Netizen Persoal Tindakan Ustazah Kongsi Doa Kuatkan Alat Kelamin Lelaki Di Majlis Khas Untuk Wanita [Video]

Sejak semalam (17 Januari), tular di media sosial satu video yang menunjukan seorang ustazah berkongsi doa untuk lelaki menguatkan alat kelamin mereka di hadapan para wanita di sebuah majlis yang dianjurkan oleh pelakon dan usahawan, Neelofa.

Difahamkan, majlis tersebut dianjurkan buat wanita sahaja bagi membincangkan masalah kewanitaan dan membantu para golongan hawa menjana pendapatan lebih.

Tular ustazah kongsi doa lelaki kuatkan kemaluan di hadapan para wanita

Menerusi perkongsian video di akaun X @The_Mamu, personaliti dakwah yang dikenali sebagai Ustazah Norhafizah Musa itu mengajarkan kepada para wanita yang hadir ke majlis tersebut dua doa agar alat kelamin suami kuat dan tahan lama dipercayai demi kebahagian rumah tangga.

Kata Ustazah Norhafizah, doa itu diberikan kepada para tetamu wanita yang hadir untuk direkod dan diajar kepada suami masing-masing nanti.

“Rekod jelah, tapi nanti nak ajar suami ye,” katanya.

Berikut dua doa yang diajarkan oleh Ustazah Norhafizah:

اللَّهُمَّ قَوِّ لِي ذَكَرِي ، فَإِنَّ فِيهِ صَلاحًا لأَهْلِي

“Ya Allah, kuatkan zakarku karena sesungguhnya hal itu memberikan manfaat atau kebaikan buat isteriku.”

اَللَّهُمَّ قَوِّ ذَكَرِي فَإِنَّهُ مَنْفَعَةٌ لِأَهْلِي

“Ya Allah, kuatkan zakarku karena sesungguhnya hal itu bermanfaat buat isteriku.”

Difahamkan, doa tersebut diambil di dalam kitab Raudhatu al Muhibbin, Karya Ibnu Qayyim al Jauziah.

Doa untuk kebaikan buat keluarga, keturunan dan kebahagian isteri

Jelasnya, kedua-dua doa tersebut dibaca untuk mendapatkan kebaikan buat keluarga, keturunan dan kebahagian untuk isteri.

Perkongsian video terbabit telah meraih perhatian ramai pengguna X di mana rata-rata mempersoal tindakan Ustazah Norhafizah berkongsi doa terbabit di hadapan ramai wanita. Malah ada juga yang mengecam tindakan pendakwah itu.

Bagaimanapun, terdapat juga segelintir netizen yang menyokong dan menyifatkan tindakan yang dilakukan oleh Ustazah Norhafizah bukanlah sesuatu yang salah dan bertentangan dengan ajaran Islam.

Perkongsian video yang dimuat naik di akaun X terbabit diambil daripada laman TikTok akaun @ajipmrby.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Jumlah Kelahiran Bayi Di Malaysia Semakin Menurun Berbanding Suku Tahun Pertama 2023

Menurut Ketua Jabatan Perangkaan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir setakat suku pertama tahun 2024…

13 hours ago
  • Trending

Anak Gigih Buat Slaid Kerana Mahu Pinjam Kereta Ibu Untuk Bercuti Undang Perhatian [Video]

Jelas Wan, anaknya sebelum ini telahpun meminta izin untuk menggunakan kenderaan miliknya, namun dia belum…

14 hours ago
  • Trending

Ramai Suka Konsep Cari Jodoh Sambil Makan & Borak Santai Di Kafe [Video]

Menerusi video yang tular di media sosial, kelihatan peserta dapat mengenali antara satu sama lain…

15 hours ago
  • Trending

Gara-gara Tidur Lepas Asar, Telatah Lucu Kanak-kanak Ini Kalut Bersiap Ke Sekolah Bikin Ramai Terhibur [Video]

Kanak-kanak berkenaan turut menganggap hari itu merupakan hari Khamis ketika disoal oleh ibunya sedangkan hari…

16 hours ago
  • Info

Akaun 3 KWSP Dah Bermula, Ini Cara Pindahkan Wang Ke Akaun Fleksibel [Video]

Pemindahan wang simpanan ke dalam Akaun Fleksibel boleh dilakukan bermula kelmarin (12 Mei) hingga 31…

18 hours ago
  • Trending

Pemuda Kongsi Pengalaman Selepas Disahkan Hidap Kanser [Video]

Menurut pejuang kanser itu dia mengalami rasa sakit di bahagian tulang belakang bagi tempoh yang…

18 hours ago