Gelagat Kanak-Kanak Minta Pekerja Kedai Makan Segera Siapkan Pesanan Buat Ramai Terhibur [Video]

Apabila seseorang berasa lapar, apa yang dilakukan pada ketika itu semuanya menjadi serba tak kena.

Individu boleh hilang fokus terhadap tugas yang sedang dilakukan malah yang lebih teruk apabila ia boleh menyebabkan segelintir orang berasa cepat marah dan hilang sabar.

Bukan sahaja golongan dewasa yang mengalami keadaan seperti ini namun, golongan kanak-kanak juga turut berhadapan perkara yang sama.

Kanak-Kanak ‘Kejar’ Pekerja Kedai Makan, Tanya Makanan Yang Dipesan

Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok @eimannatasha, kelihatan seorang kanak-kanak lelaki sedang ‘mengejar’ seorang pekerja restoran bagi bertanyakan makanan yang dipesan.

Pada awal video tersebut, kanak-kanak yang dikenali sebagai Adam itu dilihat mahu menuju ke bahagian dalam restoran berkenaan.

Namun, dia tidak meneruskan langkahnya itu apabila melihat seorang pekerja membawa air yang dipesan oleh pelanggan lain.

Kedengaran Adam memaklumkan kepada pekerja berkenaan bahawa dia kelaparan.

“Abang, saya lapar,” kata kanak-kanak lelaki itu.

Namun, pekerja lelaki terbabit hanya tersenyum dan meneruskan kerjanya. Adam dilihat terus mengekori pekerja berkenaan dan meminta pesanannya segera disiapkan.

“Abang, cepat la, Adam dah lapar la,” kata kanak-kanak itu lagi.

Sekali lagi, pekerja itu hanya tersenyum melihat gelagat kanak-kanak itu dan terus masuk ke bahagian dalam kedai makan berkenaan.

Video Buat Ramai Terhibur

Video yang telah mendapat lebih 880 ribu tontonan itu nyata menarik perhatian warganet. Rata-rata terhibur dengan keletah comel kanak-kanak berkenaan.

Malah, kebanyakannya mendakwa turut memahami apa yang dirasakan oleh kanak-kanak itu terutama apabila berada dalam keadaan lapar ditambah pula dengan makanan yang dipesan lambat tiba.

Berikut antara komen warganet:

“Kak, Ini Mesti Anak Nombor Dua Kan?”

“Nasib Sampai Situ Je, Kalau Dia Masuk Dapur, Tak Terkejut Orang Dalam Tu”

“Kalau Dah Lapar Memang Tak Boleh Bawa Bincang Dik”

“Adik Aku Dulu Pun Macam Ni, Siap Masuk Dapur Orang Tu”

“Lepas Ni Kalau Datang Kedai Tu,Tukang Masak Kena Buat Order Dia Dulu”

Baca Artikel Berkaitan: Wanita OKU Sanggup Makan Sekali Seminggu Demi 6 Ekor Kucing Peliharaan

Baca Artikel Berkaitan: Kucing Bertukar Jadi Agresif Lepas 2 Minggu Tak Makan, Mayat Tuan Jadi Hidangan

Recent Posts

  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: “Tidak Perlu Sampai Memaki & Memalukan”- Siti Nurhaliza

Jelas penyanyi nombor satu negara itu, sekiranya seseorang mahu menegur, ia harus dilakukan dengan beradab…

13 hours ago
  • Trending

Peniaga Jual Nasi Arab Ayam ‘Seekor’ RM35 Tarik Perhatian Ramai [Video]

Menerusi video, turut kelihatan peniaga gerai makan tersebut meletakkan seekor ayam di atas dulang yang…

13 hours ago
  • Trending

“Kesiannya, Dah Lah Tak Banyak” – Ramai Sedih Lihat Harimau Belang Maut Dilanggar Di Bentong [Video]

Kejadian dipercayai berlaku pada awal pagi tadi (16 Mei) sebelum penemuan harimau belang itu dilaporkan…

13 hours ago
  • News
  • Trending

Polis Sahkan Terima Laporan Resit Pesanan Piza Mengandungi Ayat Hina Islam [Video]

Hasil siasatan dilakukan mendapati pihak restoran terbabit menerima pesanan mengandungi ayat menghina Islam menerusi sebuah…

14 hours ago
  • Trending

Risau Pesakit Mungkin Kena Tunggu Lama, Notis Permohonan Maaf Hospital Undang Perhatian

Menurut kenyataan itu, ia berikutan hospital berkenaan berhadapan dengan masalah kekurangan doktor yang kebanyakannya telah…

14 hours ago
  • Automotif
  • Tips
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kereta Terbakar Ketika Memandu? Ini Langkah-langkah Yang Perlu Diambil [Video]

Lelaki itu turut menasihati pemandu agar tidak kembali ke kenderaan jika semata-mata untuk melihat kebakaran…

15 hours ago