fbpx
Now Reading
Kerana Dendam Kucing Jadi Mangsa Sihir Sehingga Muntah Darah [Video]

Kerana Dendam Kucing Jadi Mangsa Sihir Sehingga Muntah Darah [Video]

Menurut tuan kucing, gangguan sihir itu telah bermula sejak 13 Ogos apabila kucingnya yang bernama Tony mengalami sakit kaki, namun doktor tidak dapat mengesan apakah puncanya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Haiwan peliharaan seperti kucing merupakan makhluk yang sangat comel.

Malah sifatnya yang comel dan manja membuatkan pemiliknya sering cair dengan mereka selain turut melayani si bulus sama dengan baik.

Bukan hanya itu, kasih sayang yang dicurahkan kepada si comel ini saling tidak tumpah seperti ahli keluarga sendiri, maka setiap kebajikannya dari segi kesihatan, keselamatan, makanan sentiasa dijaga dengan rapi.

Oleh itu, perkara ini adakalanya membuatkan pemelihara kucing akan bersedih apabila haiwan yang disayangi berada dalama keadaan sakit dan sebagainya.

Baru-baru ini, seorang wanita yang dikenali sebagai Meelchaa telah berkongsi kisah mengenai kucing peliharaannya yang tekena sihir.

Menerusi video dimuat naik di TikTok, haiwan yang dikenali sebagai Tod telah dirawat oleh seorang lelaki yang dipercayai melakukan rawatan Islam.

Kelihatan lelaki itu awalnya berada di mainan roda kucing tersebut sambil memegangnya untuk melakukan rawatan.

Kucing bernama Tod muntah darah ketika dirawat

Tidak lama selepas itu, video turut menunjukkan si comel itu mengeluarkan muntah yang juga mengandungi darah ketika dirawat.

“Atas amanat perawat saya untuk kongsikan pada semua orang agar dapat dijadikan iktibar.

“Binatang pun boleh kena sihir apatah lagi manusia, semua atas izin Allah.

“Allahuakbar, luluh hati saya sebagai seorang ibu kepada kucing-kucing saya. Lagi-lagi Tod bila dia meronta, meraung macam tu. Maafkan mommy Tod sebabkan dendam orang dekat mommy. Tod yang jadi mangsa,” katanya selain turut meminta agar individu yang menghantar sihir itu untuk bertaubat kepada Allah.

@meelchaaa

Replying to @minahkulompo saya post untuk dijadikan iktibar pada semua and org yang bantu saya, mintak saya share kan pada semua orang supaya tahu “ Binatang pun boleh kene sihir , apatah lagi manusia kene sihir . Semuanya atas izin Allah “. InshaAllah denga izin Allah semuanya dh berakhir. kami berlindung dengan Allah. semua yg jadi sebab aku lalai. Dalam prosess merawat, tanpa saya post dia tetap tahu apa yg saya buat sbb dia deal dgn mkhluk halus. Jin dia pun ade dalam rumah perhati apa kami buat dan akan smpaikan pada dia. Ape ape pun jangan marah pada si pelaku. Dia islam, melayu, muda. Tolong ramai ramai, doakan dia. Semoga dia berubah, semoga dia balik semula pada jalan Allah. Semoga Allah bersihkan hati dia dari penuh hasad dengki. Saya tahu dia siapa, angkara dendam. Saya maafkan dia, saya tknk hidup dalam dendam. Semua yang jadi pun ujian utk saya dan dia. Sihir yang smpai pun atas izin Allah, sihir batal pun atas izin Allah. Saya maafkan dia, walaupun kucing saya sakit. #kucingdisihir #sihirkucing #sihirdendam #kucing #cat #fyp #foryou #foryoupage

♬ original sound – Meelchaa’s cat – Meelchaa’s cat

Seekor lagi kucing turut diganggu dan menjadi pendiam

Dalam satu lagi video yang dimuat naik, wanita itu turut menunjukkan seekor lagi kucingnya yang bernama Mechaa sedang dirawat oleh lelaki tersebut.

Menurutnya, Mechaa sejak akhir-akhir ini banyak mendiamkan diri serta tidak bersemangat rupanya si bulus itu turut menerima gangguan daripada perkara tersebut.

