Habhal’s Cap Kipas Udang Nafi Dakwaan Guna Najis Tikus Sebagai Perasa Tambahan

Baru-baru ini, kecoh di TikTok mengenai sebuah kilang syarikat terkenal yang didakwa menggunakan najis tikus sebagai perasa tambahan kepada kicap keluarannya.

Menerusi video yang tular itu, jenama yang disebut-sebut adalah jenama kicap terkenal iaitu Kicap Cap Kipas Udang.

Dakwaan itu nyata mengundang pelbagai reaksi khususnya kepada pelanggan setia jenama tersebut.

Rata-rata daripada mereka kecewa hingga ada yang membuat keputusan untuk beralih kepada jenama yang lain.

@rindu.kasih07

ramai orang takut nak bagitahu jenama kicap nie, takut Kene saman, tapi saya berani beritahu kepada anda semua jenama kicap ini.. jadi tolong kerja baik anda semua Sye mohon sila viral video ini agak semua orang di Malaysia tahu.. ini berita benar, bukan berita kejar view.. sebab saya ade lah orang yang mengejar kebenaran dari penipuan.. mohon sebarkan

♬ Legend – Marcos Yap

Nafi Dakwaan Guna Najis Tikus Sebagai Perasa Makanan

Terbaharu, pihak HABHAL’S Cap Kipas Udang menerusi hantaran di akaun rasmi Facebook mereka menafikan dakwaan yang dibuat oleh akaun TikTok berkenaan.

Menerusi kenyataan itu, syarikat terbabit menegaskan bahawa kilang mereka bukanlah kilang yang dimaksudkan dalam video tersebut.

Malah, pihaknya mendakwa kenyataan yang dibuat merupakan satu tuduhan tidak berasas dan dianggap telah menghasut pengguna lain untuk berhenti menggunakan produk keluaran jenama mereka.

“Pihak HABHAL’S Cap Kipas Udang sedia maklum dengan perbincangan yang berlaku di media sosial pada ketika ini, berkaitan video tular yang melibatkan pemeriksaan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) di sebuah kilang kicap.

“Pihak syarikat ingin menegaskan bahawa pemeriksaan yang berlaku bukan di kilang HABHAL’S Cap Kipas Udang.

“Kenyataan ini dibuat adalah kerana pengguna media sosial yang bernama ‘Rindu Kasih’ telah membuat tuduhan tidak berasas dan telah menghasut pengguna untuk berhenti menggunakan produk keluaran HABHAL’S Cap Kipas Udang,” kata mereka menerusi kenyataan tersebut.

Buat Laporan Polis Terhadap Pemilik Akaun TikTok

Jelas syarikat berkenaan, pihaknya telah membuat laporan polis dan memandang serius berhubung dakwaan yang dilemparkan oleh pemilik akaun TikTok berkenaan.

Ini kerana tuduhan itu dianggap mencalarkan imej dan kepercayaan pengguna terhadap produk keluaran jenama mereka.

“Pihak syarikat memandang serius perkara ini dan telah membuat laporan polis dan akan mengambil tindakan undang-undang ke atas pemilik akaun tersebut.

“Hal ini kerana ia telah menjejaskan imej dan kepercayaan pengguna terhadap produk keluaran HABHAL’S Cap Kipas Udang,” katanya lagi.

𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗦𝗠𝗜 PENULARAN VIDEO MELIBATKAN HABHAL’S CAP KIPAS UDANG DI SOSIAL MEDIA. #habhalscapkipasudang #capkipasudang #habhals

Posted by CAP KIPAS UDANG on Wednesday, 17 January 2024

Kilang 100% Milik Muslim & Miliki Sijil Halal

Menerusi kenyataan itu juga, syarikat tersebut turut menjelaskan bahawa mereka merupakan syarikat yang dikendalikan sepenuhnya oleh muslim bumiputera yang berpangkalan di Johor Bahru, Johor.

“Untuk makluman semua, produk keluaran HABHAL’S Cap Kipas Udang adalah 100% milik Muslim Bumiputera di bawah syarikat Zara Foodstuff Industries Sdn. Bhd. yang beroperasi di Johor Bahru, Johor.

“Pihak syarikat amat menitikberatkan kebersihan serta mengikut piawaian antarabangsa dalam sistem pengurusan kualiti iaitu ISO 9001,” jelas kenyataan itu.

Tambah mereka lagi, produk keluaran HABHAL’S Cap Kipas Udang mempunyai sijil Halal daripada Jabatan Agama Islam (Fast Track).

Malah, mereka sentiasa mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 bagi tujuan melindungi orang awam khususnya dari segi kebersihan dan keselamatan produk yang digunakan.

Baca Artikel Berkaitan: Restoran Terkenal Di Pulau Pinang Diarah Tutup Selepas MBPP Jumpa Najis Tikus & Bau Hancing

Baca Artikel Berkaitan: Menjijikan! JKNM Arah 4 Kilang Makanan Tutup Lepas Jumpa Najis Tikus

Recent Posts

  • Hiburan
  • Trending

“Tahun Terakhir Saya Sebagai Penyanyi” – Aliff Syukri Umum Undur Diri Dari Dunia Nyanyian

Menurut usahawan terkenal itu, dia sudah putus asa dan mahu memberikan peluang kepada artis-artis baharu…

9 hours ago
  • Trending

Lelaki Handsome Bila Berduit? Ini Pendapat Golongan Wanita [Video]

Topik ini mula timbul selepas video seorang influencer TikTok bertanya kepada beberapa individu apakah definisi…

9 hours ago
  • Trending

Kejadian Kepala Air Di Lata Iskandar Cetus Kerisauan Ramai [Video]

Menurut Amsyar, insiden dirakam kira-kira jam 7.40 pagi pada 13 Mei ketika dia menuju ke…

9 hours ago
  • Trending

Penunggang Motosikal Dikecam Selamba Rosakkan Cermin Sisi Ativa Ketika Di Jalan Raya [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan penunggang motosikal terbabit memukul cermin sisi kereta Ativa berkenaan dan menyebabkan…

11 hours ago
  • Trending

“Maaf Hanya Mampu Bawa Pergi Kedai Eco” – Lelaki Bawa Ibu Pergi Kedai RM2 Sempena Hari Ibu Raih Perhatian [Video]

Melalui video yang dikongsikan itu, kelihatan ibu pemuda berkenaan dilihat sedang memilih bunga perhiasan serta…

12 hours ago
  • Trending

Ramai Kagum Lihat Wanita Jaga Ibu ‘Bedridden’, Siap DIY Katil [Video]

Menurut Aisyah ayahnya sakit sejak tahun 2021 kerana sakit saraf manakala si ibu pula sakit…

13 hours ago