atau kepercayaan agama mereka adalah…

3 hours ago
  • Dunia
  • News
  • Trending

Kemas Kini: Helikopter Terhempas, Presiden Iran & Semua Penumpang Terkorban

Nahas helikopter itu berlaku ketika Raisi dan Amir Abdollahian dalam perjalanan pulang dari upacara pembukaan…

4 hours ago
  • News
  • Trending

Lelaki Mabuk Ditahan Selepas Serang & Cuba Rampas Submesingan Anggota Polis Di Balai

Pergelutan yang berlaku semasa suspek ingin ditahan menyebabkan lelaki itu mengalami kecederaan di bahagian muka…

5 hours ago
  • Trending

“Tak Panas Ke”- Pasangan Kantoi Buat Aksi Jelik Di Atas Jalan

Tindakan tak senonoh pasangan itu yang dipercayai melakukan hubungan seks di atas jalan mengundang kecaman…

6 hours ago
  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

2 days ago