Suara Jeritan Di Tanah Perkuburan Buat Ramai Meremang [Video]

Sebagai umat Islam, kita haruslah percaya dengan kewujudan alam kubur, barzakh, syurga dan neraka selepas matinya seseorang manusia di dunia ini.

Malah, beriman dengan perkara ghaib juga antara ayat yang banyak disebut di dalam al-Quran serta terkandung dalam Rukun Iman.

Bagaimanapun, timbul juga persoalan adakah manusia yang masih hidup dapat mendengar perkara yang berlaku di alam ghaib.

Ini kerana terdapat beberapa video yang pernah tular sebelum ini mendakwa terdengar bunyi jeritan atau seksaan di alam kubur.

Tular video suara jeritan di kawasan tanah perkuburan Islam

Bahkan pada baru-baru ini turut tular di media sosial satu video yang memperdengarkan dengan jelas suara jeritan manusia di sebuah kawasan tanah perkuburan Islam.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @najwanaajiah, suara ‘aneh’ itu mula didengari seorang wanita semasa dia ke tanah perkuburan terbabit untuk menziarahi arwah ibunya.

Suara seperti seseorang meminta pertolongan

Dalam video tersebut, jelas kedengaran suara seperti seorang individu sedang menjerit meminta pertolongan.

“Hari itu ziarah kubur mak, lepas itu masa nak balik ada dengar bunyi pelik ini. Korang tahu tak bunyi apa?” tulisnya di dalam video.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di sebuah kawasan tanah perkuburan di Kajang, Selangor.

@najwanaajiah

tak tahu bunyi apa? ada yang tau bunyi apa?? 😥😥😥 #tanahkubur #bunyipelik #2024

♬ original sound – SPcreative – SPcreative

Ada netizen percaya bahawa bunyi tersebut datang dari alam kubur

Memindai ke ruangan komen, kebanyakan pengguna media sosial tidak menolak kemungkinan bahawa suara tersebut sememangnya datang daripada alam kubur sehingga ada yang menceritakan pernah melalui situasi yang sama.

Pun begitu, ada juga segelintir individu yang mendakwa daripada kawasan tersebut menjelaskan bahawa bunyi yang didengari itu hanyalah bunyi haiwan seperti kambing atau lembu.

Tak mustahil untuk manusia dengar bunyi seksaan kubur jika diizinkan Allah

Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman pada 2020 lalu pernah menyatakan bahawa ia bukanlah sesuatu perkara yang mustahil untuk seseorang itu mendengar suara seksaan kubur jika diizinkan Allah SWT, lapor Harian Metro.

Beliau berkata demikian semasa diminta mengulas rakaman video seorang wanita yang didakwa terdapat suara misteri seperti merayu dan meminta tolong dari dalam kubur.

Berikut komen yang diberikan oleh netizen:

Recent Posts

  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

20 hours ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

20 hours ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

20 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

21 hours ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

21 hours ago
  • Trending

“Siap Boleh Setting Brightness” – Wireman Kreatif Guna ‘Fan Regulator’ Jadi Suis Lampu [Video]

Cahaya lampu pendarflour itu boleh diubah mengikut mood di dalam rumah seperti ingin bersantai, bersembang…

21 hours ago