fbpx
Now Reading
Taiyuddin Bakar & Isteri Timang Cahaya Mata Pertama Setelah 9 Tahun Berkahwin [Video]

Taiyuddin Bakar & Isteri Timang Cahaya Mata Pertama Setelah 9 Tahun Berkahwin [Video]

Menurut Taiyuddin, dia dan isteri tidak pernah melakukan apa-apa ikhtiar seperti disarankan orang ramai, sebaliknya sering beristighfar dan tawakal kepada Allah SWT.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Memiliki zuriat dan membina sebuah keluarga bersama insan yang dicintai merupakan impian setiap orang yang sudah berkahwin.

Pun begitu, jangka waktu untuk setiap pasangan mendapatkan cahaya mata adalah berbeza-beza, malah ada yang sehingga kini masih lagi berjuang untuk memiliki anak.

Taiyuddin Bakar dan isteri timang cahaya mata pertama setelah 9 tahun berkahwin

Perkara sama turut dilalui oleh pelakon, Taiyuddin Bakar apabila isterinya selamat melahirkan anak pertama mereka pada jam 12.40 pagi Selasa lalu (9 Januari) setelah 9 tahun mendirikan rumah tangga.

“Alhamdulillah, isteri saya dah selamat bersalin. Bayi kami lahir awal pagi semalam.

“Kami dianugerahkan bayi lelaki seberat 2.8 kilogram. Proses kelahiran secara normal di Hospital Serdang kira-kira jam 12.40 pagi. Alhamdulillah, Zila okay dan stabil,” kata Taiyuddin dipetik Berita Harian.

Kongsi video saat awal kehamilan isteri

Taiyuddin dan isterinya, Zila Zulkifli sebelum ini merahsiahkan tentang kehamilan anak lelaki mereka itu dan hanya memuat naik video semasa kali pertama mengetahui tentang perkara tersebut di TikTok semalam (10 Januari).

Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok @zilazulkifli, kelihatan Taiyuddin atau nama sebenarnya Salehuddin Abu Bakar terkejut dan melakukan sujud syukur selepas melihat kit ujian kehamilan isterinya.

“Bismillahirrahmanirrahim, kami serah sepenuhnya pada perjalanan dan takdir dari Mu, Ya Allah buat kami. Kami takda usahakan apa-apa pun dan saya tak pernah ada apa-apa keguguran, ini yang pertama, Alhamdulilah,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Mereka juga pergi ke klinik untuk melakukan pemeriksaan lanjut dan pengesahan tentang kehamilan tersebut.

@zilazulkifli

Bismillahirrahmanirrahim…. Kami serah sepenuhnya pd perjalanan dan takdir dr mu, Ya Allah buat kami.. kami xde usahakan apa2 pun & saya x pernah ada apa2 keguguran.. ini pertamanya… Alhamdulillah … ♥️ @TaiyuddinBakar #Kasihpagal .. terima kasih menjadi kekuatan di sisi saya ! Love u Kasih !!

♬ Buah Hati – Armada

Taiyuddin dan isteri tidak pernah lakukan apa-apa ikhtiar untuk dapat anak

Sementara itu, menurut Taiyuddin, dia dan isteri tidak pernah melakukan apa-apa ikhtiar seperti disarankan orang ramai.

Jelas Taiyuddin, mereka sebaliknya sering beristighfar dan tawakal kepada Allah SWT.

“Kami tak pernah buat apa-apa ikhtiar seperti yang disyorkan oleh beberapa orang, mereka kata makan itu, jumpa ini dan buat urut sekalipun kami tak buat.

“Kami juga tak pernah periksa kesuburan, kami Cuma husnuzon atau bersangka baik pada Allah. Dan saya sangat teruja apabila ada netizen letak hashtag berdamai dengan takdir, subhanaAllah,” katannya dipetik Mstar.

Tak letak apa-apa ketetapan untuk anak, cuma harap hidup dalam keberkatan Allah SWT

Menurutnya lagi, dia juga tidak meletakkan apa-apa ketetapan buat cahaya matanya apabila meningkat dewasa nanti, cuma berharap anaknya itu sentiasa hidup dalam keberkatan Allah SWT.

Sebagai info, Taiyuddin Bakar dan Zila Zulkifli membina masjid bersama pada Mei 2014 dahulu di Kota Madinah, Arab Saudi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.