Memiliki zuriat dan membina sebuah keluarga bersama insan yang dicintai merupakan impian setiap orang yang sudah berkahwin.
Pun begitu, jangka waktu untuk setiap pasangan mendapatkan cahaya mata adalah berbeza-beza, malah ada yang sehingga kini masih lagi berjuang untuk memiliki anak.
Perkara sama turut dilalui oleh pelakon, Taiyuddin Bakar apabila isterinya selamat melahirkan anak pertama mereka pada jam 12.40 pagi Selasa lalu (9 Januari) setelah 9 tahun mendirikan rumah tangga.
“Alhamdulillah, isteri saya dah selamat bersalin. Bayi kami lahir awal pagi semalam.
“Kami dianugerahkan bayi lelaki seberat 2.8 kilogram. Proses kelahiran secara normal di Hospital Serdang kira-kira jam 12.40 pagi. Alhamdulillah, Zila okay dan stabil,” kata Taiyuddin dipetik Berita Harian.
Taiyuddin dan isterinya, Zila Zulkifli sebelum ini merahsiahkan tentang kehamilan anak lelaki mereka itu dan hanya memuat naik video semasa kali pertama mengetahui tentang perkara tersebut di TikTok semalam (10 Januari).
Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok @zilazulkifli, kelihatan Taiyuddin atau nama sebenarnya Salehuddin Abu Bakar terkejut dan melakukan sujud syukur selepas melihat kit ujian kehamilan isterinya.
“Bismillahirrahmanirrahim, kami serah sepenuhnya pada perjalanan dan takdir dari Mu, Ya Allah buat kami. Kami takda usahakan apa-apa pun dan saya tak pernah ada apa-apa keguguran, ini yang pertama, Alhamdulilah,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Mereka juga pergi ke klinik untuk melakukan pemeriksaan lanjut dan pengesahan tentang kehamilan tersebut.
Sementara itu, menurut Taiyuddin, dia dan isteri tidak pernah melakukan apa-apa ikhtiar seperti disarankan orang ramai.
Jelas Taiyuddin, mereka sebaliknya sering beristighfar dan tawakal kepada Allah SWT.
“Kami tak pernah buat apa-apa ikhtiar seperti yang disyorkan oleh beberapa orang, mereka kata makan itu, jumpa ini dan buat urut sekalipun kami tak buat.
“Kami juga tak pernah periksa kesuburan, kami Cuma husnuzon atau bersangka baik pada Allah. Dan saya sangat teruja apabila ada netizen letak hashtag berdamai dengan takdir, subhanaAllah,” katannya dipetik Mstar.
Menurutnya lagi, dia juga tidak meletakkan apa-apa ketetapan buat cahaya matanya apabila meningkat dewasa nanti, cuma berharap anaknya itu sentiasa hidup dalam keberkatan Allah SWT.
Sebagai info, Taiyuddin Bakar dan Zila Zulkifli membina masjid bersama pada Mei 2014 dahulu di Kota Madinah, Arab Saudi.
Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.
Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…
Cahaya lampu pendarflour itu boleh diubah mengikut mood di dalam rumah seperti ingin bersantai, bersembang…
Menerusi diari tersebut bapa Naufal turut berkongsi detik manisnya menyambut hari jadi pertama anaknya itu…
Wanita warga emas itu dipercayai menjual buah potong yang siap dibungkus pada harga RM2.
Walaupun kekurangan wang, wanita yang dikenali sebagai Siti itu tetap membawa anaknya pergi ke kedai…