fbpx
Now Reading
“Kali Kedua Kena…” – Wanita Jumpa ‘Objek’ Dipercayai Jenglot Dalam Kereta [Video]

“Kali Kedua Kena…” – Wanita Jumpa ‘Objek’ Dipercayai Jenglot Dalam Kereta [Video]

Menurut wanita itu, dia mula mengetahui ada sesuatu yang tidak kena terhadap dirinya selepas merasa sakit kepala yang teruk dan tidak sembuh walaupun telah memakan ubat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dinafikan, sehingga hari ini, masih ada segelintir individu-individu yang tidak bertanggungjawab mengamalkan sihir atau ilmu hitam untuk menghancurkan kehidupan seseorang.

Lebih menyedihkan, ada yang hingga bercerai, hilang pekerjaan atau jatuh sakit yang teruk angkara perbuatan sihir ini.

Menurut Ibnu Qudamah Al-Maqdisi, makna sihir sebagai ikatan-ikatan, jampi-jampi, perkataan yang dilontarkan secara lisan mahupun tulisan atau melakukan sesuatu yang mempengaruhi badan, hati atau akal orang yang terkena sihir tanpa berinteraksi langsung dengannya, lapor Mstar.

Wanita jumpa jenglot dipercayai untuk sihir dalam kereta Axia

Baru-baru ini, tular di media sosial seorang wanita menjumpai sesuatu yang dipercayai barangan sihir di dalam keretanya.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @ainakecik2, kelihatan barangan yang dipercayai sihir itu kelihatan seperti jenglot.

Malah, dia mengakui perkara itu di ruangan komen selepas ditanya oleh seorang pengguna TikTok.

Menurut cerita, jenglot merupakan makhluk mistik atau hantu yang dibawa ke alam manusia dalam keadaan tidak bernyawa seperti patung, namun kesahihannya tidak deketahui.

Kali kedua terjadi, kali pertama pada 3 bulan lalu

Menurut wanita yang dikenali sebagai Aina itu, perkara terbabit bukan lah kali pertama, malah sudah dua kali terjadi kepada dirinya dalam masa tiga bulan.

Dia juga terima dengan hati reda sekiranya itu merupakan takdir atau ujian yang diberikan oleh Allah SWT kepada dirinya.

“Baru tiga bulan lepas kena. Kali kedua kena, ya Allah kalau betul ini takdir aku atau ujian hambaMu, aku terima segala ujianMu,” tulisnya di dalam video.

Menurutnya lagi, dia mula mengetahui ada sesuatu yang tidak kena terhadap dirinya selepas merasa sakit kepala yang teruk dan tidak sembuh walaupun telah memakan ubat.

Netizen meremang lihat objek dikatakan jenglot itu

Memindai ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berasa meremang melihat objek yang kelihatan seperti jenglot itu.

Netizen pada masa sama turut mempersoalkan bagaimana benda itu boleh diletakkan di dalam keretanya selain menitipkan doa agar urusannya dimudahkan.

Perbuatan sihir sememangnya wujud, semoga urusan Aina dimudahkan.. Insya-Allah

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.