fbpx

‘Nak Muntah Tengok’ – Nasi Kandar Ayam Di Pulau Pinang Buat Ramai Rasa Loya [Video]

Berdasarkan video tersebut, kelihatan ulat terbabit bergerak-gerak di atas ayam yang sudah dimasak.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.buzzkini.com/trending/2023/01/03/guna-telur-ada-najis-ayam-kedai-roti-canai-terkenal-di-pulau-pinang-diarah-tutup/

Sejak kebelakangan ini, kerap kali kita mendengar mengenai kejadian restoran makanan yang dilihat kotor dan tidak selamat untuk dimakan.

Hal ini susulan tularnya satu rakaman oleh seorang pelanggan yang terlihat seekor tikus sedang asyik meratah ayam goreng di sebuah kedai mamak di Pandan Indah, Ampang.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: MPAJ Batalkan Lesen Restoran Tular Tikus ‘Jamah’ Ayam Goreng

Selain itu turut kecoh di media sosial apabila sebuah kedai nasi kukus di Sabah dikejutkan dengan penemuan kepala tikus di dalam lauk yang sudah dimasak.

Tular lauk nasi kandar di Pulau Pinang ada ulat

Tatkala masyarakat Malaysia masih mengingati kejadian tersebut, kini tular pula video menunjukkan lauk ayam di sebuah restoran nasi kandar di Kepala Batas, Pulau Pinang mempunyai ulat yang masih hidup.

Menerusi hantaran video di akaun TikTok @penang_kini_official, kelihatan sebungkus nasi kandar dengan lauk ayam yang begitu menyelerakan.

@penang_kini_official

harap diselesaikan sebaiknya.. depa bukan sengaja.. terlepas pandang Agaknya..

♬ original sound – Penang Kini Official – Penang Kini Official

Ulat sedang bergerak di atas ayam

Bagaimanapun, pada waktu ia diteliti dengan baik, terlihat seekor ulat sedang bergerak-gerak di atas ayam tersebut.

Perkara sebegini semenangnya tidak harus terjadi di mana-mana restoran kerana ia boleh menyebabkan para pelanggan mengalami keracunan makanan.

“Esok sampai lah jabatan kesihatan” – Netizen

Meninjau di ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan oleh pengguna media sosial setelah melihat video tersebut.

Pada masa sama, mereka turut meminta agar aduan kepada jabatan kesihatan negeri tersebut dilakukan agar tindakan susulan dapat diambil.

Susulan kejadian sebegini yang semakin kerap berlaku, kami sarankan kepada orang ramai agar sentiasa memeriksa dahulu makanan yang dibeli sebelum menjamahnya.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.