Isu Tuntutan Sulu: Hukuman Penjara Stampa Bukti Kesungguhan Kerajaan Pertahan Kedaulatan Negara

Kemenangan yang diraih Malaysia selepas Mahkamah Jenayah Madrid, Sepanyol memutuskan penimbang tara ‘tidak beretika’ Gonzalo Stampa bersalah semalam (8 Januari) kerana menghina mahkamah merupakan bukti kesungguhan kerajaan mempertahankan kedaulatan negara.

Peguam Syed Iskandar Syed Jaafar berkata, usaha kerajaan bagi menghentikan tindakan Stampa daripada terus menggugat Malaysia akhirnya membuahkan hasil apabila dia diputuskan bersalah dan dijatuhi hukuman penjara enam bulan.

“Kemenangan hari ini bukti kesungguhan dan komitmen kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar untuk mempertahankan kedaulatan dan maruah tanah air kita,” katanya dipetik Bernama.

Keputusan itu wajar diraikan rakyat Malaysia

Peguan Nizam Bashir juga berkongsi pendapat sama apabila menyifatkan keputusan itu wajar diraikan oleh rakyat Malaysia kerana ia memberi amaran tegas kepada mana-mana pihak yang ingin menjadikan khazanah negara sebagai khazanah peribadi mereka.

Ujarnya lagi, keputusan itu diharapkan mampu membangkitkan semangat rakyat Malaysia bagi memerangi rasuah dan menghapuskan tindak-tanduk pihak yang ingin membolot khazanah negara.

Berita baik untuk Malaysia dalam usaha memperbetulkan dan menuntut tebus rugi

Peguam Christopher Leong pula berkata keputusan itu sememangnya berita baik untuk Malaysia dalam usaha negara memperbetulkan dan menuntut tebus rugi bagi ketidakadilan yang melampau.

 “Tahniah kepada Datuk Seri Azalina dan pasukan perundangan yang mewakili Malaysia. Adalah penting untuk kita tidak mudah berputus asa dalam usaha mengetepikan award timbang tara yang dipertikai dan melindungi kepentingan Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said menerusi satu ciapan di akaun X miliknya berkata, selain hukuman penjara, Stampa juga dilarang daripada menjalankan tugasnya sebagai penimbang tara selama setahun.

Stampa beri award hampir RM70 bilion kepada 8 individu dakwa waris Sultan Sulu

Untuk info, Stampa merupakan penimbang tara yang bertanggungjawab memberikan award akhir berjumlah AS$14.9 bilion (RM62.59 bilion) kepada lapan individu yang mendakwa sebagai waris Sultan Sulu pada 25 Mei 2022 lalu.

Tidak hanya itu, mereka juga dilaporkan cuba menyita aset syarikat Petronas di Luxembourg serta Belanda selain menyasarkan aset diplomatik negara di Perancis.

Baca Artikel Berkaitan: Isu Pampasan RM62 Bilion, Malaysia Tolak & Tidak Iktiraf Tuntutan Waris Sultan Sulu

Baca Artikel Berkaitan:

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

30 mins ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

21 hours ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

21 hours ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

21 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

22 hours ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

22 hours ago