fbpx
Now Reading
Tular Pekerja Kedai Mamak Didakwa Basuh Pinggan Dalam Tong Sampah Buat Ramai Geli [Video]

Tular Pekerja Kedai Mamak Didakwa Basuh Pinggan Dalam Tong Sampah Buat Ramai Geli [Video]

Geli dengan tindakan pekerja kedai mamak terbabit, individu itu bertindak menegur pekerja berkenaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kedai makan atau restoran mamak sering menjadi pilihan kebanyakan rakyat Malaysia bagi menikmati hidangan kerana servisnya yang pantas dan menjimatkan masa serta kebanyakannya beroperasi selama 24 jam.

Namun, antara sisi gelap yang sering menjadi perhatian ramai adalah mengenai tahap kebersihan premis ini.

Ini harus diakui kebanyakan premis berkenaan dilihat tidak menitik beratkan aspek kebersihan.

Pekerja Dilihat Basuh Pinggan Dalam Tong Sampah

Terbaharu, tular satu video yang memaparkan seorang pekerja kedai mamak didakwa membasuh pinggan dalam bekas tong sampah.

Video yang dikongsikan menerusi akaun Twitter (X) @elyasyusrizal menunjukkan pekerja tersebut sedang mencelup pinggan dalam tong sampah di belakang sebuah premis di Bandar Botanik, Klang, Selangor.

Jijik dengan tindakan pekerja terbabit, pengguna Twitter yang dikenali sebagai Elyas itu bertindak menegur pekerja berkenaan.

Pekerja Dakwa Tong Sampah Hanya Untuk Rendam Sahaja

Namun, respon yang diberi mengejutkan Elyas. Menurut pekerja restoran itu, tong sampah berkenaan hanya digunakan bagi tujuan merendam pinggan kotor yang telah digunakan oleh pelanggan.

Walau bagaimanapun, Elyas berpendapat penggunaan besen bagi tujuan tersebut adalah lebih baik daripada menggunakan tong sampah.

Hantaran Jadi Perhatian Warganet

Hantaran tersebut nyata menarik perhatian warganet khususnya buat mereka yang merupakan penggemar setia kedai mamak.

Rata-rata jijik dan mengecam tindakan pekerja berkenaan yang sanggup merendam pinggan ke dalam tong sampah.

Ada juga segelintir yang menyarankan kepada Elyas untuk mendedah nama restoran itu dan membuat laporan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) agar tindakan undang-undang dapat diambil.

Malah, ada juga warganet bekerja berhampiran restoran berkenaan mendakwa pernah melihat pekerja kedai yang sama membuang air kecil di bahagian belakang kedai dan mengelap sisa tersebut di apron.

Namun, kami tidak mengetahui sama ada tong sampah berkenaan dibeli dan dikhususkan untuk mencuci pinggan sahaja.

Cara Buat Aduan Kepada KKM

Menerusi satu ciapan balas oleh seorang pengguna Twitter, dia turut menerangkan langkah-langkah yang boleh diambil sekiranya berhadapan perkara sedemikian.

Antara langkah-langkah tersebut adalah seperti berikut:

  • Datang ke pejabat Bahagian Keselematan dan Kualiti Makanan (BKKM) atau Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah berdekatan
  • Hubungi BKKM di talian 03-8885 0797 atau 1MOCC di talian 03-8000 8000
  • Aduan melalui Laman Web Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) KKM
  • Facebook Bahagian Makanan dan Kualiti Makanan, KKM
  • Faks: 03-8885 0769
  • Menghantar surat yang dialamatkan kepada pejabat BKKM, atau Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran.

Berikut antara komen warganet:

“Sebelah Pejabat Saya Ni, Memang Kotor”

“Perangai Pengotor Diorang Bawa Datang Sini”

“Eee Geli, Kalau Iya Pon Untuk Basuh Saja, Kotor Gila”

“Rendam Nak Bagi Buang Sampah Atau Sisa Kuah?”

Baca Artikel Berkaitan: ‘Nak Muntah Tengok’ – Nasi Kandar Ayam Di Pulau Pinang Buat Ramai Rasa Loya [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Tular Tikus ‘Ratah’ Ayam Goreng Di Kedai Mamak, KKM Minta Salurkan Maklumat Untuk Diambil Tindakan [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.