Kedai makan atau restoran mamak sering menjadi pilihan kebanyakan rakyat Malaysia bagi menikmati hidangan kerana servisnya yang pantas dan menjimatkan masa serta kebanyakannya beroperasi selama 24 jam.
Namun, antara sisi gelap yang sering menjadi perhatian ramai adalah mengenai tahap kebersihan premis ini.
Ini harus diakui kebanyakan premis berkenaan dilihat tidak menitik beratkan aspek kebersihan.
Terbaharu, tular satu video yang memaparkan seorang pekerja kedai mamak didakwa membasuh pinggan dalam bekas tong sampah.
Video yang dikongsikan menerusi akaun Twitter (X) @elyasyusrizal menunjukkan pekerja tersebut sedang mencelup pinggan dalam tong sampah di belakang sebuah premis di Bandar Botanik, Klang, Selangor.
Jijik dengan tindakan pekerja terbabit, pengguna Twitter yang dikenali sebagai Elyas itu bertindak menegur pekerja berkenaan.
Namun, respon yang diberi mengejutkan Elyas. Menurut pekerja restoran itu, tong sampah berkenaan hanya digunakan bagi tujuan merendam pinggan kotor yang telah digunakan oleh pelanggan.
Walau bagaimanapun, Elyas berpendapat penggunaan besen bagi tujuan tersebut adalah lebih baik daripada menggunakan tong sampah.
Hantaran tersebut nyata menarik perhatian warganet khususnya buat mereka yang merupakan penggemar setia kedai mamak.
Rata-rata jijik dan mengecam tindakan pekerja berkenaan yang sanggup merendam pinggan ke dalam tong sampah.
Ada juga segelintir yang menyarankan kepada Elyas untuk mendedah nama restoran itu dan membuat laporan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) agar tindakan undang-undang dapat diambil.
Malah, ada juga warganet bekerja berhampiran restoran berkenaan mendakwa pernah melihat pekerja kedai yang sama membuang air kecil di bahagian belakang kedai dan mengelap sisa tersebut di apron.
Namun, kami tidak mengetahui sama ada tong sampah berkenaan dibeli dan dikhususkan untuk mencuci pinggan sahaja.
Menerusi satu ciapan balas oleh seorang pengguna Twitter, dia turut menerangkan langkah-langkah yang boleh diambil sekiranya berhadapan perkara sedemikian.
Antara langkah-langkah tersebut adalah seperti berikut:
Berikut antara komen warganet:
Baca Artikel Berkaitan: ‘Nak Muntah Tengok’ – Nasi Kandar Ayam Di Pulau Pinang Buat Ramai Rasa Loya [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Tular Tikus ‘Ratah’ Ayam Goreng Di Kedai Mamak, KKM Minta Salurkan Maklumat Untuk Diambil Tindakan [Video]
Pemindahan wang simpanan ke dalam Akaun Fleksibel boleh dilakukan bermula kelmarin (12 Mei) hingga 31…
Menurut pejuang kanser itu dia mengalami rasa sakit di bahagian tulang belakang bagi tempoh yang…
Menurut Ustaz Azhar Idrus, umat Islam yang mampu menyebut di dalam bahasa Arab (Allahu Akbar)…
Bagi Daiyan, setiap orang mempunyai cara tersendiri dalam menunjuk dan menyuarakan sokongan terhadap Palestin.
Menurut Nadhir, cubaan menamatkan kontrak sebelum tamat tarikh akan memberikan impak seperti denda, penalti wang…
Wanita itu berkata bahawa dia jarang berbuat demikian dan hanya ingin mencuba selepas salah sorang…