Perodua Setuju Beli Semula Kereta Rosak Dengan Harga Penuh – Pemilik Bezza ‘Gula’

Pemilik Perodua Bezza yang rosak tidak sampai 8 jam dibeli, Nagakanni Subramaniam kini boleh menarik nafas lega apabila Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) akhirnya bersetuju untuk membeli semula keretanya dengan harga penuh.

Nagakanni menerusi satu hantaran di Facebook berkata, keputusan itu sekaligus membuatkan dia tidak perlu lagi membayar ansuran bulanan kereta tersebut selain bayaran terdahulu yang sudah dilakukannya akan dipulangkan semula.

Ditawar beli kereta kedua dengan kadar pinjaman yang sama

Syarikat pengeluar kenderaan itu turut menawarkan kepadanya untuk membeli kereta kedua dengan kadar pinjaman sama.

“Dengan keputusan ini, saya tak perlu lagi bayar bulan-bulan untuk kereta lama, dan semua bayaran sebelum ni pun saya akan dapat semula pemulangan wang. Perodua juga memberi tawaran untuk saya beli kereta kedua dengan kadar pinjaman bulanan yang sama atau untuk saya menolak tawaran ini dan beli kereta lain.”

Pemilik Perodua Bezza tular, Nagakanni Subramaniam

Perlu buat keputusan dalam tujuh hari

Menurut Nagakanni lagi, dia kini perlu membuat keputusan untuk menerima tawaran tersebut dalam tujuh hari.

“Terima kasih Perodua atas keputusan ini. Yang paling penting, terima kasih kepada semua yang membantu saya menuntut hak ini. Saya terhutang budi dengan anda.

“Perjuangan menuntut hak daripada syarikat gergasi bukanlah sesuatu yang mudah untuk saya seorang kerani yang hanya semut ni.”

Terdahulu Nagakanni yang juga seorang kerani meluahkan rasa bingung dan kecewa apabila kereta Bezza yang baru dibelinya pada 17 Oktober hanya sempat digunakan selama 8 jalan sebelum mengalami kerosakan.

Lebih mengecewakan apabila dia terpaksa membayar ansuran bulanan sebanyak RM537 selama beberapa bulan walhal keretanya masih tersadai dan rosak.

Tambahnya, hasil siasatan awal pusat servis mendapati enjin kereta berkenaan rosak disebabkan benda asing seperti gula yang terdapat dalam enjin kenderaan itu

Ketua Pegawai Operasi Perodua, JH Rozman Jaafar kemudiannya tampil memaklumkan bahawa pihaknya telah mengambil beberapa langkah antaranya menawarkan kereta sementara selain menawarkan pilihan untuk membeli semula unit berkenaan.

Namun Nagakanni membalas kenyataan tersebut dan mendakwa terdapat beberapa kesalahan fakta yang mana dia tidak menerima sebarang hitam putih dari syarikat tersebut berhubung penawaran tersebut.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Wanita Kecewa Baru Dapat Kereta 8 Jam Dah Rosak, Pusat Servis Dakwa Ada Gula Di Enjin Jadi Punca

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Isu Kereta Baharu Rosak Selepas 8 Jam, Pemilik Bezza Balas Kenyataan Perodua – “Mana Hitam Putih, Hingga Hari Ini Tiada”

Recent Posts

  • Trending

Anis Nabilah Dipuji, Bantu Hantar Lelaki OKU Penglihatan Pulang Ke Rumah [Video]

Selain membantu menghantar pemuda OKU berkenaan pulang ke rumah, warganet turut memuji tindakan Anis yang…

36 mins ago
  • Trending

Ramai Kecam Tindakan Sekumpulan Individu Selamba Masak Mi Atas Dapur Di Stesen Minyak Genting Highlands [Video]

Menerusi video, kelihatan kumpulan berkenaan membawa dapur mudah alih, meja serta kerusi untuk memasak mi…

1 hour ago
  • Trending

[Video] Gara-gara Keluar Tak Bawa IC, Lelaki Dedah Pernah Tidur Lokap 4 Hari Dan Dipenjara Sehari

Disebabkan tidak mahu kad pengenalan sementara yang berupa sekeping kertas menjadi ronyok, lelaki ini bertindak…

3 hours ago
  • Trending

“Terbaik”- Penunggang Motosikal Tunda Kereta Avanza Guna Kaki Raih Perhatian Ramai [Video]

Menerusi video turut kedengaran pelakon, Syean kagum dengan tindakan penunggang motosikal yang menunda kereta MPV…

3 hours ago
  • Trending

Tindakan Individu Buang 10,000 Anak Ikan Keli Dalam Sungai Undang Kerisauan

Kebanyakan warganet mengecam tindakan individu berkenaan dan mahu pihak berwajib seperti DOF jalankan siasatan.

3 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Gara-gara Wanita Letak Kereta Di Tempat Tak Sepatutnya, Nama Malaysia Jadi Sebutan Di Jepun

Ekoran daripada insiden 'double park' tersebut, kontraktor di Jepun terpaksa mengambil masa selama 3 jam…

3 days ago