@meelchaaa Patut lately mechaa banyak diam, muka tak semangat. Rupanya ade benda yg dia thu tp tk dpt bgthu dkt saya 🥲💔 maafkan mommy chaa 💔 sihir and makhluk yang duduk berkumpul dalam perut tod, alhamdulillah dah dpt dikeluarkan melalui muntah yg berda*ah. Kalau nk tgok, boleh tgok di post sblum post yg ini. Semoga semua dapat ambil iktibar dr pengalaman saya #kucingdisihir #sihirdengki #cat #kucing #fyp #foryou #foryoupage ♬ Instrument Sholawat Sedih – INDRAGE

Mengiau seperti meminta tolong

Turut kedengaran kucing tersebut mengiau ketika dipegang oleh perawat itu seolah-olah seperti sedang mengadu tentang kesakitan yang dialaminya.

Sebelum ini, Meelchaa dalam beberapa muat naik video yang lain turut berkongsi detik ketika haiwan peliharaannya diganggu oleh benda tersebut.

Diganggu sejak 13 Ogos lalu, bermacam-macam kejadian berlaku

Menurut Meelchaa kepada BuzzKini gangguan itu mula diterima sejak 13 Ogos yang lalu di mana awalnya kucing bernama Tony yang diganggu dan matanya terbeliak sebelum kakinya sakit.

“Bawa pergi veterinar banyak kali, siap masuk wad tapi doktor tak boleh kesan dia (Tony) sakit apa. Lepas beberapa hari daripada tu saya perasan televisyen off sendiri masa makan di bawah dan rasa meremang ketika hubungi mak.

“Memang benda tu ada dekat bawah, dah halau dan pagar di bahagian rumah kemudian keadaan okay.

“Tetapi seminggu selepas tu Tony mula tak boleh bernafas,” ujar Meelchaaa kepada BuzzKini.

Untuk makluman, Meelchaaa mempunyai beberapa ekor kucing dan nama yang disebut merupakan antara si bulus yang terkesan dengan sihir terbabit.

@meelchaaa Xray takde ape, check dkt 2 vet pun semua ok. Ubat pun dah habes, tp tk ok ok lg. ayah dia yg jatuh dr tingkat 1 pun tk gini. Dia setakat ade cat tree je dalam bilik dia ni. Saya tk pasti lah knp dgn tony. Ikhtiar jelah. Harap takde ape ape yg berkait dgn benda ghaib. Tp nmpk la dia gelisah tu. semoga Allah pelihari kami semua dkt sini. Aminnnnn 🤲🏻 #kucing #cat #catvideo #prayfortony #fyp #foryou #foryoupage ♬ original sound – Meelchaa’s cat

Minta orang ramai doakan dia dan kucing

Meelchaaa dalam pada masa yang turut meminta agar orang ramai dapat mendoakan dia dan kucing peliharaannya. Dia dalam pada masa sama berharap agar pelaku yang menghantar sihir itu untuk berubah ke jalan Allah SWT.

Sihir merupakan salah satu tindakan yang dilakukan oleh seorang individu untuk melakukan kejahatan kepada individu yang tidak disukainya.

Malah mahu individu terbabit hidup dalam keadaan terseksa sehingga sanggup meminta pertolongan daripada jin dan sebagainya agar mangsa susah.

Sihir dan ilmu hitam adalah termasuk dalam dosa-dosa besar

Tindakan sihir atau mengamalkan ilmu hitam merupakan antara dosa yang besar dan boleh membinasakan.

Malah ia juga tergolong dalam tujuh perkara yang termasuk dalam dosa-dosa besar.

Apa yang lebih teruk lagi, seorang Pensyarah Kanan, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Ahmad Izzudin Abu Bakar turut memaklumkan Nabi Muhammad SAW bersabda tidak diterima solat selama 40 hari kepada sesiapa yang mendatangi bomoh dan meminta sesuatu darinya, lapor Utusan Malaysia.

“Meleleh air mata, kenapa kucing pun nak dikacau hmm”

“Tak sanggup nak tengok anak bulus kena macam ni Allahuakbar! Jahatnya manusia sekarang”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.