fbpx
Now Reading
Tular Tikus ‘Ratah’ Ayam Goreng Di Kedai Mamak, KKM Minta Salurkan Maklumat Untuk Diambil Tindakan [Video]

Tular Tikus ‘Ratah’ Ayam Goreng Di Kedai Mamak, KKM Minta Salurkan Maklumat Untuk Diambil Tindakan [Video]

Susulan video tular tersebut, KKM meminta agar individu terbabit menyalurkan maklumat kepadanya agar tindakan selanjutnya boleh diambil dengan segera.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Selain juadah yang lazat, aspek lain yang diutamakan pelanggan dalam memilih kedai mamak adalah tahap kebersihan.

Namun hari ini (23 Disember) tular pula satu video di media sosial apabila seekor tikus dirakam sedang berada di ruang pemanas makanan di sebuah kedai mamak.

Tikus makan ayam goreng mamak

Menerusi perkongsian video di laman Twitter @zoeyhanafiah, kelihatan jelas tikus terbabit sedang menikmati ayam goreng yang dipanaskan di ruangan tersebut.

Pada video sama, lelaki terbabit turut menunjukkan makanan yang sudah pun separuh habis dimakannya di kedai mamak tersebut.

Bagaimanapun, lelaki terbabit tidak memberi sebarang maklumat mengenai lokasi kedai tersebut dan waktu kejadian itu berlaku.

KKM mohon salur maklumat, ingin ambil tindakan segera

Susulan itu, video tular tersebut mendapat perhatian daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di laman Twitter rasminya.

KKM meminta kepada individu yang mengetahui lokasi kedai tersebut untuk menyalurkan maklumat kepada pihaknya agar tindakan selanjutnya dapat diambil dengan segera.

Menjengah di ruangan komen pula, kebanyakan netizen yang terkejut meminta individu berkenaan berkongsikan lokasi kedai berkenaan agar semua pihak peka dan boleh berhati-hati dengan premis tersebut.

PPKM 2019 di bawah Seksyen 34 Akta Makanan 1983

Sebagai info, KKM sebelum ini telah menggubal Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan (PPKM) 2009 di bawah Seksyen 34 Akta Makanan 1983 demi menjaga kepentingan semua pihak khususnya melibatkan kebersihan dan penyediaan makanan yang betul.

Premis makanan yang didapati kotor dan melanggar peraturan akan diarah tutup 14 hari dan ada juga yang dikenakan kompaun.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.